Pages

Wednesday, February 5, 2014

Patung Lilin di I-City Dibakar!



Pagi tadi sewaktu hendak membuka peti inbox Yahoo, saya terbaca satu berita yang dipaparkan di halaman utama Yahoo Malaysia iaitu tentang kes sabotaj yang terjadi kepada patung-patung lilin di I-City. That explains why my family and I were not allowed to enter the Red Carpet at I-City last week. Patutlah kami tidak dibenarkan masuk, dengan alasan Red Carpet ditutup buat sementara waktu kerana kerja penyelenggaraan. Rupa-rupanya, lebih daripada 10 patung replika selebriti terkenal dunia yang diperbuat daripada lilin telah dibakar! Masha Allah.




Melalui video yang semakin mendapat perhatian ramai, tiga orang suspek telah disyaki terlibat dalam kes sabotaj ini. Kes ini dilaporkan terjadi sekitar awal pagi Rabu yang lepas. Saya dan keluarga pula baru sahaja melawat I-City pada hari Sabtu yang lalu, tiga hari selepas kes kebakaran tersebut agaknya. Pada awalnya, memanglah agak aneh mengapa Red Carpet di I-City itu tiba-tiba ditutup. Pihak pengurusan cuma benarkan pengunjung untuk bergambar dengan patung-patung lilin di luar ruang pameran dengan bayaran RM4 jika tidak salah saya. Terkejut pula saya membaca khabar ini.

Ura-ura ada mengatakan bahawa isu sabotaj ini adalah bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014. Yalah, I-City disasarkan menjadi tumpuan utama pelancong yang datang melawat negara kita. Oleh itu, wajarlah jika tempat tersebut dijadikan sasaran sabotaj oleh segelintir pihak yang mungkin tidak berpuas hati dengan kemudahan yang terdapat di I-City tersebut. Namun, alasan sebenar mengapa pihak pensabotaj melakukan tindakan terbabit masih belum dapat kita ketahui. Wallahu alam bissawab.

Proses untuk memperbaiki semula kerosakan dijangka mengambil masa selama 2 bulan. Orang ramai yang telah membuat bayaran tiket dimaklumkan boleh menunda tarikh kunjungan atau menuntut kembali wang anda di kaunter Red Carpet I-City. Saya pasti, patung-patung yang dibakar tersebut menelan belanja sebanyak ratusan ringgit. Ah, sedihnya.

Walaupun Malaysia diuji dengan ujian sebegini rupa, harapnya kita masih tidak berpatah semangat kerana di negara kita terdapat banyak lagi tempat-tempat pelancongan lain yang boleh menarik perhatian pengunjung. Meskipun 10 patung lilin telah dibakar, banyak lagi daya tarikan lain yang disediakan di seluruh negara. Insha Allah, harapnya Tahun Melawat Malaysia 2014 akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari seantero dunia.

Mudah-mudahan Allah berikan petunjuk dan hidayah kepada mereka yang berniat jahat dan tidak senang melihat kesenangan negara kita. Kita sebagai rakyat Malaysia pula, tidak perlulah menghukum pihak-pihak pensabotaj dengan caci maki dan pelbagai tohmahan sebaliknya kita tunjukkan betapa kuatnya masyarakat negara ini. Kita perlu tunjukkan keluhuran budi bahasa dan kesantunan yang dipegang dalam rukun negara. Bukan tugas manusia yang menghukum, tetapi Allah jua yang selayaknya menurunkan hukuman.

From my Instagram @nurinasoib

1 comment:

  1. entry yg mnarik...InsyaAllah,moga owg2 yg mlakukn onar ne dibagi hidayah ole Allah.Aamiin...

    ReplyDelete