Pages

Wednesday, March 14, 2012

Diari#32: KUSESS Lagi

Writing about KUSESS all over again. Oh well. What can I do? 

Hampir dua bulan, mungkin, saya belum menjejakkan kaki di Kulim. Entah bila boleh pulang, juga tidak pasti.  Bila orang tanya tentang Kusess, entahlah, sekolah ini bagus, tetapi tidak dapat menandingi sekolah yang dulu.  Walau apa pun, kisah silam adalah sejarah lama. Sekarang saya harus sebatikan jiwa bersama Kusess. 

Ujian pertama sudah pun berlalu dan saya tidak berniat untuk menyentuh tentangnya. Kawan-kawan? Alhamdulillah, mereka baik-baik belaka, dan masing-masing mempunyai ragam tersendiri. Ada yang peramah, pendiam, dan tidak ketinggalan juga yang unik. Berikut adalah rakan-rakan baru saya.


(Gambar ehsan FB SM Sains Kuala Selangor) 

Dari kiri belakang: Syamimi, Farhah, Sarah, Hanum, Fatin (pindah), Izzat (pindah), Hafizuddin, Ilman, Farhan, Haziq
Dari kiri hadapan: Diana, saya, Wani, Syafiqah (pindah), Syuhada, Azeem (pindah), Ashraf, Adib, Zaki, Shukri, Irfan

Yang sedang mengetuai ikrar itu merupakan ketua tingkatan, Mustain.

Empat orang telah meninggalkan Kusess kerana masalah tersendiri. Tidak perlulah saya ceritakan di sini. Tetapi digantikan dengan tujuh pelajar baru ambilan kedua iaitu Aini, Anis, Syafireen, Elisa, Soleh, Zahir dan Qardhawi. Khabarnya nanti selepas cuti penggal akan ada seorang lagi pelajar baru dari Putrajaya. 

Kusess mengutamakan sistem rumah dan batch. InsyaAllah, bila lama-lama di sini, pasti semua dapat menyesuaikan diri. Waktu petang, pelajar diberi kebenaran untuk riadah. Waktu tengah malam, pelajar dibenarkan untuk belajar di bilik yang telah dikhaskan jika mahu. Waktu makan pula, enam kali sehari.  

Tinggal di Kusess, perlu ada jati diri dan ketahanan yang kuat. Semangat dan azam yang tinggi perlu ada untuk teruskan perjuangan. Seperti di mana-mana asrama yang lain juga, Kusess juga ada cabarannya yang tersendiri untuk ditempuh. Buat rakan-rakan 4 Zamrud, harap kita tetap kuat semangat walau apa pun dugaan, gesaan dan lontaran yang diterima. Jika ada yang negatif, maka positifkan ia. InsyaAllah, saya juga sedang usaha.

Moga segala ujian dan dugaan yang Allah bagi sama ada yang telah berlaku atau yang akan berlaku akan dapat mematangkan lagi hidup saya. Mudah-mudahan.

4 comments:

  1. wahh. dekat mana2 SBP pun sama jugak. ce tanya kak aimi, macam mna di boleh survive. siap jadi penolong ketua rumah lagik. hoho

    ReplyDelete
  2. @wan aidil anwar

    masa tu hampa semua first batch form four kan? memang la. kami cuma 20 lebih saja budak baru. awkward.

    ReplyDelete
  3. @moistchocolatecake

    mempositifkan diri ;)

    ReplyDelete