Video-video Ramadan di YouTube


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. 13 Ramadan 1437.

Untuk entry kali ini, saya sekadar mahu berkongsi beberapa video di YouTube berkenaan Ramadan dan puasa. Semalam YouTuber Mat Luthfi baru upload video terbaru beliau dan saya pasti sudah ramai yang melihatnya. Kalau belum, boleh tonton video di bawah.




Video yang berdurasi lebih kurang 2 minit ini memberi kita pengajaran supaya jangan membazir makanan terutamanya pada bulan Ramadan. Jadi macam mana caranya untuk elakkan pembaziran? Masaklah yang secukupnya dan membeli sekadar yang perlu sahaja. Jangan terlalu ikutkan nafsu. Atau selalunya saya akan berikan makanan lebihan kepada kucing-kucing di rumah. Atau simpan di dalam peti sejuk dan panaskan balik untuk sahur. Minuman lebihan pula selalunya saya akan tuang ke dalam plastik ais krim Malaysia dan bekukan. Seboleh-bolehnya kita perlu cuba untuk mengelakkan pembaziran ya!


Video ini pula adalah iklan dari TV9 Malaysia kolaborasi dari Viners Malaysia. Saya tak pasti sama ada iklan ini ada ditayangkan di televisyen atau tidak sebab saya tak pernah nampak lagi.




Iklan ini menunjukkan perbezaan berbuka puasa zaman dulu dan sekarang. Macam mana pula dengan anda? Kalau saya, dah agak-agak azan di TV, saya akan membuka pintu menunggu azan Maghrib. Waktu berbuka di Kedah agak lewat beberapa minit dengan waktu di KL. Kalau makan di luar pula, ya, memang betul. Kami akan pandang kiri kanan tengok orang lain. Kalau berbuka beramai-ramai dengan saudara-mara di restoran pun wajib bergambar. Sebab bukan selalu dapat makan beramai-ramai. Setahun sekali sahaja selalunya. Tapi tak adalah sampai doa pun tak habis makanan dah kosong pinggan. Eheh.


Video di bawah ini pula dihasilkan oleh Hazwan Azman, seorang Viner dan YouTuber. Saya tak ikuti sangat video adik ni tapi orang kata video dia menarik jadi apa salahnya kita sokong YouTuber tempatan kita. Viewersnya pun ramai di YouTube!




Video berdurasi lebih kurang 7 minit ini adalah berkenaan lawak-lawak hambar yang selalu dibuat di bulan Ramadan. Tapi setakat ni tak adalah sesiapa pun yang buat lawak macam tu pada saya. Kalau ada, memang hambar. Menguji kesabaran saja di bulan puasa.


Apa pun tahniah kepada Viners dan YouTubers yang berjaya hasilkan video-video sebegini. Bukan senang nak hasilkan video, tahu? Saya tahu sebab dah banyak kali buat dan untuk satu video saja pun banyak usaha tenaga yang perlu dicurahkan. Untuk nak hasilkan video pun perlukan komitmen yang tinggi apatah lagi untuk buat filem atau drama bersiri. Tapi yang tu dapat duit. Eheh.


Comments