Pages

Sunday, October 30, 2011

Muhasabah: Tuhan menguji melalui dilema

Sahabat adalah cerminan kepada diri sendiri. Kata orang, kalau hendak tahu peribadi seseorang itu, cukuplah sekadar bertanyakan kepada sahabat-sahabatnya sahaja. Namun sejauh manakah anda menyetujui pendapat itu? Saya agak bersetuju dengan pernyataan ini kerana pembentukan peribadi seseorang itu banyak dipengaruhi oleh sahabat. Kalau kita dekat dengan pemabuk, pasti tercium alkohol. Jika dekat dengan penjual minyak wangi, pasti tercium harumannya.


Namun saya sekadar ingin merenung dan bermuhasabah diri kembali. Kadang-kadang, dalam dunia ini, bukan semua yang kita inginkan akan kita dapat. Misalnya andai kita berada dalam saat-saat susah, kita tak dapat menjamin bahawa sahabat itu akan terus berdiri utuh di sebelah kita. Kita tak dapat membentuk total peribadi sahabat kita itu, kerana sebenarnya dia yang memilih jalan hidup dia sendiri. 

Sahabat adalah kelengkapan. Kita saling melengkapi. Jika salah satu salah, yang satu lagi seharusnya menegur. Tetapi, pernah tak anda terjebak dalam kondisi, serba salah antara dua pilihan? Jika tegur, dia akan kecil hati. Jika tak tegur, macam tak kena pula. Bagi saya, saat ini adalah yang terbaik untuk mengaplikasi salah satu hadis Rasulullah. 

"Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah iman".  [Diriwayatkan oleh Imam Muslim] 


Cara pertama, tegur dengan tangan (kuasa). Jujur, dalam sesetengah kondisi, saya tidak mampu mencegah dengan tangan. Jadi cara kedua, tegur dengan lisan (kata-kata). Yang inilah sering ditakutkan oleh sebahagian besar daripada kita. Pendapat saya, dalam hal ini tidak boleh terlalu tergesa-gesa. Pendekatan itu harus berhikmah dan sopan. Mungkin anda boleh cuba mendapatkan sedikit rasa hormat sahabat anda itu terhadap anda. Dan saya yakin, bila dia menghormati anda, dia juga pasti menghormati kata-kata anda. Masalah sebenar jika seseorang itu melawan anda adalah bukannya dia tidak boleh menerima pendapat, cuma, tidak ada rasa hormat dalam dirinya terhadap anda. 

Bagaimana mendapatkan rasa hormat? Susah saya katakan untuk mereka yang keras hati. Kita boleh cuba berkawan dengannya, dan tunjuk melalui tingkah laku kita. Jadikanlah diri sendiri sebagai teladan untuk orang lain, dan selalu berdoa agar Allah melembutkan hatinya. Percayalah, barangsiapa yang menolong mengegakkan agama Allah, Allah pasti akan menolongnya. 

Cara ketiga, adalah mencegah dengan hati (membenci). Dan itu adalah selemah-lemah iman. Ya, tetapi, sampai bila kita nak mempunyai iman yang lemah? Ayuh usaha menegakkan kebenaran. Apa yang penting, jangan pernah hilang harapan anda. Never lose your hope.

p/s: Sedang menguatkan diri untuk semuanya.

Saturday, October 29, 2011

11 Things About Me

Ini adalah tag untuk kali ke berapa entah. Sebenarnya saya jarang menjawab tag orang tetapi kali ini terasa rajin pulak. Tag kali ini daripada Saufi Othman. Kalau buka blog dia, cuba baca di blog header tu. "We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly". Such a nice quote. Let's get straight to the point now. Berikut adalah peraturan tag ini.


* You must post these rules

* Each person must post 11 things about themselves in their journal

* Answer the question the tagger set for you in their post. And create new eleven question for the people you tagged to answer.

*You have to choose 11 people to tag and link them on the post

* Go to their page and tell them you have tagged him/her

* No tag back !

* No stuff in the tagging section about "You Are Tagged If You Are Reading This" you legitimately (a.k.a really, trust, with all honestly) have to tag 11 people


Setelah penat memulas otak mencari 11 perkara tentang diri sendiri, *hehe akhirnya berikut adalah perkara yang saya senaraikan.

1. Suka mengumpul tanda tangan novelis. Walaupun tak kenal novelis itu siapa, saya tetap akan membeli buku beliau semata-mata untuk mendapatkan tanda tangan.
2. Setakat ini baru ada 2 buah novel karya sendiri. *macam manalah Kak Ain Maisarah dan Akhi Hilal Asyraf boleh buat banyak sangat novel
3. Memiliki sebuah handycam Sony.
4. Pilih subjek prinsip perakaunan untuk tingkatan empat.
5. Suka warna biru.
6. Telah ber-blogging selama tiga tahun. *tahun ini baru aktif sikit.
7. Malas top up handphone.
8. Bersekolah di sekolah kluster kecemerlangan, SMK Sultan Badlishah. *sekolah ini baru dapat gelaran sekolah kluster
9. Suka baca buku sirah karya Abdul Latip Talib.
10. Tak reti melukis walaupun teringin. *lukis orang lidi pun tak jadi
11. Mempunyai akaun Youtube sendiri, http://www.youtube.com/nurina24 . *hehe


Saufi's Questions

1 : WHAT IS U'R NICKNAME
     Nurina
2 : YOUR FAVORITE PET
     Kura-kura
3 : WHO IS THE IMPORTANT PERSON IN YOUR LIFE
     My family
4 : WHAT IS THE IMPORTANT THINGS IN YOUR LIFE
     My handycam and handphone
5 : PLACE THAT YOU WISH CAN GO
     Mekah
6 : WHO IS THE PERSON THAT YOU REALLY WANT TO MEET
     Ariffah
7 : PLACE THAT YOU HATE THE MOST
     Takda kot
8 : SINCE WHAT YEAR THAT YOU START BLOGGING 
     2009
9 : YOUR FAVORITE HOBBY
     Blogging, facebook-ing, twitter-ing, youtube-ing
10 : THE PERSON THAT YOU HATE THE MOST
       Takda kot
11 : YOUR FAVORITE CAR
       Limousine


Soalan Saya Kepada Anda yang di-Tag

1. Your hobby
2. Your idol
3. Favourite tv programme
4. If you could buy anything, what would it be
5. Have you ever been to a different country
6. Something you are planning today
7. Do you speak in english with your friends
8. When was the last time you cried
9. Coffee or tea
10. Which blog do you visit the most
11. Facebook or Twitter

Tag This Person
(akan di-tag di shoutbox)

Tuesday, October 25, 2011

Puisi: Impian

Setiap manusia punya impian
namun bukan semuanya boleh dicapai
andai kita tidak berhenti berusaha
kita akan dapat apa yang perlu.

Kita inginkan jalan yang mudah
melengahkan setiap saat yang ada
mengharapkan kondisi yang menyelesaikan segala misteri hidup.



Masa depan yang misteri
sedang terbentang di hadapan kita 
tanamkan hujung pengharapan
usah biarkan impian pudar tanpa asa.

Hancurnya cinta
setelah hilangnya tujuan
ketahuilah bahawa impian itu
hanya sinergi bersama aksi dan komitmen.

Ketahuilah
impian yang membuatkan manusia
terus bertahan untuk hidup
merentas segala likuan
menggenggam yang namanya bahagia.




Setiap orang ada impian masing-masing. Dan impian itu adalah salah satu sebab untuk kita terus kuat dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Apa impian anda? ^^

Saturday, October 22, 2011

Iklan UNO


Sunday, October 16, 2011

Pelajar Tingkatan 3 Berani Meluahkan Perasaan Pada Dato' Najib


Pagi tadi saya dan rakan-rakan kelas dimaklumkan bahawa semua subjek tingkatan empat pada tahun hadapan akan ditukar kepada bahasa Melayu. Ternganga kami dibuatnya. Bukannya apa, mungkin agak sukar buat sebahagian daripada kami terutamanya pelajar non-muslim yang terpaksa belajar semula semua formula sains dan matematik dalam bahasa Melayu kerana kami telah mempelajari formula dan segala perkara matematik dalam sains dalam bahasa inggeris selama 9 tahun. Walau apa pun, insyaAllah saya tiada masalah dalam pertukaran bahasa yang bakal diaplikasikan ini. 


Terdapat seorang pelajar tingkatan 3 yang berani membuat wall post pada FB Dato' Najib menyatakan luahan perasaannya. Dan rata-rata yang menyokong di komentar tersebut ialah pelajar non-muslim. Hurm.

Saturday, October 15, 2011

Informasi: Kad Pengenalan Baru 2012

Berdasarkan kenyataan Datuk Hishamuddin Tun Hussein, mulai Januari 2012, kad pengenalan yang baru akan diperkenalkan di Malaysia. Ciri-ciri keselamatan pun telah dipertingkatkan daripada sebelumnya. Apa yang menarik tentang MyKad baru ini adalah kebolehannya dalam menangani isu pemalsuan serta kualitinya yang tinggi. Saya cuma berharap, bukan semua rakyat Malaysia harus menukar kad pengenalan kalau tidak susahlah nanti. Hurm.


* Ok, yang di atas ni bukan MyKad yang baru tu ya... hehe

Komik#3

Friday, October 14, 2011

Video: Jangan mencuri!



Lagi sekali, iklan ringkas tetapi bermesej. Maaf jika kualiti kurang memuaskan. Enjoy!

Motivasi: Jadilah Seperti Pensel

Saya ada membaca satu kolum bahasa inggeris dalam sebuah majalah baru-baru ini dan sangat tertarik untuk berkongsi kisah tersebut. Terdapat sebatang pensel yang baru dicipta. Tetapi sebelum pensel ini dipasarkan, si pembuat pensel telah berpesan kepada pensel akan lima perkara iaitu:

1) Kau boleh buat banyak benda hebat, tetapi hanya jika kau izinkan diri kau dipegang oleh tangan seseorang.

2) Kau akan rasa asahan yang tajam pada waktu-waktu tertentu, dan kelak kau akan jadi pensel yang lebih baik daripada sebelumnya.


3) Dengan bertemankan pemadam, kau akan dapat memperbaiki kesalahan yang mungkin kau lakukan.


4) Perkara yang paling penting untuk kau adalah dalaman kau. (The most important part of you will always be what’s inside)

5) Pada setiap permukaan, kau mesti tinggalkan kesan. Tak kira apa pun yang terjadi, kau mesti teruskan menulis.

Dan kelima-lima pesanan si pembuat pensel ini sebenarnya boleh dijadikan teladan kepada manusia dalam kehidupan seharian. 

Situasi yang pertama ialah kesanggupan anda untuk diketuai oleh orang lain. Sebagai seorang pelajar, penuntut atau apa-apa pun, kita mesti selalu merendah diri dan meminta tunjuk ajar daripada mentor, guru, ketua atau sesiapa pun yang lebih berpengalaman. Melalui cara ini, barulah kita boleh memperbaiki kelemahan diri.

Situasi yang kedua ialah membiarkan diri anda ‘diasah’ walaupun terpaksa menanggung kesakitan yang perit. Manusia akan belajar setelah berdepan dengan pelbagai masalah. Dan saya ingat kata-kata Normant Vincent Peale yang selalu digunakan dalam karangan saya, “Masalah itu adalah tanda kehidupan. Semakin banyak masalah anda, semakin hidup jiwa anda”.

Situasi ketiga, jika anda melakukan kesalahan, tolonglah jangan seksa diri anda. Sebenarnya ini adalah prinsip kehidupan yang agak menarik. Memaafkan diri sendiri adalah penawar terbaik dan setelah itu belajar daripada kesalahan.

Situasi keempat, sama macam pensel. Apa yang paling penting, adalah dalaman kita. Dalam hidup ini, kita akan jumpa ramai orang yang selalu cuba menjatuhkan kita, mengkritik ataupun membunuh semangat anda. Tetapi kekuatan dalaman yang penting sebenarnya untuk atasi semua itu. Jadi, ayuhlah kita sama-sama berusaha membina benteng yang kuat dalam hati.

Dan situasi yang kelima pula, setiap apa yang kita usahakan, haruslah tinggalkan kesan yang bermanfaat. Walaupun pelbagai halangan yang menduga, kita kena sentiasa istiqamah dalam perjuangan. 

Kisah ini benar-benar menaikkan semangat saya! Sebenarnya banyak lagi yang dinyatakan, tetapi saya cuma membuat rumusan berdasarkan kefahaman saya. Akhir penulisan, jadilah seperti pensel, yang sentiasa bermanfaat kepada orang lain. 

Thursday, October 13, 2011

Komik#2

Wednesday, October 12, 2011

Komik#1

Diari#26: Moga Allah Selamatkan Kamu, Sahabat

Hari ini 12 Oktober 2011. Merupakan ulangtahun kelahiran seorang sahabat, tahun ini mencecah 15 tahun. Dah besar dah budak tu. Entry ini khusus saya buat untuk dia, sebagai tanda mengapresiasi dia. Saya tidaklah pandai bermadah, atau menulis ayat-ayat yang berpuitis, memuji atau sebagainya. Namun saya cuba menulis dengan sepenuh keikhlasan hati.

Dia juga merupakan seorang blogger di WACANA. Boleh kunjungi blognnya sekiranya anda ingin melihat karya-karya menarik yang dihasilkannya. Oh ya, lupa mention nama. Ariffah binti Mohd Shukri. Sebenarnya usia perkenalan kami baru sahaja setahun lebih. Tak terasa begitu lama dah kenal dengan Ariffah. Kami berkenalan di suatu bengkel penulisan yang saya hadiri tahun lepas dan persahabatan kami berlanjutan di alam maya. InsyaAllah kami rancang untuk bertemu lagi suatu hari nanti.

Pesanan dan doa saya buat Ariffah, tiadalah melainkan kebahagiaan buat dia. Semoga anti akan terus tersenyum dalam apa jua kondisi, meskipun kadangkala perkara itu pahit. Kita harus belajar untuk sentiasa berdiri teguh dan tabah andai kata apa yang kita lakukan itu benar. Ya, berani kerana benar. Dalam dunia yang sementara ni, Allah turunkan macam-macam ujian untuk menguji siapa di kalangan hambaNya yang beriman. Harap-harap kita termasuk dalam golongan yang beriman. InsyaAllah.

Suatu hari nanti, ana pasti kita akan dapat berjumpa. Terima kasih atas segala sokongan dan bantuan yang anti berikan pada ana tanpa ana minta. Kalau ada perkara yang ana salah, mohon anti betulkan. Andai ada khilaf dalam diri ini, mohon anti maafkan. Sebab itulah gunanya kawan. Memaafkan agar persahabatan yang sedia ada dapat terus terjalin kukuh.

Ana juga doakan, nanti bila besar, anti akan berjaya dapatkan pekerjaan yang bagus, dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Biarlah apa yang kita lakukan memberikan manfaat kepada orang lain. Kita kumpul pahala banyak-banyak dan berjuang sama-sama, ya?

Ana pun tak tahu nak tulis apa lagi. Sebab selalunya birthday kawan-kawan, tak pun buat entry macam ni. Mungkin pada anti entry ini biasa-biasa sahaja, tapi ana harap cukuplah sekadar anti tahu, there's always an ear for you to shout on, a shoulder for you to cry on, a person for you to share your happiness with. Kalau nak luahkan masalah, insyaAllah ana sentiasa ada. Bukanlah sentiasa, bergantung juga la. Kalau ana tak online ada la tu kerja yang ana buat.

Happy birthday. Sanah helwah, uhibbuki fillah. May Allah bless you, dear, now and always. 

Tuesday, October 11, 2011

Tips: 10 Perkara yang Boleh Anda Lakukan Lepas PMR

Rakan-rakan banyak bertanya tentang aktiviti yang boleh dilakukan selepas PMR. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi 10 perkara yang boleh anda lakukan selepas PMR. Saya tahu, mesti ramai yang rasa bosan. Sebelum PMR, yalah, macam-macam yang kita berangan nak buat. Tetapi lepas sahaja tamat PMR, banyak sangat masa yang terluang. Mari baca tips yang saya sediakan, kalau-kalau dapat membantu.

1) Banyakkan amal jariah.
Ha. Masa ni la adalah masa yang terbaik untuk kita mengumpul jutaan pahala, sebagai bekalan untuk akhirat nanti. Banyak kerja kebajikan yang boleh buat. Contohnya, kemas rumah (kalau rajin), tolong para guru di sekolah, gotong-royong dan sebagainya. Apa yang pasti, kerja-kerja macam ni memerlukan tahap kerajinan yang sangat tinggi, yang mungkin tidak dimiliki oleh sesetengah daripada kita. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan?


2) Rancang masa menonton televisyen
Tidak dinafikan, berdasarkan "kajian" saya di Facebook,rata-rata bekas pelajar PMR memutuskan untuk menonton televisyen mahupun menonton video atau drama secara online. Kalau tak pun memuat turun drama-drama Korea untuk tatapan. Apa yang pasti, rancanglah waktu anda dengan sebaik mungkin dan jangan terlalu leka ketika menonton. Oh ya, selamat menonton ya.

3) Kemaskini blog, aktif Facebook, Twitter
Mesti perkara pertama yang anda lakukan di alam maya ialah log in Facebook, kan? Ada juga yang buka Twitter (macam saya) dan ada yang terus update blog. Tajuk entry lebih kurang macam ni la selalunya.
* Yeay! Merdeka!
* Selamat Tinggal PMR
* I'm back!
Tak apalah, asalkan anda bahagia.

4) Baca buku @novel
Bagi saya, pembacaan merupakan suatu perkara yang dapat mengisi masa lapang. Hal ini bergantung pada kategori pembacaan yang anda minat. Sekiranya anda lebih cenderung kepada novel, maka anda akan mendapati cuma novellah yang dapat membahagiakan anda ketika ini. Jika anda seorang yang meminati fiksyen, sirah atau sejarah, pembacaan akan membantu otak anda supaya berfikir dan tidak tersekat. InsyaAllah. Saya sarankan anda boleh beli buku best seller di pasaran. Pasti tidak merugikan. ^^

5) Belajar bahasa baru
Ini merupakan satu lagi tips yang insyaAllah membantu mengisi masa senggang anda. Anda boleh cuba belajar dalam bahasa lain selain bahasa yang anda sering tuturkan. Misalnya bahasa inggeris, arab, jepun, mandarin, tamil, dan macam-macam lagi. Kalau kawan-kawan saya di Badlishah tu, mesti ramai yang nak belajar bahasa korea. Tak salah, malah aktiviti ini boleh membawa pelbagai kebaikan pada anda. Saya teringin nak belajar bahasa jepun, tapi, tengoklah keadaan. Mesti best bila buka sekolah tahun depan kita boleh bertutur bahasa baru.

6) Mulakan satu projek
Anda boleh merancang sesuatu projek yang mungkin mengambil masa selama berbulan-bulan. Boleh kumpul data, idea atau maklumat daripada rakan-rakan di sekolah. Tetapi pastikan projek tersebut tidak membawa kemudaratan kepada diri dan memanfaatkan. Projek boleh dilakukan secara rahsia atau berkumpulan. Sesiapa yang dah ada rancangan dalam otak tu, boleh mula dah sekarang. Yang anda rancangan jahat tu, buangkanlah jauh-jauh ya. ^^

7) Kumpul duit
Pelbagai kaedah mengumpul duit boleh dilakukan. Tips ini khusus kepada yang banyak berangan dan yang bercita-cita tinggi nak jadi kaya. Tak kisahlah apa pun motif anda hendak mengumpul duit, asalkan dengan cara yang halal. Ingat, matlamat tidak menghalalkan cara. Allah tak suka orang yang buat benda haram. Ok, kepada sesiapa yang mempunyai barang-barang terpakai, atau bahan sendiri yang anda rasa orang akan beli, anda boleh membuat pengiklanan di Facebook ataupun blog. Caranya mudah sahaja. Anda cuma perlu memuat naik gambar barangan anda dan menghebahkannya kepada umum. InsyaAllah, kaedah ini boleh membantu anda. Anda juga boleh mengambil upah kerja sambilan. Itu pun kalau ada tempat yang nak terima anda bekerja.

8) Bersukan
Badan cergas minda cerdas. Tips yang ini, mungkin jarang saya buat. Kepada atlit ataupun sesiapa yang suka bersukan, anda bolehlah continue with your activities. Banyakkan berlatih, bersukan. Misalnya ada sahabat saya yang merancang untuk berjoging di padang sekolah untuk kuruskan badan. Ok, tabik la. Kalau saya entah bila la nak bersukan.

9) Tulis surat atau e-mel kepada orang popular
Cara ini juga boleh anda lakukan jika memang betul-betul dah tak tahu nak buat apa. Anda boleh tulis tentang perasaan anda, bagaimana anda mengagumi beliau dan sebagainya. Merapulah apa anda nak merapu. Jika nasib anda baik, insan tersebut pasti akan membaca surat anda dan ketika itu anda akan rasa macam dunia anda yang punya. Hehe.

10) Dial nombor yang salah
Tekan sahaja mana-mana nombor yang anda tahu, dan kalau anda beruntung, mungkin nombor yang anda dail itu merupakan nombor orang-orang terkenal! Jangan dail nombor 999, anda mungkin dipenjarakan.

Iklan yang Tiada di Malaysia

Monday, October 10, 2011

Diari#25: Selamat Merdeka warga Badlishah ^^

Alhamdulillah tadi PMR telah pun berakhir buat sesetengah pelajar kecuali yang mengambil bahasa Arab, Cina, Tamil, Punjabi, Iban or Kadazandusun. Jadi, kepada yang masih akan berperang esok, selamat berusaha! Kepada yang telah 'merdeka' sebenarnya bukan bererti tak perlu belajar, kita kena sentiasa belajar dan belajar daripada persekitaran. Kalau tidak otak akan beku dan lama-lama tersekat. Eh, betul ke?

Jadi, bagaimana dengan perancangan anda lepas PMR ni? Perancangan saya, erm, banyak sangat, itu pun belum tentu semuanya boleh dibuat dalam masa dua bulan ni, tapi insyaAllah bak kata pepatah inggeris, "If there's a will there's a way." Yang pertama, saya ingat nak selesaikan semua kerja yang tergendala, terbengkalai, atau terbantut sebelum PMR dulu. Al-maklumlah, bila nak periksa penting, mesti parents akan suruh berhenti buat itulah berhenti buat inilah. Dan yang paling penting, No FACEBOOK. Sekarang alhamdulillah parents bagi guna balik.

Yang kedua, saya harap sangat boleh sertai rombongan lepas PMR, tak kiralah ke mana-mana. Dulu seingat saya ketika zaman kakak saya, dia sempat melawat ke rumah kanak-kanak down syndrome kalau tak salah. Ya Allah, teringinnya nak pergi sana. Saya suka sangat kanak-kanak, kecuali yang nakal-nakal. Hehe.

Yang ketiga, saya ingin meluangkan masa lebih bersama rakan-rakan sebab lepas ni, mungkin kita tidak akan berjumpa lagi. Walaupun Badlishah baru dapat sekolah kluster baru-baru ini, tapi saya yakin ramai memilih untuk keluar juga ke SBP atau MRSM. Saya? Ada la juga mohon SBP, tapi kemungkinan besar rasanya tak akan pergi. I just wanna stay in Badlishah. Ececeh. MRSM tak mohon.

Mesti ramai yang fikir, lepas PMR kita bebas, kita enjoy. Well, memang sepatutnya begitu. Tapi akhlak, hati, minda, janganlah terlalu dibebaskan dengan keseronokan yang melampau-lampau ya. Sentiasa hormati guru juga, sebab mereka yang telah bersusah-payah mengajar saya dan anda selama ni. Walaupun mungkin selepas ini mereka tidak akan mengajar kita lagi, tetapi jasa-jasa mereka harus kita kenang, ok?

Kawal diri, kawal nafu, anda mampu mengubahnya. ^^