Pages

Tuesday, March 12, 2013

Diari#41: MC Paksaan

Hari Ahad malam, tiba-tiba sahaja saya dipaksa untuk menjadi pengacara majlis perhimpunan rasmi sekolah. Setiap minggu, perhimpunan akan dikendalikan secara bergilir-gilir. Bermakna, setiap kelas akan berpeluang untuk mengendalikan perhimpunan. Kebetulan, semalam giliran kelas saya. Pengacara majlis atau MC perhimpunan mestilah pelajar perempuan kerana lelaki mengetuai doa, nyanyian dan ikrar.

Akhirnya, secara paksa rela saya menerima cabaran menjadi MC. Alhamdulillah, ramai pengawas yang bantu saya jadi kuranglah bebanan yang dihadapi. Selalunya saya cuma bercakap di hadapan pelajar perempuan sahaja ketika liqo' puteri, bukannya perhimpunan rasmi. Tetapi syukurlah ketika bercakap di hadapan para guru dan pelajar Kusess, tak rasa gementar pun dan semuanya berjalan dengan lancar. Selesai sahaja perhimpunan, Cikgu Eley beritahu dia terkejut kerana dia kenal benar sifat saya yang kurang suka tampil di depan. 

Cikgu Mukharita pula ada sedikit memuji suara saya dan beritahu sepatutnya saya perlu jadi pengacara dari tahun lepas lagi. Apa yang saya pelajari, tampil di hadapan orang ramai ni sebenarnya sangat membantu dan melatih kita ke arah keyakinan diri yang tinggi. 

Malam itu pula selepas bacaan al-Mathurat, saya juga beranikan diri untuk bangun dan berkongsi sedikit cerita ringkas dengan sebahagian pelajar puteri. Ilmu atau pengetahuan yang kita miliki tidak eloklah dibazirkan begitu sahaja, bukan? Jadi lebih baik saya berkongsi. Hari demi hari, saya semakin belajar untuk yakin kepada diri sendiri terutamanya apabila mendapat sokongan daripada rakan-rakan.

Hikmah yang saya pelajari juga beberapa minggu ini, sokongan dari rakan itu sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam hidup. Apabila ditimpa masalah ataupun kurang keyakinan diri dan ketika menyangka bahawa satu dunia sedang menunding jari kepada kita, sebenarnya ada juga orang yang menyokong kita daripada belakang iaitu keluarga, guru dan sahabat. Pengajarannya, sokongan dan keyakinan diri merupakan dua elemen penting dalam hidup ini. :)

1 comment:

  1. kemana tumpaknya kuah kalau tak ke nasi huhuu! i know u can do it! Think of ur future... Mum n ayah love u dea..

    ReplyDelete