ESCAPE Theme Park: Taman Tema yang Wajib Anda Kunjungi

Alhamdulillah, ketika saya membuka inbox Yahoo mail pagi tadi, pihak Virtualmalaysia.com memaklumkan bahawa artikel saya tentang percutian di ESCAPE Theme Park, Teluk Bahang, Pulau Pinang telah pun diterbitkan. Berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri, ESCAPE memang menjanjikan keseronokan buat mereka yang sangat menggemari aktiviti-aktiviti lasak. Apa yang menarik di ESCAPE? Ha, klik pada gambar di bawah untuk ketahuinya! Setelah itu, jangan lupa tinggalkan komen anda. Kepada yang sudah komen pada link tersebut, sila maklumkan kepada saya dalam entry ini supaya saya dapat berbalas komen di blog anda.


Ini adalah artikel pertama saya yang diterbitkan di Virtualmalaysia.com. Saya sudah banyak berkunjung ke tempat percutian yang menarik di sekitar negara kita tetapi tidak sempat untuk berkongsi dengan umum. Baru kali ini saya ditemukan dengan sebuah website yang berkongsi tentang info lokasi-lokasi menarik di sekitar Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Jika anda rasa artikel tentang ESCAPE ini menarik minat anda, silalah berkongsi dengan kenalan Facebook yang lain.

Sebenarnya saya sedang tidak berapa sihat dalam beberapa hari ini. Mungkin kerana keadaan cuaca yang tidak menentu atau mungkin kerana terlalu banyak makan ais-krim. Doakan urusan saya dipermudahkan, ya? Terima kasih. 

Baca cerpen terbaru: KAKTUS TIDAK BERDURI

Comments

  1. Wow, cam seronok je tempat ni :D jangan lupa mamam ubat tau awak :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Nurina sebab berkongsi artikel dengan pihak VirtualMalaysia. Semoga cepat sembuh ye :)

    ReplyDelete
  3. Wah, macam seronok je. Insyaallah kalau ada rezeki nak melancong ke sana la. hihi :D
    jgn lupa makan ubat ye :)

    ReplyDelete

Post a Comment