Yang muslimah sering terlepas pandang!



Apa yang muslimah sering terlepas pandang ni? Dalam entry kali ni saya sekadar ingin berpesan tentang suatu hal yang selalu dipandang sebelah mata sahaja, ataupun tak dipandang sama sekali. Buat pemakai baju kurung, jubah ataupun skirt labuh (trend masa kini), cuba kita imbas kembali sepanjang pemakaian kita, adakah kita memakai seluar atau kain dalam di bahagian dalam?

Muslimah selalu mengambil ringan sahaja tentang perkara ini. Kenapa kita perlu tegaskan pemakaian seluar atau kain di dalam? Situasi pertama, cuba bayangkan jika kita sedang berjalan-jalan di tempat awam. Buat pelajar yang masih bersekolah, bayangkan saja anda sedang berjalan di kantin sambil memakai uniform sekolah masing-masing. Dan takdir Allah SWT, tiba-tiba saja ada kulit pisang atau batu di atas jalan. Akhirnya kita pun terjatuh. Waktu itu jugalah kain terselak. Jeng jeng jeng. Peringatan! Anda akan berada dalam situasi yang selamat sekiranya memakai seluar di bahagian dalam.

Situasi kedua. Naik motor. Sudah tentulah skirt, kain baju kurung akan terangkat sedikit dan sekaligus menampakkan bahagian betis seseorang. Maka, anda akan berada dalam situasi yang selamat sekiranya anda memakai seluar di dalam, insyaAllah. Jangan meremehkan hal ini, kerana betis juga merupakan sebahagian daripada aurat muslimah. 

"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)


Situasi ketiga. Naik tangga. Seboleh-bolehnya, jika kita sedang menaiki tangga, janganlah berjalan di hadapan ajnabi. Bukan naik tangga sahaja, di mana-mana pun, sebolehnya harus elakkan dari berjalan di hadapan ajnabi. Masih ingatkah lagi dengan kisah Nabi Musa dan Safura?

Pada suatu hari Nabi Musa hendak bertemu dengan Nabi Shuaib. Baginda berjalan di belakang Safura (anak Nabi Shuaib) untuk menuju ke rumahnya. Dalam perjalanan angin bertiup agak kencang sehingga kain Safura terselak dan nampak betisnya. Oleh kerana risau godaan nafsu akhirnya Nabi Musa meminta agar Safura berjalan di belakangnya. Begitulah, sedangkan seorang nabi pun risau akan godaan nafsu, apatah lagi para lelaki di luar sana. Kita, muslimah yang perlu menjaga diri agar tidak menjadi godaan kepada lelaki. 

Berbalik kepada situasi naik tangga tadi, kalau boleh elakkanlah sekiranya ada lelaki di belakang kerana dikhuatiri kain kita akan terselak secara automatik. Kerana itulah, pemakaian perlindungan di dalam itu penting. 

Suatu lagi kisah tentang seluar ini diceritakan oleh Imam Mujahid, pada suatu hari terdapat seorang wanita yang terjatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat mengatakan bahawa wanita itu memakai seluar di bahagian dalam. Lalu Rasulullah memujinya dan menyebut hadis di bawah ini. 

"Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang" (Riwayat Al-Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .

Nah, demikianlah pentingnya pemakaian seluar atau kain dalam di dalam kain. Harapnya kita, muslimah tidak akan terlepas pandang lagi tentang perkara ini. Selepas ini, kalau pergi ke mana-mana, jangan lupa ya pakai seluar di bahagian dalam! Ayuh kita betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.

www.fizgraphic.com

Comments

  1. kan, kadang2 kita sendiri tak sedar... ehmm thankss ya atas peringatan & shre mender ni. sangat bergunan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, memang tugas manusia untuk saling mengingati. ^^

      Delete
  2. Nice entry (:
    Terima kasih atas info ~
    Sy tk suka pakai skirt nih , nk duduk susah nyerr . haha.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... terima kasih atas peringatan ina!

    ReplyDelete
  4. betul pakai seluar kat dlm tu penting. saya kalau tak pakai seluar rasa mcam tak lengkap, tak selesa yada yada, haha nice tips ;)

    ReplyDelete

Post a Comment