Pages

Sunday, January 26, 2014

Pencarian Sponsor Untuk Giveaway World Hijab Day



TAMAT

Assalamualaikum w.b.t. pembaca blog Cahaya Kekuatanku yang dirahmati Allah sekalian. Seperti yang kita semua sedia maklum atau mungkin ada yang masih belum mengetahui, pada 1 Februari ini merupakan World Hijab Day atau Hari Bertudung Sedunia. Oleh itu, dalam masa terdekat insha Allah saya berhajat untuk membuat giveaway sempena World Hijab Day ini selama beberapa hari. Dan saya sedang mencari para bloggers yang berminat untuk menyumbang saham dalam kempen bertudung ini, tidak kiralah sama ada blogger itu muslim ataupun muslimah kerana kita semua sedang hidup di dalam komuniti yang bergelar ummah. 

Kalau boleh, biarlah niat kita ini merupakan satu dakwah di samping dapat menambahkan followers dan trafik ke blog anda. Sponsor perlulah ikhlas dan amanah dalam menyumbangkan sebarang jenis hadiah sama ada barangan berbentuk pos atau apa sahaja yang anda niatkan untuk menyumbang demi mengelakkan sebarang unsur penipuan. Saya sendiri juga akan menyumbangkan hadiah kepada para peserta. Cuma harapnya syarat yang diletakkan sekadar syarat yang ringan-ringan sahaja seperti follow blog, Twitter mahupun like di Facebook. Insha Allah, mudah-mudahan ada yang berminat untuk menjadi sponsor giveaway pertama kali yang akan saya anjurkan ini. 

Kelebihan sponsor:

1. Dapat menambahkan followers blog, insha Allah sekiranya giveaway ini mendapat sambutan.
2. Dapat menambah kenalan sesama blogger.
3. Dapat mempromosikan produk masing-masing, sekiranya barangan sponsor berbentuk produk atau item.
4. Dapat menambah amal dengan mempromosikan tudung sebagai suatu keperluan untuk muslimah.

Insha Allah, amal dan bantuan anda hanya Allah yang selayaknya membalas. Saya akan maklumkan sekiranya sponsor sudah mencukupi. Jika tidak ada sponsor pun, insha Allah giveaway ini tetap akan diteruskan. Kepada anda yang berminat untuk menjadi sponsor giveaway ini, sila lengkapkan butiran seperti yang dinyatakan dan submit kepada nurina24@ymail.com atau boleh PM saya di FACEBOOK

Nama :
Link blog :
Alamat e-mel :
Barangan sponsor :
Untuk berapa orang :
Syarat kepada peserta : 



"Beramal demi ummah"

TAMAT

22 comments:

  1. menarik giveaway ini..usaha yang baik (Y) semoga ramai yang tampil menaja :)

    ReplyDelete
  2. menarik! nak sponsor boleh? hehehe

    ReplyDelete
  3. Macam best.. kalau hadih merupakan barang blog boleh ke?

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. boleh. sila nyatakan butiran seperti di atas. ^^

      Delete
  5. Nice. All de best dear. Semoga berjaya :)

    ReplyDelete
  6. syaz nak sponsor tudung bawal bolehhh ?? hihihi

    ReplyDelete
  7. Salam. thanks ajak. dah pm kt fb. good luck dan moga dapat smbutan :D

    ReplyDelete
  8. wow good luck with your effort!
    Tak salah mencuba perkara yang baru!

    ReplyDelete
  9. Salam ^_^ Suka sangat ga ni. Harap dapat sambutan nanti.

    ReplyDelete
  10. boleh saya tahu, hadiah tu nk berapa item ye? suka hati lah ye????

    ReplyDelete
  11. nak kasi sponser tudung.. baru sejuk mata memadang.. dapat gak aq pahal free2..
    kalau

    ReplyDelete
  12. semoga usaha ini dipermudahkan oleh Nya ... aaamin .

    ReplyDelete