Pages

Sunday, June 12, 2016

Bayu di Petang Ramadan


Awan petang perlahan berarak 
wajah sayu tidak berlagu
membawa gelap dalam terang
hampir menipu mata yang memandang
kerana tampak persis lukisan.

Oh Tuhan
Adakah awan sedang bersedih?
Aku tidak pasti
Kerana mentari memancar riang?
Atau laparnya di petang hari
atau kian mencelah rasa cemburu
melihat awan cerah yang lain.

Oh Tuhan 
Aku terseksa
kerana awan begitu terluka
namun aku di sini tiada daya
hanya mampu memerhati
tak mampu mencapai
jauh sekali berkongsi.

Aku menangkap aroma bayu
mungkin tiupan dari Utara
mungkin dari Selatan
mungkin dari Timur?
Mungkin juga dari Barat

Mengelus wajahku perlahan
mendatangkan dingin dalam teriknya mentari
mengundang pelbagai rasa
bimbang, tapi tetap tenang.

Bayu menjadi teman setianya awan
menebarkan aroma penuh mesra
agar semua bertukar peka
Sang awan sedang berduka
dan entah bila bakal menangis. 

Aku ingin menjadi seperti bayu
yang mungkin tak mampu memujuk awan
namun masih berdiri setia
mengkhabarkan penduduk dunia
awan sedang bersedih 
di petang Ramadan.


2.42 petang
7 Ramadan 1437
Sedang mendung.


Tatkala kita sedang sibuk memikirkan juadah apa untuk berbuka hari ini, ketahuilah ada yang sedang bersusah payah berjuang untuk meneruskan kehidupan di luar sana. Jangan lupa kirimkan doa, kerana doa itu senjata mukmin.



3 comments:

  1. Indahnya bait-bait kata :)
    Salam Ramadan ke-9.
    Akak datang membalas kunjungan.

    ReplyDelete
  2. bsyukur dan berdoa utk mereka yg lain

    ReplyDelete
  3. salam kenal.. tq singgah dan komen di blog Kak Alycia ;)

    ReplyDelete