Pages

Wednesday, November 30, 2011

Informasi: Penggunaan Bahasa

“Ak dh dew tat sini. Manew ag?”

Saya membaca perkataan demi perkataan. Bahasa apa ini???? Tat? Kuih tat?

Itulah mesej yang secara tiba-tiba saya peroleh pagi tadi di telefon bimbit. Yang pasti, mesej daripada nombor tidak dikenali itu bukan datangnya daripada kawan-kawan saya.


Ya, saya tahu kita sering menggunakan bahasa-bahasa yang diringkaskan dalam penulisan seharian sama ada di telefon bimbit mahupun internet. Mungkin hendak cepat, mungkin malas taip. Atau mungkin sudah terbiasa. Menggunakan perkataan ringkasan tidak ada salahnya, tetapi janganlah sehingga si penerima mesej itu tidak memahami langsung apa yang kita cuba sampaikan. Perkara ini cuma akan merumitkan lagi situasi.


Sebenarnya penulisan kita, bahasa yang kita gunakan adalah impresi atau tafsiran seseorang terhadap karakter kita. Terdapat dua jenis bahasa yang lazim diguna pakai dalam kehidupan seharian.

Penggunaan bahasa formal

Bahasa formal adalah bahasa yang teratur dan tepat mengikut cara. Bahasa ini sering digunakan dalam penulisan rasmi, terutamanya ketika berurusan. Ketika beroperasi secara formal dengan mana-mana pihak, maka kita hendaklah menggunakan bahasa baku, atau juga disebut sebagai BMT (Bahasa Melayu Tinggi) yang betul. 

Kebanyakan pihak akan memberikan impresi positif kepada mereka yang menggunakan bahasa formal, dan barulah kelihatan seperti mereka adalah profesional dan serius dalam kerja masing-masing. Saya mempelajari perkara ini ketika berurusan dengan pihak penerbit dan ketika melawat blog penulis-penulis tanah air. Rata-rata mereka menggunakan bahasa baku. 

Bahasa formal juga digunakan dalam penulisan karangan, menjawab soalan dalam sebarang peperiksaan ataupun ketika menyiapkan tugasan (folio atau assignment). Bahasa yang digunakan itu akan mempengaruhi pemarkahan kita kelak.


Penggunaan bahasa tidak formal

Bahasa tidak formal pula terbahagi kepada dua, iaitu secara lisan mahupun penulisan. Secara lisan, memang diakui ramai yang bertutur menggunakan perkataan ringkasan, tergantung, dialek atau bercampur-campur bahasa (bahasa rojak). Bahasa ini dikenali sebagai bahasa pasar ataupun bahasa slanga. Jarang untuk bertemu orang yang bertutur sepatah demi sepatah menggunakan bahasa formal. Tetapi itu tidak bermakna golongan ini tidak ada. 

Bahasa tidak formal dalam penulisan pula boleh kita jumpai di mana-mana sahaja. Seperti contoh yang saya berikan pada awal tadi. Terdapat banyak istilah yang digelar untuk bahasa-bahasa sebegini. Antara yang saya ketahui adalah bahasa SMS, bahasa “EW” ataupun bahasa comel.

Bahasa SMS adalah apabila perkataan tersebut diringkaskan seringkas-ringkasnya manakala bahasa “EW” boleh dilihat apabila huruf-huruf terakhir dalam perkataan ditukarkan kepada huruf ‘ew’. Misalnya kita menjadi ‘kitew’, saya menjadi ‘sayew’ dan begitulah selanjutnya. Bahasa comel, saya kurang pasti yang mana satu. Ada banyak lagi bahasa tidak formal dalam penulisan. Kalau anda tahu bolehlah kongsikan di sini. 

Bahasa tidak formal boleh dilihat apabila berkomunikasi di Facebook, Sype, Yahoo Messenger, SMS dan banyak lagi. Saya juga menggunakan bahasa tidak formal bila berkomunikasi sesama rakan. Nasihat saya, bahasa tersebut biarlah si penerimanya faham. Jangan sulitkan mereka untuk mentafsirkan apa yang ingin anda sampaikan.


Penutup

Jangan takut membazir masa untuk menaip kelak anda cuma membazirkan masa si penerima. Jangan takut kredit akan habis kerana satu SMS walau panjang mana pun harganya tetap sama. Tidak mengapa jika diringkaskan, asalkan berpada-pada. Sekurang-kurangnya, biarlah orang tahu kita menggunakan bahasa melayu bukannya bahasa asing. 

p/s: Saya minta maaf andai ada sebarang kesilapan dalam penulisan saya. Yang salah minta ditegur. Saya juga cuma manusia biasa, banyak berbuat kesalahan.

Gambar: Google

3 comments:

  1. Kesian BM dirogol dan diperkosa sewenang2 oleh anak bangsa sendiri....

    Entri terbaru di blog JR:

    "Cara Mudah Bersihkan Anak: Gunakan Mesin Basuh!!"

    ReplyDelete
  2. Saya sokong! Memang kalau nak gna bhsa ringkas xda masalah, tpi biar senang difahami.
    P.s/ I really like your book, Single but Unavailable. You are perfectly talented. :)
    -anisfatini-lifesparkles.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. If you are a thirst for challenge or outbound di malang we could find place in accordance with your wishes . Including an adventure rope access can you get on wisata malang . information about jasa outbound batu can also be you get here , there are challenges kasembon rafting very exciting and also information jasa pembasmi hama di surabaya and more jasa pembasmi hama murah di surabaya.

    ReplyDelete