Diari#46: Doodle Pulak Dah



Apabila melihat kartun-kartun doodle ini sudah mula mendapat tempat yang luas dalam dunia siber, jadi saya pun mahu juga cuba membuat doodle rekaan sendiri. Tetapi biasalah, orang pertama kali buat, memang buruk dan cacat. Saya menggunakan Adobe Photoshop CS4, aplikasinya tidak berapa cukup. Kemudian satu lagi menggunakan Photoscape. Untuk warna, saya cuma gunakan Paint sahaja.



So bad for the first trial. Tetapi tidak mengapa, Rom bukannya dibina dalam masa sehari. InsyaAllah saya akan cuba perbaiki dari semasa ke semasa. Susah juga belajar sendiri ni. Hurmm. Apa pun, doodle merupakan percubaan baru saya. Alhamdulillah, hari ini saya berjaya mendapat pelanggan pertama yang menempah untuk rekaan t-shirt. Rekaan cuma simple seperti yang dikehendaki oleh beliau. Nak tahu apa yang menarik? Pelanggan pertama itu merupakan seorang Datuk. Jangan main-main! Disebabkan tidak tahu rekaan mana yang betul-betul menepati citarasa beliau, saya menghasilkan lebih daripada 10 rekaan hari ini untuk t-shirt tersebut kerana Datuk mahukannya dengan segera. Hope she'll like it.

Oh ya, hari ini juga merupakan ulangtahun kelahiran sepupu saya, Kak Jimah yang ke-23. Sanah helwah Kak Jimah. Walaupun baru berusia 23 tahun, dia sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Semoga kehidupan kakak dan keluarga sentiasa berada di bawah keberkatan dan rahmat Allah. Ameen, insyaAllah. Kak Jimah beruntung kerana tarikh lahirnya jatuh pada hari yang sama dengan hari keputeraan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah yang merupakan raja kita sekarang. Sejahteralah ke atas baginda dan keluarga. Selalunya, Sultan Abdul Halim akan turun ke bekas sekolah saya, SMK Sultan Badlishah setiap kali Hari Anugerah Cemerlang diadakan namun semenjak menjadi Yang di-Pertuan Agong, orang lain yang telah mengambil alih posisi baginda.

Dan hari ini juga, saya menerima sebuah khabar mendukacitakan daripada seorang sahabat saya yang baru kehilangan ibunya sekitar 2 petang tadi akibat kanser usus. Sahabat saya itu melalui hari-hari yang sukar pada minggu ini. Dia ada menghantar mesej kepada saya mengatakan kanser itu telah merebak ke bahagian hati dan paru-paru. Saya cuma boleh meminta agar dia kuat dan terus berdoa. Paling menyedihkan, semalam dia menghantar mesej seperti ini. "Bagai ajal sangat hampir. Doakan dipermudahkan urusan." Saya tidak tahu bagaimana perasaannya ketika menghantar mesej itu kepada saya. Ternyata Allah lebih menyayangi ibunya. Beliau dijemput untuk kembali ke sisi-Nya. Ini status Facebook yang ditulis oleh sahabat saya itu.


She's a strong girl. Really strong. Semoga allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang dekat di sisi-Nya. Semoga keluarga allahyarhamah menerima segala ujian ini dengan kuat dan sabar. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Al-fatihah untuk ibu sahabat saya ini. 

Comments

  1. Doodle memang creative.. especially Google doodle..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah.. suka tengok doodle di mana-mana

      Delete
  2. Alfatihah.Smga ibu rakan kamu ditempatkan dikalangn org yg beriman.AMIN

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. thanks. I'll try better the next time

      Delete
  4. hihi comey la tu ^_^..saya pun sekarng tengah berjinak-jinak belajar doodle..saya guna Ai. Ps dan Paint, Sai saya tak try lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak juga ya application nak buat doodle ni

      Delete
  5. Salam, datang singgah. Nice doodle.
    First trial eh? Takpe, leh learn more from YouTube lagi..
    Dah join GA ni ke? Kalau belum, jom arr join ^_^

    January GA by VidoLaaa :
    http://kieyuka-hanie.blogspot.com/2014/01/blog-post.html

    Super Special GA by Alya Yaya :
    http://kieyuka-hanie.blogspot.com/2014/01/super-special-ga-by-alya-yaya.html

    Birthday Giveaway by Cik Ayue :
    http://kieyuka-hanie.blogspot.com/2014/01/birthday-giveaway-by-cik-ayue.html

    ReplyDelete

Post a Comment