Dakwah Melalui Tingkah



Assalamualaikum.

Allah tu, kalau nak sedarkan kita, memang ada banyak cara.

Selama ini, saya lupa. Mungkin saya semakin lupa dengan tanggungjawab saya sebagai seorang khalifah untuk berdakwah. Iya lah, setiap orang ada tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran kepada orang lain. Mungkin terlalu disibukkan dengan hal-hal dunia sampai jarang memikirkan ummat. Allahu. 

Bila sebut tentang dakwah, orang akan sangka, dakwah ni berat. Nak kena tegur orang lain, kena buat usrah, kena bagi ceramah, kena jadi alim, pakai songkok, tudung labuh, berjubah segala. Kadang, saya pun berfikiran yang sama. Sampailah saya tersedar melalui perbualan dengan seorang rakan semalam.

Kebetulan, saya baru membeli buku Tarbiah Sentap tulisan Adnin Roslan, maka saya kongsikan pengisiannya dengan rakan-rakan. Kebanyakan yang menyentuh hati ialah nasihat beliau tentang ikhtilat, batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan zaman sekarang. Rakan-rakan saya akui, memang agak sukar untuk menjaga yang namanya ikhtilat ni, susah. Kata saya, selalunya orang yang berkawan baik dengan jantina lain mungkin disebabkan mereka kekurangan kasih sayang atau perhatian daripada rakan sejantina. Itu cuma sekadar pendapat. 


Cuba kita renung, sekiranya kita cukup perhatian daripada rakan-rakan sejantina, sudah tentulah kita tidak ada masa untuk mencari rakan yang berlainan jantina. Bagi saya sendiri, saya rasa persahabatan saya dengan rakan-rakan perempuan sudah cukup untuk saya dan tidak ada alasan kenapa saya perlu berkawan rapat dengan lelaki. Sebab lelaki dan perempuan ni tak sah kalau duduk atau sembang sekali tanpa ada satu macam jenis perasaan lain di dalam hati. Admit it.

Setelah itu, seorang rakan saya mengutarakan soalan. “Nurina mesti tak ada masalah ikhtilat kan?” 

Dan kemudian, dia cerita pada saya, apa yang membuatkan dia berkata sedemikian. Melalui ceritanya, barulah saya terimbas kembali. 

Jika tidak ada rakan yang menemani, saya akan selalu stayback sendiri untuk siapkan tugasan atau ulangkaji (lah sangat). Nak dipendekkan cerita, ada sekumpulan manusia ni tiba-tiba datang dan bersembang di meja bersebelahan saya, namun saya langsung tidak menoleh sebab ada lelaki. Bila saya kemas barang dan galas beg untuk pulang ke rumah, tiba-tiba seorang lelaki dalam kumpulan itu menegur, “Dah nak balik? Assalamualaikum.” Saya jawab salamnya tanpa memandang dan terus berjalan pulang dengan pantas. Saya langsung tak perasan ada kawan saya yang memerhatikan situasi itu. Dan dia kagum dengan tindakan saya. 

Point is, saya sedar, sebenarnya dakwah ni bukan hanya sekadar bagi tazkirah dan usrah. Dakwah ni adalah melalui perbuatan kita sendiri. Saya tak sangka, apa yang saya buat, ada orang yang perhati. Bila apa yang kita buat tu salah, orang akan keji. Bila apa yang kita buat tu benda baik, orang akan contohi. Tingkah laku kita, perbuatan kita, tutur kata kita dan segala tindakan kita boleh menjadi dakwah kepada orang lain. Maksudnya, kita tak perlu sebarkan kebaikan melalui lisan, tetapi boleh juga melalui perbuatan. Rasulullah sendiri pun banyak berdakwah melalui amal perbuatan baginda. 

Jadi, kalau nak dakwah, kena mula dengan diri sendiri dulu. Jaga segala tingkah laku kita. Percayalah, dalam hidup ni, kita akan selalu dinilai oleh manusia. Takkan kita nak bagi mereka tanggapan yang negatif?

Back to the story, kalau nak sebut tentang ikhtilat, saya akui memang cukup susah nak jaga, tambah-tambah lagi sistem pembelajaran zaman sekarang tidak membataskan lelaki dan perempuan. Mungkin banyak urusan yang melibatkan pergaulan kedua-dua jantina. Tetapi asasnya terletak pada hati kita juga. Kalau kita tak nak, kita tak buat. Hati tu kena kuat. 

Perbanyakkan ukhuwah sesama jantina. Percayalah, trust me, ukhuwah sesama jantina ni jauh seribu kali sangat manis nak dibandingan ukhuwah berlainan jantina yang berpaksikan nafsu. Tambahan lagi kalau ukhuwah tu dibina lillahi taala. Tak kisahlah sama ada kita yang nak bantu, atau kita yang perlukan bantuan dalam agama. Kalau kita ikhlas nak kawan sebab Allah, kita akan jadi lagi sungguh-sungguh dalam persahabatan tu. Tapi kalau kita kawan atas rasional kita perlukan hanya sekadar peneman, persahabatan tu cuma jadi biasa-biasa saja. 

Saranan daripada buku Tarbiah Sentap, kalau anda betul-betul nekad nak jaga ikhtilat, cuma cari kawan yang tidak bercouple. Atau kawan yang tak selalu cerita pasal crush dia. Sebab selalunya bila kita selalu dengar cerita tentang cinta, benda tu secara tak langsung akan rangsang kita untuk menagih kasih seseorang. 

Benda ni sama juga konsepnya dengan agama sebenarnya. Kalau kita selalu dengar cerita dari al-quran, sirah-sirah nabi, kita akan terangsang untuk menagih cinta Allah. Jadi, cubalah cari kawan yang selalu cerita tentang agama (walaupun susah nak cari) atau pelajaran atau apa-apa sahajalah yang tidak berkaitan dengan cinta. Insya-Allah, eventually, you’ll get through all of these.


Comments