Pages

Friday, December 25, 2015

Film Maker Muslim - DAQU Movie

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Allahumma solli ala Muhammad.

Saya sekadar mahu berkongsi video terbaru dari DAQU Movie tentang Maulidur Rasul. DAQU Movie atau Darul Quran Movie ni adalah produksi anak-anak muda dari Indonesia. Lebih kurang macam Mr The All Shared la. Team DAQU Movie ni memperjuangkan dakwah Islam melalui video-video mereka di YouTube. Mereka banyak menghasilkan filem pendek, web series dan juga vlog.


Saya mula kenal mereka sejak saya menonton video Cinta Subuh yang pernah atau mungkin masih lagi viral di internet. Video tentang seorang wanita minta clash dari seorang lelaki sebab dia tak bangun solat Subuh. Kalau tak silap saya, dialognya lebih kurang begini. “Gimana mau jadi imam rumah tangga, kalau imam solat aja ngak bisa?” Lebih kurang la. Eheh.

Sejak tengok video tu, saya terus buka channel DAQU dan terus jatuh hati kepada video-video mereka. Saya tak mahu cerita panjang. Kalau anda ingin tahu kenapa saya tertarik dengan team DAQU Movie, teruslah klik channel mereka. Jangan lupa subscribe sekali.



Yang ini pula video Cinta Subuh yang saya ceritakan tadi. Ada 3 siri sebenarnya. Jangan lupa tonton ketiga-tiganya.




Dan video ni pun saya suka. Ruang Sidang Setan. Saya puji usaha team ni untuk hasilkan karya sebegini.



So yeah, lepas dah tonton sila like, share, subscribe dan jangan lupa ambil ibrahnya!

BACA JUGA: Filem-Filem Pendek Melayu Kegemaran Saya dan Isu Vlogger Muslimah

1 comment: