Program MyNiaga @ Bandar Baharu

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Pagi tadi saya telah menghadiri sebuah program di Serdang mewakili syarikat N’ Sasia Professional Learning Academy. Program MyNiaga ini merupakan sebuah program anjuran Pejabat MARA Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Pejabat Daerah Bandar Baharu dan Pusat Khidmat ADUN Bandar Baharu. Fuh. Panjang untuk ditaip. Tapi biasalah, setiap kali majlis atau program ni mesti nama penganjur, nama sponsor semua panjang-panjang. Kalau sesiapa yang jadi pengacara majlis tu kena belajar kawal pernafasan jugalah bila nak baca skrip.

Meriah banner dia

Lokasi program kali ini adalah di Dewan Seri Serdang, Pekan Serdang, Kedah. Kalau dari Kulim, lebih kurang setengah jam sahaja perjalanan. Awal-awal pagi lagi kami dah bertolak sebab perlu set up booth untuk produk.

Antara produk yang dijual 

Produk yang kami jual adalah produk N’ Sasia seperti kolagen, susu Waneera, Coco Tuff dan banyak lagi. Kami juga menyediakan khidmat pedicure dan medicure. Saya sebenarnya ada rancang juga nak buat business pedicure medicure ni di universiti, tapi malas nak buat iklan. Eheh. Tengoklah macam mana.

Kak Nurul tengah bercakap dengan pelanggan pun sempat pandang kamera

Lebih kurang jam 9 pagi, program dimulakan dengan sesi pertama iaitu Seminar Etika, Imej, Integriti dan Personaliti Usahawan Milenia yang disampaikan oleh Pakar Industri Negara, Puan Noraida Yahya merangkap bos N’ Sasia. Sebenarnya tugas saya untuk ambil gambar sahaja, tapi alang-alang tu duduklah dengar sekali ceramah. Ceramah percuma sahaja. Sasaran peserta adalah sebanyak 200 orang, tapi rasanya yang hadir tadi tak sampai 200 pun. Mungkin tak banyak sangat promosi. Tapi katanya syarikat Amanah Ikhtiar saja sudah menghantar hampir 80 orang.

Peserta-peserta yang semangat mengikuti seminar


Ceramah ni lebih banyak tekankan tentang imej dan personaliti yang perlu ada dalam diri seorang usahawan. Yalah, kalau nak menjual barang, mestilah pelanggan akan tengok siapa yang menjualnya. Seorang tukang masak di restoran pun perlu ada imej berpakaian yang kemas untuk menggambarkan kebersihan di restorannya. Dan bila disebut imej ni, bukan sahaja daripada segi berpakaian tetapi juga daripada rohani, sosial, emosi dan macam-macam lagi. Termasuklah business card yang perlu dimiliki oleh seseorang usahawan. 

Puan Noraida (tudung pink) bersama peserta Program MyNiaga

Kalau anda yang duduk di Kedah tu berminat untuk mengikuti kursus-kursus sebegini, bolehlah hubungi syarikat N’ Sasia di talian 04-495 4049. Saya sertakan link blog di SINI dan Facebook syarikat di SINI. Tadi juga Puan Noraida ada menguar-uarkan Kursus Seni Kecantikan yang bakal dianjurkannya atas permintaan.

Selesai slot pertama, masuk pula kepada slot perasmian. Program MyNiaga ini dirasmikan oleh tidak lain tidak bukan YB Dato’ Norsabrina Binti Mohd Noor, Exco Kerajaan Negeri Kedah. Aktif sungguh rasmikan majlis sana sini. Selepas perasmian, ada pertandingan masakan sempena kemerdekaan rasanya. Peserta sudah masak siap-siap di rumah dan hari ini cuma hidangkan sahaja makanan untuk diadili.

Dato' Norsabrina yang sedang mencuba hidangan yang dipertandingkan


Ada kek, puding, lauk-pauk yang dipertandingan. Dalam 12 peserta jika tak silap saya.

Puding Mutiara Merdeka uolls

Puding Caramel Jalur Gemilang

Terdapat juga booth yang lain termasuklah khidmat solekan, servis motosikal dan booth pameran daripada jabatan dan agensi. Kemudian seperti program-program yang lain sudah tentulah ada sesi penyampaian sijil dan cenderahati. Makanan pun turut disediakan.

Program-program seperti ini bagus untuk masyarakat sebenarnya. Orang kata, menuntut ilmu biarlah sampai ke Negeri China. Cuma kalau dari segi persiapan program, saya rasa ada beberapa aspek yang boleh diperbaiki lagi. Pertamanya daripada segi promosi tu sendiri. Mungkin boleh perbanyakkan lagi promosi di media sosial dan sebagainya. Dari segi lokasi, dewan tersebut tak ada pendingin hawa tapi itu tidaklah mendatangkan sebarang masalah bagi saya. Cuma panas sikit sahaja. 

Rasanya dari segi PA system pun perlu diperbaiki tapi saya faham juga sebab yang namanya PA system ni memang selalu bermasalah. Kalau ada program yang memang sempurna PA system tu, memang saya tabik. Secara keseluruhan, saya memuji usaha MARA untuk menganjurkan program ini.  Saya komen ni bukanlah bererti saya mampu menganjurkan program, tetapi sekadar secebis pendapat sahaja. Lagipun bukannya ada pihak MARA yang membaca blog ni pun. Haha. Harap-haraplah.

Sebab rasa background lawa 

T-shirt syarikat yang dipakai oleh kami. Pinjam Afza sekejap jadi model

Lebih kurang jam 3 petang tadi program pun berakhir. Kepada anda yang mungkin berminat dalam dunia perniagaan dan baru hendak berjinak-jinak, saya cadangkan untuk ikutlah program sebegini. Sebab tak ada benda dalam dunia ini yang boleh kita peroleh dengan jalan pintas. Cubalah dapatkan tips-tips daripada usahawan berjaya dan insyaAllah anda juga boleh berjaya.

Cewah, bagi nasihat macamlah saya dah berjaya. Masih banyak lagi yang perlu ditempuhi dalam dunia ini. Masih banyak lagi langkah yang perlu diatur.

Terima kasih kerana membaca dan harapnya anda sedang menikmati hari yang indah. 

Comments

  1. Salam kak. Done follow blog ini. Puding tu mmg sedap. Plus, background batu bata tu mmg lawa. Program myniaga mmg bagus utk beginner dalam bidang biznes kan. hihi

    ReplyDelete

Post a Comment