Pages

Thursday, December 22, 2011

Diari#28: Game Over

Game over. You win. Continue to the next level?


Yeahh. Alhamdulillah, saya baru terima keputusan PMR tadi. Dan persis doa-doa yang ditiup anda, alhamdulillah saya berjaya mendapat semua A, iaitu 8A. Minggu-minggu sebelum PMR, pelbagai ragam bekas calon PMR di Twitter dan Facebook yang dapat dilihat. Ada yang gementar, tidak dapat tidur lena dan ada yang stress. Tetapi saya alhamdulillah di rumah masih tenang-tenang sahaja.


Saya akui, keputusan untuk peperiksaan percubaan PMR dulu tidaklah begitu memberansangkan. Mungkin sebab usaha yang tidak mencukupi. Namun selepas percubaan, saya berusaha melipat gandakan usaha dan lebih banyak bertanya kepada guru-guru dan rakan-rakan. Alhamdulillah, guru-guru tidak serik membetulkan apa yang salah dan memahamkan apa yang tidak saya fahami.

Ada dua subjek yang saya risaukan iaitu Geografi dan Science. Alhamdulillah berkat kelas malam dan usaha yang lebih sedikit, berjaya memberikan saya keputusan 8A. 


22/12/2011

Tarikh penentuan segala apa yang saya pelajari selama tiga tahun. Ibu saya kata, mungkin terpaksa ke sekolah lewat sedikit memandangkan ada urusan. Jam 10, saya masih lagi belum bertolak. Saya memutuskan untuk mengetahui keputusan terlebih dahulu melalui sistem SMS online tetapi tidak terbalas. Mungkin terlalu banyak pelajar yang bertanyakan keputusan masing-masing.

Tiba di pekarangan sekolah, memang ramai pelajar dan waris. Ada yang gembira, dan ada yang muka tak puas hati. Belum sempat berjumpa guru kelas untuk ambil slip sudah 'diserang' oleh rakan. Alhamdulillah, dia dapat 8A. Waktu Miss Ng, guru kelas saya membelek slip, saya tengok kawan-kawan kelas ramai dapat straight A. Alhamdulillah, 22 per 29. Kemudian Miss Ng tersenyum dan serahkan slip PMR. Saya senyum kembali. Riak tenang. Tak melompat , tak menjerit. Muka tak ada perasaan!

Lepas kena cium dengan ibu saya, barulah tersenyum. Saya segera mendapatkan rakan-rakan yang lain, tengok keputusan mereka. Alhamdulillah, semua orang yang saya tanya hari ini dapat straight As kecuali seorang. Kemudian sempat membantah kenyataan Cikgu Sanusi sikit. Beliau kata, saya tak cemerlang BM, BI dan Math. Buktinya di slip peperiksaan. Padahal saya rasa slip peperiksaan memang macam tu. Yang tertulis CEMERLANG itu adalah markah kerja kursus kita. Baru saya tahu kenapa Cikgu Sanusi pakai topi bergaya hari ini. Hehehe. Biarlah orang-orang tertentu sahaja yang tahu.

Cikgu-cikgu, ramai yang ucapkan tahniah. Alhamdulillah. Kalau bukan kerana mereka, bagaimana saya hendak mendapat straight As kan? Saya ingin mengucapkan jutaan, billion, trillion terima kasih kepada Miss Ng, Miss Tan, Cikgu Faridah, Teacher Zuriati, Cikgu Sanusi, Cikgu Nazmah, Ustazah Asna, Cikgu Zaini, semua guru-guru Badlishah, bekas pengetua Puan Hajjah Azizah, ibu saya yang sangat supportive, ayah, abang, kakak, adik, Wan, keluarga, senior bahas, senior PBSM, rakan-rakan penulis, Khatijah, Aina, Fatini, Hafizah, Khadijah, Farah, Syahirah, Saffa, Tasneem, Munirah, Aida, Ika, Rashidah, Kak Iman, Kak Una, Kak Fatimah, Kak Atiqah, Kak Natasha Alia, Ain, Amirah Askavy, Kak Mira, Ayuni, Ezzatul, Azim, Kak Ida, Ariffah, Huda, Priya, Zulhelmi,  dan semualah. Maaf kalau ada nama yang tertinggal. Maaf sangat-sangat. 

Terima kasih. Thank you. Syukran. Apa pun, semua kejayaan ini hanyalah milik Allah. Allah bagi saya pinjam sebentar. Dalam kereta, sempat lagi upate status FB. Bangga budak PMR tahun ni berjaya kalahkan tahun lepas.192 pelajar straight As. Keseluruhan calon ada 200 lebih. Walaupun belum buat pengumuman rasmi di mana-mana, ramai yang sudah ucapkan tahniah. Memang tidak terjangka.

Sampai di rumah, saya tunjukkan slip kepada ayah dan Wan. Kemudian telefon sahabat-sahabat tanya dan beritahu keputusan. Ibu bapa saya tidaklah menjanjikan sebarang hadiah untuk PMR, tetapi bagi saya, 8A adalah hadiah terindah Allah untuk saya. Alhamdulillah. Syukur kepada Dia yang menciptakan saya, menceriakan hari-hari saya. I love You Allah. I love you all. 

Game PMR is now over. I win. And yes, I want to continue to the next level. Tingkatan empat, saya datang!

Kepada senior-senior atau sesiapa pun yang dah muak dengan bekas pelajar PMR yang tak henti-henti post tentang PMR, saya minta anda faham. Ini kali pertama kami rasa begini. UPSR dulu cuma 5A. PMR makin bertambah subjek. Siapa tak teruja?

Ada juga yang suka rosakkan mood saya. 


22 comments:

  1. Tahniah adik....teruskan usaha utk ke menara gading ;)

    ReplyDelete
  2. @manjeamusyuk
    Terima kasih akak, insyaAllah, dengan izin-Nya. ^^

    ReplyDelete
  3. Congratulations, Kak Nurina :)
    Semoga berjaya di peringkat SPM pula nanti- Amin~

    ReplyDelete
  4. tahniah nurina... Tahun depan boleh amik anugerah dari SUltan masa hari kecermelangan anugerah.. :-)

    Miss Ng yang ajar geografi kan, Miss Tan (Tan Ley Chan) ke. Dia ajar sains ek sebab masa form 4 Miss Tan ajar Kimia, Cikgu Faridah (ni ajar sejarah ek), Teacher Zuriati (ajar english dan EST), Cikgu Sanusi (kenapa macam tak kenal cikgu ni, mungkin cikgu baru), Cikgu Nazmah (ajar math), Ustazah Asna (macam tak kenal jugak, mungkin ustazah baru), Cikgu Zaini (yang ajar KH).. tu masa zaman akak dulu.. sekarang ni adakah cikgu2 ni masih ajar subjek yang sama??? ohhh, rindunya nak ke Badlishah..
    Nanti kirim salam Assalamualaikum akak pada cikgu2 tu.. Mungkin cikgu2 pun dah lupa yang mana 1 akak Aima... Bagitahu nama akak Nuraima Shameera.. :-)

    teruskan perjuangan nurina untuk SPM pulak.. :-) tahniah again

    ReplyDelete
  5. @WhippedPotatoLover.
    Terima kasih, pasti, dengan izin Allah SWT.. Ameen. :)

    ReplyDelete
  6. @Muslimah Optimis
    Terima kasih Kak Aima, alhamdulillah. Syukur. Tapi rasanya tak boleh ambil hadiah daripada Sultan dah sebab baginda dah jadi Agong. :(

    Semua tu betul kecuali Miss Tan Chye Teong (sains), Cikgu Sanusi (BM) dan Ustazah Asna (Agama) cikgu lama!

    InsyaAllah kalau ingat, saya sampaikan salam akak kepada mereka. Masih panjang lagi perjuangan ini. Terima kasih. :)

    ReplyDelete
  7. tahniah
    teruskan perjuangan awak dengan izinNya
    amin...

    ReplyDelete
  8. Tahniah dik..... ^___^
    tersenyum puas ibu.... alhamdulillah...

    ReplyDelete
  9. @nabiha
    Terima kasih Nabiha, insyaAllah, pasti. :)

    ReplyDelete
  10. tahniah, ina! jdikan 8A sbgai pndorong smangat utk masuk ke form 4(walau form 4 x de kena mngena pun dgn PMR)). akk cuma doakan supaya Ina brsedia dan kuat utk tempuh alam menengah atas:)

    ReplyDelete
  11. Tahniah kak nurina! All the best! InsyaAllah..

    ReplyDelete
  12. Tahniah! semoga masa depan lebih cerah..jangan berhenti berusaha ye.. :)

    ReplyDelete