Video Baru - SELISIH FAHAM



Baru-baru ini saya berkesempatan untuk pergi ke Taman Tasek Bandaran Kulim untuk merakam sebuah video baru menggunakan Canon Power Shot milik adik saya. SELISIH FAHAM adalah idea last minute saya dan kali ini, tidak ada skrip pun. Aisyah berjanji untuk berjumpa dengan Farah bagi membincangkan tentang proposal projek yang perlu dihantar kepada professor, namun tugasan yang diselesaikan Farah ternyata bercanggah dengan apa yang dibincangkan oleh mereka sebelum ini.

Aisyah memarahi Farah dan terus beredar. Ketika sedang memandu, dia mula berfikir yang Farah akan melakukan perkara yang bukan-bukan setelah dimarahinya. Kerana panik, Aisyah terus berpatah balik dan melihat Farah memang sedang memegang pisau. Aisyah meminta maaf kepada Farah kerana memarahinya dan memberitahu bahawa mereka boleh menyelesaikan semuanya dengan cara yang baik.




Jadi apa pendapat anda tentang SELISIH FAHAM?

Comments

  1. berat kalau selisih faham ni, boleh bawa kepada dendam. kalau benda ni berlaku, cepat2 selesaikan. kalau tak macam2 boleh berlaku. btw, nice acting. hehehe.. :DD

    ReplyDelete
  2. emmmm meh la join http://adindaevangelistanil.blogspot.com/2014/03/segmen-rm100-x-2-daily-ahmad-by-nil.html miii pless

    ReplyDelete

Post a Comment