Pages

Saturday, December 19, 2015

Kotak Hadiah & Berjalan Tanpa Tujuan



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

I’m so excited to share this with you guys! Anda dah saksikan filem pendek ini? Kalau belum, sila saksikan sekarang. Eheh. Dan jangan lupa subscribe ya!




Alhamdulillah, through all the difficulties, akhirnya filem pendek terbaru Nims Productions telah selamat dimuat naik di YouTube. Kelainan video kali ini adalah mesej yang disampaikan sebenarnya bukan mesej yang direct tetapi tersirat. Maklumlah ambil subjek sastera dulu. Saya tahu masih banyak lagi yang perlu diperbaiki, insya-Allah saya akan perbaiki dari semasa ke semasa. Saya pun teringin nak belajar cara buat filem pendek yang awesome seperti YouTuber yang lain.

Bercakap tentang ‘Kotak Hadiah’, sebenarnya video ini telah lama dirakamkan, kalau tak silap saya sekitar bulan Ogos atau September dulu. Tapi disebabkan banyak kekangan dan kesibukan exam sebagainya saya baru dapat menyiapkannya. Saya sangat berterima kasih kepada rakan-rakan yang sanggup meluangkan masa dalam penghasilan video ini. Ya lah, bukan senang nak berlakon ni. Satu babak sahaja kadang kena ulang sampai empat lima kali. Mereka juga terpaksa menahan karenah pengarah yang meminta macam-macam aksi, terutamanya melibatkan larian untuk filem pendek kali ini. Tapi tak apa, mereka dah biasa dengan saya.

Sebelum ini pun ada beberapa video lain yang telah kami lakonkan bersama. Kalau ikutkan sebenarnya saya tak mahu terlibat pun dalam lakonan, cuma sekadar mengarah sahaja. Tapi kata mereka, tak aci kalau pengarah tak berlakon sekali. So that’s the reason kenapa saya babak saya cuma sedikit sahaja dalam video. Eheh.

Lebih banyak main daripada berlakon sebenarnya

Filem pendek ini mengambil masa selama 14 minit. Satu pencapaian baru bagi saya. Kami pun bukan mengambil masa sehari berlakon. Lebih kurang tiga atau empat hari jika tak salah saya. Dan banyak kesulitan yang dialami dalam penghasilannya, terutama sekali dalam proses pengeditan.

Apa pun, saya gembira kerana kerja kami sudah membuahkan hasilnya. Walaupun mungkin tak ramai viewer yang menonton, apa yang penting ialah kami lakukan apa yang menggembirakan kami. Bukan atas paksaan, bukan kerana bayaran (tak ada pun) tetapi kerana ini adalah sesuatu yang fun untuk kami lakukan bersama.

Bercakap tentang fun, sekarang barulah saya dapat buat banyak benda fun memandangkan saya ada cuti yang panjang. Recently, saya dan adik berjalan meredah Kuala Lumpur. It’s not really my first time, tapi pertama kali berjalan tanpa tujuan. Sementara menunggu ibu saya meeting di bangunan Atlan, kami pun berjalan ke Ampark Mall. Dari bangunan Atlan, sebelah kanan ada Ampark Mall manakala sebelah kiri ada menara berkembar. Tak sampai 10 minit pun rasanya, kami sampai ke Ampark Mall.

Macam jalan dia yang punya

Betullah seperti yang dikatakan khabar angin bahawa Ampark Mall akan dirobohkan. Saya dapat melihat ada banyak poster bertulis “Save Ampark” di kebanyakan premis. Ada juga premis yang sudah tutup. Saya cuba bayangkan perasaan peniaga-peniaga di sana, mungkin di situ sumber pendapatan mereka satu-satunya. Dan bila mall tu nak ditutup, it must be really hard for them. Saya tahu, bukannya senang nak cari tempat untuk berniaga, dan susah juga untuk dapatkan tender berniaga. Saya harap semuanya akan baik-baik sahaja untuk mereka.

Oh ya, sepanjang kami berjalan ada Santa Claus ni yang sibuk sangat mengucapkan Happy New Year kepada semua orang. Ke mana pun saya berjalan balik-balik jumpa dia juga. It’s a great way though to spread happiness to people.

Cuba kalau ada sukarelawan yang sebarkan kebaikan Islam macam Santa Claus tu. Ya lah, tak lama lagi maulud nabi pun nak dekat. Cuba bayangkan di shopping mall ada orang yang berselawat atau bagi salam kepada pengunjung. Maksud saya, Malaysia ni negara majoriti Islam. Kebetulan, tarikh lahir Nabi Muhammad tahun ini jatuh pada 24 Disember. Tarikh lahir Jesus Christ pula 25 Disember. Bukankah sepatutnya lebih ramai yang memperingati kelahiran Muhammad daripada Jesus? Bukankah Malaysia negara majoriti Islam? Entahlah. Itu cuma persoalan kecil yang bermain dalam minda saya.

Berbalik kepada cerita, saya dan adik pun berjalan pusing-pusing di mall itu. Window shopping. Tak ada apa yang menarik perhatian saya untuk membeli. Untuk membunuh masa, saya ajak adik saya buat video memandangkan kami berada dalam surrounding yang menarik. Kami duduk di bangku kosong, berfikir dan terus berfikir. Ada beberapa idea yang timbul dalam minda, tapi semuanya sekerat jalan. Akhirnya tetap tak membuahkan hasil. Saya ajak adik pulang, sebelum itu saya belanja Dunkin Donuts. Sebenarnya saya sendiri yang teringin. Eheh. Kami pun pulang ke bangunan Atlan dan menunggu hampir satu jam sebelum habis meeting.

Is it a smile or what?

Memang nampak macam buang masa, dan memang membuang masa pun. But it’s a fun thing to do. Kadang, benda kecil-kecil yang kita lakukan dengan orang lain itulah yang menjadikan satu pengalaman menarik dalam kehidupan kita. Kadang kita buat benda-benda bodoh dengan orang yang rapat dengan kita. Tapi akhirnya akan ada satu masa bila kita duduk dan teringat balik momen-momen tersebut sambil tersenyum.

Point is, buatlah apa sahaja dalam hidup ni, asalkan benda tu datang dari hati kita.

No comments:

Post a Comment