September Berlalu, Oktober Menghampiri

Alhamdulillah, sekali lagi pada tahun ini saya dapat menikmati puasa Ramadhan dan Syawwal. Namun, setelah bulan September berlalu, ertinya bulan Oktober menghampiri. Dan setelah Oktober menghampiri, ertinya PMR makin mendekat! Ya Allah, mampukah saya?

Saya harap anda mengerti dengan penyepian saya di alam maya. Oh ya, rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin andai ada kesalahan sepanjang penulisan saya dalam blog ini ataupun kesalahan secara langsung dengan anda. Saya cuma manusia biasa, yang juga melakukan kesilapan.

Saya telah menyiapkan sebuah video ringkas, erti Syawwal buat saya. Selamat menonton!



Comments