Pages

Sunday, June 8, 2014

Psikologi: Mengenali Seseorang Dengan Lebih Baik



Ibu kepada seorang sahabat saya baru-baru ini selamat melahirkan seorang bayi lelaki, alhamdulillah. Sahabat saya bertanya akan cadangan nama-nama yang bagus untuk diberikan kepada adiknya itu. Saya memberikan beberapa cadangan nama kepadanya. Pagi tadi, dia memberitahu saya bahawa dia akan mendaftarkan adiknya dengan nama Muhammad Ikhwan Nawawi (persaudaraan yang baik) yang telah dicadangkan oleh saya. Subhanallah. Gembiranya apabila nama cadangan kita dipilih untuk digunakan oleh bakal khalifah yang baru, alhamdulillah. Saya harap sahabat saya dan keluarganya mampu membesarkan Muhammad Ikhwan Nawawi dengan baik, insya Allah.

Beralih kepada tajuk entry, iaitu tentang psikologi. Psikologi ni adalah kajian sains tentang sesuatu yang paling rumit sekali dalam diri manusia, iaitu minda manusia. Saya bukanlah seorang pelajar psikologi, tetapi saya minat membaca tentangnya dan cuba mengaplikasikan psikologi dalam kehidupan. Eheh. Semua benda saya nak cuba. Asas psikologi adalah benda-benda yang senang untuk kita fahami tetapi jika diteroka dengan lebih mendalam, sebenarnya subjek ini agak berat berbanding yang lain. Sama ada kita sedar atau tidak, kita semua mungkin pernah mengaplikasikan ilmu psikologi dalam kehidupan seharian. 


Sejak sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah, sudah pelbagai ragam manusia yang saya jumpa. Oh ya, sebelum itu saya ingatkan artikel ini tidak ditujukan kepada mana-mana insan yang mengenali saya. Saya menulis cuma untuk berkongsi, itu pun jika ada yang mahu membaca. 

Bagaimana nak baca fikiran seseorang? Kajian sudah membuktikan yang kita boleh membaca fikiran seseorang melalui gerak tubuh mereka. Bagaimana cara mereka berinteraksi dengan orang lain. Melalui gerak tubuh, kita dapat tahu emosi seseorang. Emosi sedih, gembira, marah, takut, runsing dan sebagainya. Selalu saya amati orang yang banyak menggunakan gerakan tubuh ini adalah mereka yang banyak bersosial, contohnya guru dan usahawan. Kalau kita teliti betul-betul, insya Allah boleh tahu emosi mereka.

Ekspresi wajah juga adalah aset yang penting untuk kita baca fikiran seseorang. Dan satu fakta yang ingin saya kongsi dengan anda, riak wajah anda ketika berinteraksi dengan orang lain cenderung menyebabkan orang itu turut mempamerkan riak wajah yang sama. Faham tak? Contohnya kita murung sepanjang hari, baru ditimpa musibah dan sebagainya. Orang yang paling ceria pun boleh turut murung bila berkomunikasi dengan kita. Dan seseorang yang suka senyum, boleh mempengaruhi orang lain untuk turut tersenyum walaupun mereka tidak mahu! 

Cara untuk membaca fikiran seseorang pada wajah ialah pada bahagian atas wajah, terutamanya bahagian mata; otot-otot di sekitar mata. Contohnya mata seseorang yang turun tandanya sedang bersedih, terbuka luas ketika takut, dan banyak lagi jenis pandangan yang lain, termasuklah pandangan seseorang ketika cemburu. Pada bahagian bawah wajah pula selalunya menunjukkan emosi yang palsu, iaitu mulut. Seseorang yang sentiasa tersenyum, tak bermakna dia gembira. Seseorang yang sentiasa murung, tak bermakna dia sedih. Tapi sudah tentulah, anda tak perlu memberitahu kepada rakan anda itu bahawa anda sedang membaca fikirannya. 


Ada juga cara untuk melihat sama ada seseorang itu suka pada kita atau tidak. Eheh. Tapi saya tegaskan, bukan semua yang kita jangka itu benar. Boleh jadi kita salah tafsir. Dalam sesetengah keadaan, nada suara pun boleh digunakan untuk baca fikiran orang lain. Tapi yang ini susah sikit bagi saya, sebab ada yang nada suaranya mendatar sahaja, ada yang tinggi sepanjang masa, susah untuk ditentukan. Pendek kata, kemahiran untuk psikologi seseorang ni akan lebih meningkat kalau kita lebih kenal seseorang itu. Sebab itulah jangan mudah menilai orang begitu sahaja, tetapi kenal dahulu sebelum menilainya.

Ada jenis orang yang selalu senyum, selalu gelak, walhal benda-benda yang remeh-temeh pun dia akan gelak. Dia bersikap spontan. Selalunya orang yang macam ni sebenarnya sedang rasakan kesedihan yang sangat dalam. Boleh jadi, sebenarnya mereka juga kekurangan kasih sayang dan bersikap begitu untuk mendapatkan perhatian yang lebih. Ada pula yang jenis tak banyak bercakap, kemungkinan besar dia menyimpan sesuatu rahsia atau ada perkara yang tak mahu diceritakannya. Ada juga yang mudah sangat menangis. Mereka sebenarnya seorang yang berhati lembut.

Cabang ilmu psikologi ni banyak sangat. Itu belum lagi cerita tentang psikologi lelaki dan wanita. Dua-dua jantina ini memang tak sama. Salah satu contoh, jika lelaki sakit hati,  dalam hatinya akan timbul rasa benci. Sebaliknya wanita jika sakit hati, maka akan bertambah sayangnya. Aiyok! Itu semua bergantung pada keadaanlah. Lagi satu, selalunya orang akan cakap lelaki ni panas baran tidak kira tempat. Pada realitinya, lelaki hanya marah apabila fikirannya berserabut sahaja, tetapi apabila dia gembira, walau macam mana pun orang buat dia marah, dia masih boleh tersenyum. Erm. Betul tak? Atau saya salah?

Bukan semua orang percaya dengan psikologi. Mungkin anda lebih suka bertanya dan berterus terang daripada memilih untuk buat kajian sendiri. Cara tu pun boleh, tetapi selalunya kita akan memilih untuk menceritakan personaliti yang positif berbanding yang negatif. 

Sekali lagi saya ingatkan, saya bukannya seorang pelajar psikologi. Mungkin ada cacat cela dalam perkongsian ini dan harap dimaafkan. Bagi saya, membaca fikiran lelaki kadang lebih mudah daripada wanita, sebab emosi wanita banyak tidak stabil dan sesetengah wanita cukup pandai dalam menyembunyikan emosi. Tetapi tidak semestinya apa yang kita sangka itu betul, boleh jadi jauh menyimpang daripada andaian kita. Sesetengah orang cukup mudah untuk dibaca manakala yang lainnya sukar untuk ditafsirkan. 

Psikologi bagi saya, cuma untuk suka-suka sahaja. Sebab kalau salah tafsir, kadang boleh bawa kepada salah faham dan pergaduhan. Sebelum berprasangka yang bukan-bukan terhadap seseorang, sebaiknya kenal dahulu peribadinya. 

Muhasabah untuk diri saya, dan juga kita semua.


Sumber foto: Google

8 comments:

  1. waa..nice sharing sis :) boleh dipraktikkan ni kalau nak kenal someone..heehee

    ReplyDelete
  2. Owh.. saya pun minat juga benda2 macam ni :) Tapi kadang-kala saya rasa memahami orang lain adalah perkara yang lebih mudah daripada memahami diri sendiri..

    ReplyDelete
  3. dapat satu ilmu hari ini.nice sharing kak :D

    ReplyDelete
  4. Em... Kira boleh la maklumat tu.. walaupun fakta dari segi pandangan n pengalaman...
    :-D ... nak tanya.. kalau perempuan marah n cakap lepas.. kira mereka tu jujur ke tak.. sebab time tu mereka bukan fikir apa-apa pun.. minta maaf.. sekadar bertanya.. :-D

    ReplyDelete