Pages

Wednesday, November 28, 2012

Pilihlah Nama Yang Baik

"Kamu akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu. Jadi berikanlah nama yang baik (kepada anak-anak kamu)." HR Abu Daud

Menjadi satu kewajipan kepada ibu bapa untuk menamakan anak-anak mereka dengan nama yang baik. Kita harus berhati-hati dan memilih dalam memberikan nama kepada anak-anak. Sebenarnya, nama mempunyai kesan psikologi terhadap seseorang individu. Pembentukan peribadi seseorang itu juga sedikit sebanyak dipengaruhi oleh namanya. Lagipun, mestilah kita menggemari nama yang baik bukannya nama yang buruk kan?

Rasulullah SAW sendiri memberi penekanan ke atas nama. Baginda suka dengan orang yang mempunyai nama yang baik dan akan mendoakan untuk mereka. Antara nama yang digemari Rasulullah ialah Rasyid (yang mendapat petunjuk) dan Najeeh (yang berjaya). Sekiranya baginda mendengar nama yang tidak baik, baginda sendiri yang akan menukarkan nama tersebut yang membawa maksud lebih baik.

Sumber carian Google

Antara kisah yang biasa saya dengar ialah Rasulullah menukar nama Abdu Shams (hamba matahari) kepada Abdul Rahman (hamba Allah Yang Pemurah). Baginda juga pernah menukar nama anak kepada Umar al-Khattab daripada Ashiyah (penderhaka) kepada Jamilah (cantik). 

Diriwayatkan, jika mereka tidak menukarkan nama seperti yang dicadangkan oleh Rasulullah maka orang itu akan sentiasa berada dalam kesusahan. Hal ini terbukti apabila seorang pemuda yang bernama Hazan (duka cita) tidak mahu menukarkan namanya kepada Sahel (mudah). Akibatnya, dia sendiri telah mengakui bahawa dia sentiasa berada di dalam keadaan yang duka cita.

Saya juga pernah terbaca satu blog yang menulis tentang nama-nama yang sering digunakan oleh jin. Antaranya ialah Balqis, Qistina, Najwa, Zakuan, Batrisha, Erisha dan Mazda. Memanglah nama-nama ini membawa maksud yang baik dan indah, cuma nama-nama ini merupakan antara yang sering digunakan oleh jin menurut Ustaz Sharhan Shafie, seorang pengamal perubatan Islam. Sekiranya mempunyai nama-nama seperti ini tidak perlu ditukar nama cuma gelaran sahaja misalnya Nur Qistina dipanggil Nur. Begitulah di antara saranan beliau. 

Pemilihan nama yang baik ini bukan sahaja dikhususkan kepada manusia, juga kepada benda-benda yang lain. Kisah yang saya rasa semua orang sudah tahu ialah kisah Rasulullah menukarkan nama Yathrib yang membawa maksud keburukan kepada Madinah al-Munawwarah yang bermaksud kota yang bercahaya (yang indah). 

Antara nama yang perlu dielakkan sudah tentulah nama-nama yang membawa maksud yang buruk, oleh itu kita perlulah mengenal pasti maksud di sebalik sesuatu nama yang digunakan itu. Nama-nama Barat juga seperti John, Jennifer dan sebagainya lagilah tidak digalakkan untuk orang Islam. 

Islam itu sendiri membawa maksud sejahtera. Pesan saya, ayuhlah kita menggunakan nama yang baik dan menghargai nama yang diberikan kepada kita. Bersamalah kita membangunkan kesejahteraan ummah yang gemilang, insyaAllah. 

Sumber rujukan: 
1. Cerita Serta Doa Dari Hadith & Al-Quran himpunan Wan Jamal
2. Blog Pen Patah

p/s: Nurina Izzati maksudnya cahaya kekuatanku. Maksud nama anda?

4 comments:

  1. Maksud nama saya cahaya kebahagian. Mak sy sarankan refer terus pada ustaz bila nak bg nama anak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sha..
      name sye pun bermaksud cahaya kebahagiaan ^^

      Delete
  2. cahaya kekuatanku/kemuliaanku warna-warni.
    (nor'izzati alwani)
    kita kongsi nama:)

    ReplyDelete