Pages

Thursday, August 7, 2014

Pasport Baru!



Assalamualaikum. Salam Syawal buat semua.

Buat beberapa minggu ini saya perlu revise lebih banyak memandangkan ujian awal ataupun lebih kurang pretest akan bermula dalam 17 Ogos nanti. Kuliah pengajian perniagaan semalam pun diajar dengan sangat pantas. Selalunya saya akan dapat tempat duduk paling hadapan, tetapi disebabkan terlambat masuk jadi terpaksa duduk di belakang-belakang juga. Dengan kewujudan 80 orang (anggaran sahaja) dalam kuliah itu, memang agak menyulitkan. Alhamdulillah ilmu yang disampaikan dapat diterima. Ingat atau tidak, bergantung pada usaha sendiri la. Eheh. 

Itu cerita semalam. Hari ini, alhamdulillah, setelah lama penantian, akhirnya passport antarabangsa saya yang pertama sudah dapat disiapkan! Tepuk tangan sendiri! 


Eheh. Nak buat passport saja pun bukan main susah. Mula-mula dulu pegawai imigresen tanya macam-macam soalan sebab saya dan adik saya dilahirkan di United Kingdom. Abang pula lahir di Jepun. Selepas itu kami disuruh pula untuk fotostet kad pengenalan dan sijil beranak segala. Hendak dipendekkan cerita pegawai tersebut menyuruh saya renew kad pengenalan baru disebabkan saya sudah cukup 18 tahun. Jadi ibu saya pun membawa saya ke JPN untuk membuat kad pengenalan baru. 

Sampai di JPN pula sistem tidak dapat kenal pasti cap jari kiri saya disebabkan garisan yang rosak. Terpaksalah saya tunggu seminggu sebelum boleh dapatkan dokumen kad pengenalan sementara untuk urusan rasmi. Pasport adik-beradik saya yang lain semuanya sudah siap. Akhirnya pada tarikh yang dijanjikan JPN saya pun pergi balik ke JPN untuk dapatkan dokumen kad pengenalan sementara itu. Kemudian pergi balik ke pejabat Imigresen untuk buat pasport. 

Alhamdulillah tak perlu tunggu lama sangat untuk sampai giliran saya. Saya pun menyerahkan dokumen-dokumen yang berkenaan kepada pegawai imigresen tersebut. Dia membelek-belek dulu dokumen, dan menyoal tentang tempat lahir saya dan sebagainya. Setelah itu saya disuruh untuk fotostet dua salinan sijil beranak. Saya pun bergegas naik ke tingkat tiga (kedai fotostet) untuk memenuhi permintaannya. Bila saya serahkan salinan surat beranak, pegawai itu menyuruh saya pula untuk fotostet dua salinan dokumen pengenalan sementara. Saya pun bergegas balik naik ke tingkat tiga untuk fotostet sekali lagi. Pekerja wanita yang jaga kedai tu pun tersengih melihat saya sekali lagi.


Alhamdulillah urusan buat pasport finally berjalan lancar dan saya telah mendapatkan pasport pertama saya! Sekarang cuma tinggal nak dapatkan suntikan bebas penyakit. Kalau tak ada aral melintang, hari ini juga saya akan dapatkan suntikan. 

Memang saya dilahirkan di UK tetapi ketika berumur tiga tahun saya sudah kembali ke Malaysia dan sejak itu saya belum pernah ke luar negara lagi. Kiranya, this will be my first time to experience something new in another country. InsyaAllah, jika Allah permudahkan. I’m not telling you guys yet where I’m heading to for the time being. Ya lah, manusia cuma mampu merancang, Allah SWT juga yang menentukan. Macam planning saya nak buat pasport, saya ingatkan senang sahaja, rupa-rupanya banyak juga kesulitan. Saya takut nanti mungkin tak jadi pula. Kita tengoklah dulu. 

Ibu saya berpesan, sebelum nak pergi ke sana, minta doa banyak-banyak pada Allah agar dipermudahkan urusan. Minta doa daripada kawan-kawan supaya selamat di negara orang. Saya mengharapkan tembakan doa daripada anda semua. 

Takut juga dengar berita sekarang. Kapal terbang, rusuhan, politik dan semuanya. Not to mention our brothers and sisters in Gaza. Sementara kita semua sibuk dengan duniawi di sini, mereka sibuk bermati-matian mempertahankan agama. Saya teringat kata-kata yang pernah saya baca daripada seorang rakyat Gaza. Kalau tak salah saya bunyinya lebih kurang begini. “I always thought that Israel controls Gaza, but today I have realized that Israel controls all muslim countries except Gaza.”  Ayat yang sangat mendalam, namun itulah hakikatnya. Mereka mungkin terbunuh, tetapi terbunuh dengan maruah. Kita macam mana?

Pasport dulu dan sekarang @ Instagram

No comments:

Post a Comment