Segmen Kenapa Aku Jadi Blogger? by AkuPenghibur.com


Sedang ber'blogwalking', saya terjumpa satu contest yang agak menarik minat saya untuk menyertainya. Memandangkan saya mempunyai masa berbulan-bulan yang kosong semenjak habis SPM ni, jadi tidak ada salahnya untuk saya sertai mana-mana segmen yang dianjurkan oleh blogger tempatan kita untuk mengisi masa yang terluang dan sebagai tanda sokongan. Apa yang perlu saya lakukan cuma memenuhi beberapa syarat yang dinyatakan di blog AkuPenghibur.com dan menceritakan kenapa saya menjadi seorang blogger.

Kenapa? Saya mula terjebak ke dalam dunia blogging pada April 2009, atas paksaan guru ICTL saya ketika berada di tingkatan satu. Pada waktu itu, subjek ICTL ni memang baru-baru lagi rasanya diwujudkan di sekolah. Jadi setiap pelajar diwajibkan untuk mencipta blog masing-masing. Nama cikgu ICTL saya Cikgu Izwan. Cikgu Izwanlah yang mengajar kami satu kelas untuk mendaftar dan menggunakan blog. Semenjak itu, setiap kali subjek ICTL kami akan sentiasa diajar tentang penggunaan blog. Nampak tak di situ? Saya memang langsung tak ada niat untuk menjadi seorang blogger, pada ketika itulah.

Entry testimoni pertama saya ialah satu puisi yang saya karang sendiri. Boleh rujuk di SINI. Ha, satu perkara yang pembaca perlu tahu tentang saya ialah saya memang meminati dunia penulisan dan alhamdulillah setakat ini saya telah berjaya menerbitkan dua buah novel remaja di bawah syarikat penerbitan Galeri Ilmu dan Must Read. Selain menulis novel dan puisi, saya juga gemar mengarang cerpen. Tetapi, kebanyakan cerpen saya berkisarkan kehidupan remaja di sekolah sudah semestinya. 

Berbalik kepada cerita asal, selain puisi itu saya pun mula berkongsi beberapa info yang dipetik melalui internet untuk perkongsian umum, walaupun memang tak ada orang yang baca melainkan Cikgu Izwan dan rakan-rakan sekelas. Kemudian, daripada kongsi info, saya mula kongsi aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah dan akhirnya saya mula menulis perkara-perkara yang bermotivasi tanpa perlu copy paste daripada internet. Daripada situlah saya mulai sedar bahawa saya suka berkongsi. Saya boleh lakukan apa yang saya tak boleh lakukan di dunia realiti. Ya lah, saya bukannya jenis yang banyak bercakap dulu. Budak tingkatan satu, tingkatan dua ni kan junior. Susah sikit junior nak serlahkan bakat diri yang terpendam. 

Apabila saya berada di tingkatan tiga, waktu itulah saya memang aktif sangat dalam dunia blogging. Rasa semua benda nak dikongsikan. Dan alhamdulillah waktu itu pun saya mula mendapat nama dalam industri penulisan kerana penghasilan novel-novel saya. Masuk majalah, youtube. Tetapi ketika tingkatan 4 dan 5 penulisan sudah mulai berkurangan kerana saya mula masuk ke sekolah berasrama penuh dan sukar untuk menulis ketika itu. 

Saya mula menukarkan niat daripada berblogging kerana 'paksaan' kepada berblogging untuk manfaat ummah. Saya banyak belajar daripada bloggers yang lain. Saya berharap segala yang dikongsikan dalam Cahaya Kekuatanku ini mendatangkan hikmah kepada orang yang membacanya. Saya juga mahu berdakwah menyampaikan ajaran Rasulullah, berdasarkan pengetahuan yang sedia ada. Rasulullah sendiri sudah berpesan, kita kena sampaikan walaupun sepotong ayat daripada baginda. Alhamdulillah usaha murni saya ini mendapat sokongan daripada banyak pihak dan membuatkan saya jatuh cinta dalam dunia blogging.

Kini, setelah tamat SPM dan banyak waktu senggang, lebih banyak masa yang boleh saya luangkan untuk blog dan blogger yang lain. Kita boleh berkenalan dan berkongsi pengetahuan sesama sendiri. Dunia blog ini sebenarnya mendatangkan banyak faedah kalau kita manfaatkan dengan sebaiknya. Jangan salah gunakan nikmat yang diberikan kepada kita, tetapi gunakan ke arah kebaikan. Baiklah. Tak nak panjang-panjang. Saya akhiri entry ini dengan ucapan semoga berjaya kepada penganjur kita iaitu AkuPenghibur.com dan terima kasih kerana mengadakan segmen yang menarik seperti ini.  Lain kali boleh buat lagi.

Comments

  1. Matlamat kita menulis tu yang akan jadi penentu kepada sejauh mana kita akan pergi. Gaya penulisan kita, boleh sahaja berubah seiring dengan kematangan usia kita. Manakala matlamat kita pula, jika sudah ditentukan hala tujunya pada jalan kebaikan, insyaAllah akan dipermudahkan.

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah ..terima kasih kerana sertai ^_^ kisah yang sungguh menarik kenapa jadi blogger ( dari keterpaksaan jadi minat )

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan..

    datang singgah dari segmen yang sama.
    follow done.
    semoga berjaya.

    http://www.syuhada1981.com/2013/12/segmen-kenapa-aku-jadi-blogger-by.html

    ReplyDelete
  4. Salam singgah bw dari segmen yg sama. Saya dah follow sini ye.. Salam ukhwah & semoga terus sukses.. :)

    http://www.khirkhalid.com/2013/12/segmen-kenapa-aku-jadi-blogger-by.html

    ReplyDelete

Post a Comment