Pages

Wednesday, June 29, 2016

Pemenang Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway!


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, setelah selesai meninjau kesemua penyertaan daripada para peserta Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway, akhirnya keputusan telah pun dibuat. Keputusan dibuat sepenuhnya oleh Random.org tanpa ada sebarang unsur berat sebelah dan sebagainya. Eheh. 


Oleh itu, kini tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh peserta giveaway kita, iaitu pengumuman pemenang. Sebelum itu, saya mengucapkan terima kasih kepada para peserta dan syabas ya kepada para pemenang!

Jika ada yang masih belum merujuk nombor penyertaan masing-masing, boleh rujuk di SINI.

Bismillahirrahmanirrahim.



Pemenang hadiah Shawl x 3 (2 Shawl Madinah, 1 Shawl Vietnam)




Pemenang hadiah Purse Kipling dari Vietnam


Pemenang hadiah Keychain Vietnam x 7










Alhamdulillah, terima kasih sekali lagi dan tahniah saya ucapkan kepada mereka yang bertuah! Kepada yang tidak berjaya, mungkin rezeki anda di masa yang lain. Lambat atau cepat, insya Allah rezeki tu mesti ada. 


CARA MENUNTUT HADIAH

Kepada pemenang, mohon anda menghantar butiran seperti di bawah ke alamat emel nurina24@ymail.com selewat-lewatnya sehingga 1 Julai 2016.

Nama
Alamat
Nombor telefon
URL / Nombor penyertaan

Insya Allah, setelah selesai semua pemenang menghantar butiran masing-masing, saya akan mengepos hadiah tersebut. Saya mungkin menggunakan khidmat selain Pos Laju kerana rasanya Pos Laju sudah ditutup. Kalau hadiah tidak sampai ke rumah anda sebelum Hari Raya Aidilfitri, mungkin selepas itu. Tapi saya harap dapat sampailah sebelum raya. Sebelum saya mengepos semua hadiah, insya Allah saya akan maklumkan di akaun Instagram saya. 

Apa pun sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua blogger sporting yang menyertai GA ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini memohon tembakan doa anda agar ibu bapa saya mendapat rezeki untuk menunaikan haji tahun ini dan semoga saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ijazah ke universiti pilihan. Saya percaya, doa setiap satu daripada anda yang membaca adalah penting. Dan semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan kepada kita semua, insya Allah. 

21 comments:

  1. Tahniah kepada semua pemenang ^_^

    ReplyDelete
  2. tahniah semua pemenang !
    good luck NurinaIzzati...
    semoga dipermudahkan segala urusan dan berjaya dunia akhirat ;)

    ReplyDelete
  3. Tahniah pemenang. Alhamdulillah, rezeki ramadhan kan..")

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...dapat jugak rezeki kat sini...Slaly dah email yer :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah rezeki juga, terima kasih , akan email detail nanti.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah... akhirnya keputusan dah keluar. Tahniah kepada pemenang !

    ReplyDelete
  7. tahniah kepada semua pemenang..takde rezeki

    ReplyDelete
  8. Tahniah kepada semua pemenang.

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah..terpilih.. :D
    terima kasih penganjur. :D

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, terima kasih. awak, saya takda ymail. saya sudah hantar butiran melalui facebook awak. dan saya betul2 minta maaf untuk lambat menghant butiran. i'm sorry for the trouble T.T

    ReplyDelete
  11. tahniah pada semua yang menang...

    ReplyDelete