Pages

Wednesday, January 30, 2013

Trivia: Uji Bakat Teater dan Pantun



Sekarang ini sedang diadakan sesi uji bakat teater dan pantun di Dataran Gemilang KUSESS. Peserta yang hadir untuk uji bakat teater kebanyakannnya terdiri daripada pelajar tingkatan lima manakala pelajar tingkatan tiga lebih ramai yang memilih untuk menyertai pantun. Tak lama lagi, rasanya sekitar bulan Februari sekolah ini akan mula aktif dan menyertai pelbagai pertandingan. Memandangkan KESUMA yang semakin menghampir, nampaknya makin banyaklah tugasan yang diberikan kepada saya dan rakan-rakan. Harapnya KESUMA 2013 akan berjalan dengan lancar, begitu juga dengan program-program lain yang bakal diadakan sepanjang tahun ini. 

Ketika sedang menulis entry ini tadi, tiba-tiba sahaja saya dipanggil oleh cikgu. Cikgu suruh saya uji bakat untuk pantun! MasyaAllah. Mahu tidak mahu, saya pun mencuba nasib. Cikgu kata, nada suara dah ok, cuma kena lembutkan sedikit. Baiklah, nampaknya di sini sahaja coretan untuk kali ini. Harap semuanya akan baik-baik sahaja. 


Sunday, January 27, 2013

Motivasi: 5 Jenis Penyesalan



Kesalahan yang jelas. Penyesalan yang melanda. Rasa bersalah yang menerpa. Namun semua itu tidak ada gunanya lagi. Perkara yang sudah lepas biarlah lepas, tidak perlu diungkit-ungkit lagi. Yang penting, kita jalani setiap hari yang masih tersisa dan meneruskan kehidupan serta belajar daripada pengalaman dan peristiwa yang lepas. Sebenarnya, Tuhan membesarkan dan menghebatkan kita dengan meletakkan penyesalan di belakang kita. Selalunya, penyesalan ni hanya akan datang di saat-saat akhir, dan ketika itu barulah kita akan membuka mata kita seluas-luasnya.

Tetapi apa yang saya belajar, kita perlu menjauhkan penyesalan dalam diri kita. Kita belajar daripada penyesalan tetapi jangan hidup di dalam penyesalan itu. Antara jenis-jenis penyesalan yang lazim kita alami dalam kehidupan kita seharian. 
 

 




Ya, masih ada waktu lagi untuk kita memilih jalan yang selamat. Yakini Allah sebagai Tuhan dan lakukan perkara yang sebenarnya. Jangan kecewa dan biarkan semuanya memakan diri sendiri. Gangguan-gangguan sebegini boleh menewaskan diri kita dan membuatkan kita melencong. Akhirnya syaitan pun ikut menggoda dan terjadilah perkara-perkara yang tidak dikehendaki kelak.

Kenali dan sedari apa kesalahan kita. Inilah yang membantu kita untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama lagi. Jangan biarkan kesalahan itu menjadi penghalang untuk kita melakukan perkara terbaik dalam hidup. 

Saya juga tidak mahu hidup dalam penyesalan. Harapnya majalah Paradigma yang sedang dalam proses editing ini akan siap juga akhirnya. Cuma sedikit kesal kerana tidak dapat pulang di saat pelajar-pelajar KUSESS yang lain bergembira di rumah masing-masing. Tidak mengapa, saya dapati tinggal di sekolah saat pelajar asrama yang lain  pulang juga agak menarik. Tidak berapa terikat dengan peraturan dan makan tengah hari pun ada yang belanja. Semalam Miss Shy bawa saya dan rakan-rakan lain ke pasar malam. Saya yakin ada hikmahnya di sebalik semua ini.



p/s: Betullah cakap orang. Dunia ni memang kecil. Tak sangka pula boleh jumpa dua orang bekas pelajar SMK Sultan Badlishah, Kedah di pasar malam semalam.


Friday, January 25, 2013

Snap: Event In January!



Selawat ke atas junjungan besar Rasulullah SAW sempena hari kelahiran baginda.

 Sementara menunggu kedatangan cikgu Mathematics.

 Badar form 5 dan orientasi untuk form 1.

Batch Triple Three Thirteen. :)

Saturday, January 12, 2013

Diari#40: Form Five



Sudah seminggu lebih masuk sekolah, tetapi kini bergelar pelajar tingkatan lima. Pelajar senior. Setiap kali bertembung dengan adik-adik tingkatan satu, mereka akan tunduk sambil beri salam. Rasanya memang telah menjadi budaya di semua SBP barangkali. Masuk sahaja sekolah sudah ada peperiksaan. Alhamdulillah, pagi tadi peperiksaan sudah tamat. Lega rasanya. Pelajar tingkatan lima pula kini sudah mulai sibuk dengan pelbagai program kerana kami merupakan barisan utama peneraju sekolah. 

Masuk sahaja sekolah, kami sudah diuji dengan ketiadaan air. Lama pula tu. Kemudian pada suatu hari semua pelajar lelaki disuruh untuk bergerak ke masjid. Tinggallah pelajar perempuan sahaja di sekolah dan kami bersama-sama mendirikan jemaah di surau. Pengalaman pertama saya menjadi imam dan pengendali majlis benar-benar merupakan suatu pengalaman yang bermakna. Secara tidak langsung dapat melatih saya untuk bercakap di hadapan khalayak, macam penceramah gitu. Tetapi tak adalah banyak pun yang disampaikan, sebab masih baru lagi. 

InsyaAllah, selepas ini nampaknya saya akan lebih banyak bercakap di hadapan kerana ini merupakan tanggungjawab terhadap pelajar-pelajar. Cuma masih belum dapat fikirkan aktiviti-aktiviti yang sesuai lagi untuk pelajar puteri setiap kali liqo' diadakan. 

Kelas baru pula, bergabung dengan pelajar-pelajar yang lain. Tetapi tak adalah janggal sangat sebab saya sudah pun mengenali sebahagian daripada mereka. Cuma masih perlukan beberapa masa lagi untuk mengenali sifat-sifat mereka yang lain. 

Alhamdulillah, adik-adik atau rakan-rakan yang lain tidak segan-segan untuk bertanya kepada saya dan kakak-kakak mereka yang lain sekiranya ada masalah. Harapnya kami dapat membantu mereka di samping membantu diri kami sendiri. Yalah, jika disuruh untuk tanya ustaz ustazah, pasti ramai yang segan dan malu. Itulah gunanya kami sebagai senior. Mudah-mudahan tahun ini berjalan dengan lancar.