Puisi: Hujan dan Mimpi




Titis demi titis 
hujan menyimbah bumi
tika malam makin tenggelam
bersama kedinginan yang mencengkam
menghakis sepi diam
yang pernah menyelimuti alam

Aku terjaga dari tidur
hilang 
lesap
segala mimpi yang tak pernah kuingati
dihanyutkan dek hujan yang iri
akan ketenanganku yang tak henti
kerana hujan tak pernah mengalami
erti sebuah mimpi

Dia hanya tahu sengsara
mengumpul beban yang menimbun
dan bila tiba masa
hanya tahu menangis
hanya tahu marah
tanpa kenal erti lelah

Tapi hujan tak pernah sedar
tangisannya
kesedihannya
air matanya
menjadikan seribu mimpi hidupku
bertukar realiti
menghidupkan angan-angan kosong
jadi nyata

Terima kasih hujan
atas pengorbananmu
mimpi boleh direalisasi
tiada lagi kehangatan
tiada lagi tanah yang kekeringan
tiada lagi tinggal angan.

Nurina Izzati
04072015
3.02 a.m.
Kulim

Comments