Wordless Friday



Hari ini baru tamat peperiksaan open-book test. Tetapi minggu depan masih banyak peperiksaan yang perlu dihadapi. Tadi ketika liqo' puteri, cadangnya saya dan ketua pelajar puteri, Nabilah mahu menyampaikan amanat terakhir kami sebelum meninggalkan sekolah ini tetapi disebabkan cuma sebahagian daripada pelajar tingkatan satu, dua dan empat yang menghadirkan diri maka kami menangguhkan hasrat yang sudah lama terpendam itu. Kini, merupakan fasa yang kritikal untuk saya kerana SPM cuma tinggal beberapa hari lagi. Saya pinta doa kalian mengiringi usaha saya untuk mendapatkan kecemerlangan dalam peperiksaan ini.

Comments