Gurauan Rasulullah

Berikut saya kongsikan antara gurauan-gurauan Rasulullah bersama para sahabat. Comel je.

1. Anas bin Malik r.a. menukil, seorang telah datang kepada Nabi SAW meminta Baginda SAW untuk membantunya menaiki atas seekor unta. Rasulullah lantas berkata kepadanya, “Baiklah, aku akan membantumu menaiki anak unta ini!” Beliau berasa hairan lantas bertanya, “Ya Rasulullah! Mana mungkin untukku menaiki anak unta?” Baginda SAW bersabda kepada Anas yang terpinga-pinga itu, “Apakah mungkin bagi unta ini dilahirkan dalam keadaan ia sudah pun dewasa?” (Hadis riwayat at-Tirmidzi, Abu Ðaud dan yang lainnya)

Peristiwa ini sekaligus menjadi teka-teki agar sahabat ini berfikir bahawa setiap makhluk merupakan ‘anak’ kepada ibu yang melahirkannya. Namun maksud sebenarnya ialah Baginda tidak mampu menunaikan permintaan itu.

Google Search

2. Satu ketika, Rasulullah SAW dan para sahabat sedang makan buah kurma, biji-bijinya mereka sisihkan di tempatnya masing-masing. Beberapa saat kemudian, Ali menyedari bahawa dia memakan terlalu banyak kurma.

Biji-biji kurma sisa mereka berkumpul lebih banyak di sisi Ali dibandingkan di sisi Rasulullah SAW. Maka Ali pun secara diam-diam memindahkan biji-biji kurma tersebut ke sisi Rasulullah.

Kemudian Ali r.a. dengan tersipu-sipu mengatakan, “Wahai Nabi, engkau memakan kurma lebih banyak daripada aku. Lihatlah biji-biji kurma yang berkumpul di tempatmu.”

Nabi pun tersenyum dan menjawab, “Ali, kamulah yang memakan lebih banyak kurma. Aku memakan kurma dan masih menyisakan biji-bijinya. Sedangkan engkau, memakan kurma berikut biji-bijinya.” (Hadis riwayat Bukhari)

3. Anas r.a. yang pernah berkhidmat dengan Nabi SAW selama lebih 10 tahun, meriwayatkan bahawa Nabi sesekali memanggilnya dengan gelaran “Wahai yang memiliki dua telinga”. Panggilan yang berupa gurauan ini nyata merupakan satu fakta yang benar. Jelas, gelaran itu adalah satu panggilan yang disenangi oleh Anas kerana memang setiap manusia memiliki sepasang cuping telinga. Tetapi kenyataan itu sebenarnya untuk menunjukkan bahawa Anas amat peka dengan apa yang disabdakan Nabi.

4. Suatu hari Abu Bakar al-Siddiq r.a. berasa marah kepada puterinya Aisyah r.ha. dan peristiwa itu menyebabkan beliau hampir menamparnya.

Namun Rasulullah telah menjadi penyelamat, dengan memasukkan Aisyah r.ha. ke dalam kamarnya. Setelah Abu Bakar pergi, Nabi SAW lantas berkata kepada isterinya, Aisyah r.ha. dengan nada bisikan : “Bagaimana? Hebat bukan caraku menyelamatkanmu daripada orang itu (Abu Bakar)?”

5. Ðalam sebuah hadis yang dikemukakan oleh al-Nawawi dalam al-Azkar, seorang wanita sedang mencari suaminya. Nabi yang melihatnya lantas bertanya, “Apakah kamu sedang mencari lelaki yang di matanya terdapat warna putih?”

Wanita itu terkejut lantas menangis dengan sangkaan suaminya sudah menjadi buta.

Rasulullah SAW akhirnya menjelaskan bahawa setiap mata pasti mempunyai bahagian yang berwarna putih. Gurauan Baginda itu adalah menunjukkan suaminya itu masih hidup.

Comments