Puisi: Lambaian Mesra

Karya kali ini saya telah hadiahkan kepada salah seorang kakak dorm saya yang bakal menghadapi SPM tahun ini, maka sama-samalah kita mendoakan kejayaannya. Enjoy. 

Matanya melambai mesra
Senyumannya penuh teruja
Pada wajahnya terukir seribu kata
Tentang keindahan melodi hidupnya

Gadis itu ceria
Mengatur perjalanan sehariannya
Menumpaskan sebarang keegoan yang menggila
Demi bergelar seorang hamba

Sanubarinya tiada noda
Yang ada hanyalah cinta
Tingkahnya begitu mempesona
Enak dibelai mata
Membuat semua gembira

Matanya melambai mesra
Cuba menyampaikan khabar gembira
Kepada semua yang menunggunya

Gadis itu tertawa
Jarang dilihat bermasam cuka
Sering menghiburkan hati mereka
Tanpa peduli perit di dada

Hidupnya terikat bersama cita
Menggunung tinggi melepasi dunia
Beserta seluruh isinya

Matanya melambai mesra
Menandakan tingginya pendiriannya
Terbanglah tinggi ke angkasa
Gapailah bintang yang perkasa
Tebarkanlah ke pelusuk syurga
Bawalah aku bersama



Comments