Pages

Monday, May 6, 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013


Alhamdulillah, saya berasa bertuah kerana telah diberikan peluang untuk menjejakkan kaki ke PBAKL untuk kali yang kedua. Pengalaman kali pertama di KLIBF boleh dibaca di SINI. Saya sempat berkunjung ke PWTC pada 4 Mei yang lalu, iaitu sehari sebelum hari terakhir berlangsungnya pesta buku tahunan itu. Kepada yang tidak berkesempatan pergi, usah khuatir. Tahun hadapan masih ada, begitu juga dengan tahun-tahun yang seterusnya. 

Sesuatu yang membuatkan saya gembira tahun ini ialah saya mendapat autograf daripada Siti Rosmizah, Ain Maisarah, Aman Wan, Ustaz Don dan penulis yang lain. Memang sudah menjadi hobi saya untuk mengumpul autograf daripada insan-insan yang berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.

Saya tidak berkesempatan untuk naik ke aras dua dan tiga, cuma berjalan-jalan di aras satu. Sempat jugalah saya membeli beberapa buku rujukan SPM dan novel-novel menarik. Tidak ketinggalan juga saya membeli komik rekaan Aman Wan, iaitu Belajar Berpersatuan. Aman Wan merupakan seorang vlogger dan kartunis yang terkenal. 


Beliau telah menghasilkan banyak komik menarik dan video-video beliau boleh ditonton di  laman Youtube https://www.youtube.com/user/AmanWan Saya juga sempat merakamkan ucapan Aman Wan kepada saya.


Ustaz Don Daniel juga berkesempatan untuk turun  padang bagi melancarkan Unit Dakwah Digital, dakwah kreatif untuk generasi muda. Beliau hadir bersama isteri beliau yang turut menemani beliau ketika di sesi menandatangani autograf peminat dan ceramah di pentas utama KLIBF. Pasangan ini kelihatan manis sekali ketika berjalan bergandingan. Alhamdulillah, saya sempat mendapatkan autograf beliau dan isterinya.


Seterusnya, tidak ketinggalan juga saya berjaya menemui Kak Ain Maisarah yang kelihatannya paling sibuk kerana beliau tidak henti-henti berbual mesra bersama peminat dari jam 9 pagi sehinggalah ke petang sehinggakan suami beliau terpaksa membeli nasi bungkus sahaja untuk makan tengah hari. Alhamdulillah, gerai Kak Ain Maisarah dan pasukannya berjaya memenangi gerai tercantik untuk tiga tahun berturut-turut. Harapnya, tahun depan adalah pesaing yang mahu merebut gelaran gerai tercantik ini ya? Hehe. Kak Ain begitu mesra melayan semua orang dan senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya.


Beliau boleh dikatakan kreatif kerana setiap peminat yang menemuinya akan menerima sijil bukti bertemu Ain Maisarah. Inisiatif ini pastilah akan mendorong lebih ramai kanak-kanak dan remaja untuk datang menemui beliau. Khabarnya, sekarang ini beliau sedang mengusahakan lebih banyak novel untuk bacaan para remaja. Memang suatu bakat kurniaan Allah kerana beliau dapat menghasilkan puluhan buku dalam masa yang singkat. Berkat bakat dan kreativiti beliau juga, beliau telah berjaya membeli kondominium sendiri hasil royalti yang diterima. Saya pula, bila lagilah agak-agaknya? Saya juga berjaya mendapat rakaman ucapan daripada Kak Ain Maisarah.


Comel betul Kak Ain kita ni. Harapnya beliau akan terus sukses dalam segala bidang yang diceburinya. Dan saya harap, tahun hadapan saya dapat menghadiri KLIBF sekali lagi dan bertemu dengan mereka yang lain pula. InsyaAllah. 
 photo sign-2_zps160b16ac.png

2 comments:

  1. ya ALLAH... Ina! akak ada kat KLIBF pd 4 Mei tu. dri 10 pg smpai pkul 2... huhu. kalau tahu leh jumpa. opsss.. ina tak naik level 2&3... akak ada kat aras 2, booth karnadya..

    Hasrat nak jumpa kawan2 novelis sebaya kita nmpaknya x kesampaian tahun ni. moga2 tahun depan ada peluang lg. insya ALLAH... :)

    ReplyDelete
  2. wah bestnyer. ckj x berpeluang nak pergi.. huhuhu...

    ReplyDelete