Pages

Tuesday, December 15, 2015

Kem Kenari Nature Park: A Refreshing Memory



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Baru-baru ini saya diberi peluang untuk mengikuti kem bersama para pelajar SMK Taman Mahsuri. Ini merupakan kali kedua saya diberikan peluang untuk menjadi fasilitator selain kem di Pantai Kerachut dahulu. Dan bezanya kali ini, saya perlu mengendalikan satu slot bertemakan multimedia selama satu jam setengah. 

Jujurnya ketika kali pertama saya diberitahu tentang hal ini, memang saya tak yakin dengan diri sendiri. Saya tak pernah mengajar orang lain tentang multimedia. Maksud saya, saya tak pernah memberikan ceramah tentang multimedia. Dan saya rasa saya bukanlah orang yang layak berceramah dalam bidang ini pun. Tapi memandangkan ini merupakan satu amanah yang diberikan oleh cikgu, maka saya cuba untuk menyahut cabaran. 

Selamat datang ke Kem Kenari Nature Park 

Peserta sasaran untuk Kem Kenari terdiri daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar SMK Taman Mahsuri seramai 16 orang sahaja. Walaupun begitu, saya tetap tidak yakin dengan diri sendiri. Cikgu menyuruh saya agar memfokuskan kepada bahagian pembikinan video. Jadi, itu tidak menjadi sebarang masalah kerana bukan susah pun untuk hasilkan satu video. Saya memang ada menyediakan bahan untuk peserta tetapi saya langsung tidak menggunakan pun bahan tersebut. Eheh.

Bercakap tentang persiapan kem ini, ramai fasilitator lain yang membantu bagi memastikan segala aktiviti yang akan dijalankan oleh peserta berjalan dengan lancar. Saya tak banyak membantu pun. Sekadar sumbang dua tiga idea sahaja. Tapi saya nampak effort yang dilakukan oleh para fasilitator. Mereka memang bertungkus-lumus demi memastikan kem ni berjaya. Dan saya rasa bersalah kerana tidak dapat membantu atas faktor-faktor tertentu. Mainly disebabkan tak ada transport. Hmm. Sebelum kem bermula, kami juga telah berpakat untuk mengenakan satu prank ke atas tiga orang pelajar yang menyambut hari lahir pada bulan Disember. Nanti saya akan ceritakan tentang prank tersebut.

Pagi yang dijanjikan, para fasilitator dan peserta kem berkumpul di SMK Taman Mahsuri dan bertolak ke Yan menaiki sebuah bas. Anehnya, bas itu cuma menyiarkan lagu-lagu klasik karaoke. Aneh lagi, ramai pula yang menghafal lagu-lagu tersebut. Lagu yang saya tak pernah dengar pun mereka boleh tahu. Perjalanan ke Yan memakan masa hampir sejam. Alhamdulillah, cuaca dan keadaan sekeliling mengizinkan kami untuk tiba ke destinasi dengan selamat.

Kem Kenari ni memang tempat yang menarik. Ada kolam renang, sungai, tempat memancing ikan, kedai makan, surau dan sebagainya. Pendek kata fasiliti yang disediakan cukup lengkap. Oh ya, ada juga tempat untuk berkaraoke di sana. Saya tak nampak ada sebab untuk mengatakan Kem Kenari tidak menarik. 

Sungai tempat bermandi-manda

Hari pertama, para peserta didedahkan dengan pelbagai aspek kepimpinan oleh fasilitator yang lain. Saya cuma memantau sahaja kerana slot saya jatuh pada hari kedua. Dan bila saya kata pantau, maksudnya saya cuma memerhatikan sahaja sambil duduk di atas kerusi. Eheh. Memang fasilitator yang tidak bertanggungjawab. Apa yang penting, para peserta terhibur dengan slot-slot yang dianjurkan dan mereka mendapat input yang berguna dari situ.

Pada waktu terluang, saya dan rakan-rakan yang lain pergi ke tempat memancing ikan. Saya tak ingat bila kali terakhir saya memancing. Mungkin masa kecil dahulu. Dan kalau ada pun, saya rasa tak dapat pun ikan. Jadi bila saya cuba nasib, alhamdulillah berjaya menangkap seekor anak ikan haruan. Mereka kata saya ni memang ong. Eheh. Entahlah. Tapi ikan itu dilepaskan semula kerana masih kecil.

Setelah menghabiskan masa di situ, pada sebelah petang pula kami semua bergerak ke kolam renang untuk aktiviti riadah. Petang-petang itu jugalah hujan turun. Apa lagi, kami semua pun bersuka-ria sambil kehujanan. Lebih tepat lagi, para fasilitator lelaki yang bersuka-ria memandikan peserta dengan lumpur. Saya ada rakam video mereka jadi anda boleh menonton setelah selesai membaca entry ini. Pada waktu malam pula, para peserta berkumpul semula di dewan untuk slot nurani. Saya pula ditugaskan memotong sayur kobis yang besar-besar belaka untuk membuat coleslaw. Malam itu, kami mengadakan barbeque untuk semua. Dan di sinilah best partnya. Part prank orang. 

Tiga orang pelajar yang saya maksudkan ialah seorang peserta dan dua fasilitator. Salah seorang fasilitator ialah rakan saya, Husna. Sejak awal lagi saya telah ditugaskan untuk memastikan Husna langsung tidak tahu tentang rancangan jahat kami. Tapi Husna ni memang tajam. Sejak awal pagi lagi di dalam bas katanya dia menghidu sesuatu tentang prank yang mungkin akan dikenakan terhadapnya. Saya pun apa lagi usaha menggoreng apa yang patut. Dan nampaknya malam itu dia tak saspek apa-apa.

Rancangannya begini. Ketika slot nurani berlangsung, Husna dan dua mangsa yang lain dipaksa melibatkan diri di dalam dewan. Sudah tentulah Husna agak keberatan kerana dia mahu turut membantu fasilitator yang lain menyediakan BBQ. Sepatutnya, sejurus selepas slot nurani akan dijalankan slot burung hantu. Tapi slot burung hantu terpaksa dibatalkan kerana keadaan lopak air yang bertakung dan jalan yang basah kerana hujan pada waktu petang. Walaupun begitu, mereka tetap meyakinkan orang di dalam dewan bahawa slot burung hantu akan dijalankan. Husna pun turut dipaksa menyertai slot burung hantu dengan alasan mereka mahu mencukupkan kuota seramai 20 orang. Keluar dari dewan, setiap peserta diikat matanya dengan kain penutup mata begitu juga Husna dan 2 lagi mangsa prank. Husna bermati-matian menyangka slot burung hantu dijalankan. 

Dipendekkan cerita, sayalah yang membawa Husna berpusing-pusing di kawasan dataran. Sementara itu, peserta lain semuanya dibuka penutup mata dan disuruh menghasilkan separa bulatan. Cikgu pula menunggu dengan kek.

Agak awkward juga saya membawa Husna tanpa bersuara. Dan memang Husna langsung tidak tahu saya yang membawanya. Husna memang clueless. Boleh nampak dia tak berapa suka terlibat dengan aktiviti ini. Saya pun sengaja bawa Husna langgar daun-daun pokok dan sebagainya. Konon dah masuk hutan. Bila dapat isyarat dari kem komanden, maka ketiga-tiga mangsa prank pun dibawa ke lokasi bulatan. Kain penutup mata ditanggalkan dan ramai-ramai menyanyikan lagu hari lahir. Husna memang terkejut besar. Begitu juga 2 lagi mangsa prank yang lain. Itu tandanya prank kami berjaya! Minta maaf Husna kerana membohongi anda. Selepas itu, kami beramai-ramai menikmati kek dan BBQ. Alhamdulillah. Oh ya, prank ini tidak berakhir di situ saja. Kebetulan, Cikgu Faziela memang takut dengan katak. Dan ketika kami berjalan di dataran, kami ternampak seekor katak. Saya dan rakan-rakan pun berpandangan antara satu sama lain…

Hari kedua di kem. Suasana subuh di Kem Kenari memang nyaman. Pagi itu, para peserta dibawa keluar dari kawasan kem untuk bersiar-siar. 

Seronok mereka berjalan

Saya tinggal di dewan untuk menyiapkan peralatan bagi slot multimedia. Disebabkan masalah teknikal, slot multimedia terpaksa ditunda ke slot yang terakhir. Tak apa, hidup ni memang penuh dengan cabaran. Alhamdulillah, slot multimedia pun berjalan dengan lancar dan setiap kumpulan peserta berjaya menghasilkan video untuk kumpulan masing-masing. Macam yang saya kata, bukan susah pun buat video menggunakan Movie Maker. Mungkin lambat-laun mereka akan jauh lebih mahir membuat video berbanding saya kelak. 

Bagi saya, ada satu kepuasan bila dapat berkongsi sesuatu dengan orang lain. Walaupun tak adalah banyak mana pun yang saya kongsi, tapi alhamdulillah mereka berlapang dada menerimanya. Selesai slot multimedia, ada acara penyampaian sijil dan hadiah. Dan setelah itu, kami pun menaiki bas untuk bertolak pulang.

Ringkasnya, ada banyak benda yang saya belajar, terutamanya tentang pancing ikan. Apa yang penting saya dapat luangkan masa bersama rakan-rakan dan orang lain. Dapat tambah dan berkongsi ilmu. Dapat experience together. Dan saya harap akan ada banyak lagi experience macam ni yang saya akan alami kelak. Terima kasih Puan Faziela yang menjemput saya menjadi sebahagian daripada kem ini.


That’s all for now. Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa tonton vlog ini.


2 comments: