Diari#24: Tertanya

Dalam usia 15 tahun ini, saya harap saya dapat melakukan sesuatu untuk umat islam, untuk menegakkan kebenaran, mencapai kemenangan dan mencegah kemungkaran.


Saya tertanya, apa yang boleh saya lakukan untuk diri, untuk keluarga dan untuk umat islam. Saidina Ali memeluk islam ketika masih kanak-kanak, walaupun orang di sekitarnya pada waktu itu tidak memeluk islam. Paling tidak, beliau mempunyai jati diri yang teguh.


Al-Fateh, sudah berjaya menawan Konstantinopel pada usia 21 tahun. Bayangkan, 21 tahun? Pada zaman sekarang, 21 tahun mungkin lagi berada di kolej, universiti atau bekerja. Tetapi baginda telah menakluk banyak negara.


Saya? Apa yang boleh dilakukan?


Kecewa. Rasa diri ini macam tak menyumbang apa-apa.

Comments

  1. Assalammualaikum,,, adik... selamat memulakan sesi persekolahan... abg dah ada review buku Alif Ba Ta... terima kasih yer... banyak abg bljar...

    ReplyDelete
  2. @DRceria
    Waalaikumussalam, terima kasih banyak-banyak abang. ^^

    ReplyDelete

Post a Comment