Pages

Thursday, October 27, 2016

Babysitting is Tough




Sedang berbaring membaca novel Hassan Al Banna sambil menenangkan baby Amanda di sebelah. Tiba-tiba abang si Amanda, Asyraf datang membawa buku akaun saya dan letakkan di sebelah saya.

Apa maksudnya itu?


***


Asyraf memerhatikan seekor semut yang berjalan di hadapannya. Saya buat aksi mengajar dia supaya ambil semut itu dan makan. Tidak saya duga dia benar-benar melakukannya. Habislah kalau ibunya tahu.


***


Amanda kuat menangis. Mungkin lebih kuat daripada gempa bumi. Kadang sampai tak tahu apa lagi yang perlu dibuat kalau dia menangis. Selalunya kita cuma hulurkan tangan dan dia genggam. Selepas itu barulah dia akan berhenti menangis. Maka sambil baca novel, sebelah tangan lagi perlu dikorbankan sebagai mainan buat Amanda.


***


Saya suka buli Asyraf. Tangkap kaki dia, campak dia sana sini (dalam keadaan terkawal), baling  bantal (dengan lemah lembut) dan kadang masukkan dia dalam bagasi tingkat atas tu. Konflik bermula apabila Asyraf mula protes dan membaling mainannya ke arah saya (sambil gelak bahagia). Kemudian saya perlu menangkapnya semula. Dan kitaran yang sama berulang.


***


Ada seorang lagi bayi asuhan ibu saudara saya. Alif namanya. Alif ni tak banyak buat masalah. Cuma itulah, masih dalam peringkat jalan jatuh. Sehari sahaja dua tiga kali jatuh terlentang, jatuh tersembam. Sekali dia menangis, kalah gempa bumi Amanda.


***


Asyraf kuat cemburu. Tak boleh Alif dapat lebih perhatian daripada dia. Saya berganjak sebentar ke laptop untuk membuat tugasan. Dalam sekelip mata, tayar kereta mainan yang besar sudah berada di atas kepala Alif.


***


Amanda menangis lagi. Saya mendukungnya. Dan Amanda muak susu. Saya memerhatikan kotoran pada baju saya. Life is tough.


***


Asyraf suka tumpahkan air. Saya tidak pasti sama ada dia sengaja atau tidak. Tapi Alif akhirnya tergelincir jatuh dan menangis teruk.


***


Cik Na telefon.

“Esok Cik Na kerja malam. Cik Na nak hantar Mikael. Tolong jagakan, boleh?”

“Mikael dah la kuat menangis. Nanti dia menangis macam mana?”

“Kalau dia menangis awaklah kena.”




p/s: Saya bukan ambil upah mengasuh. Saya cuma luangkan cuti mid term di rumah bapa saudara. Kepada semua assignment serta test, rest in peace. Dan terima kasih kepada anda kerana membaca!


Tiba-tiba addicted dengan Bitmoji ni

No comments:

Post a Comment