Pages

Saturday, June 4, 2011

Aina Zalia Part 8

Zakwan mematikan enjin motosikalnya. Sejurus dia mendengar khabar tentang kematian Mak Cik Zainab dan kondisi Zalia, lelaki itu dilanda keresahan yang berat. Dia segera berlari-lari anak ke dalam hospital untuk menjenguk gadis itu. Figura adiknya yang terduduk di hadapan wad tertangkap oleh matanya. Ayuni sedang menangis teresak-esak.
“Yuni, macam mana dengan Zalia? Dia ok ke?” Zakwan begitu cemas.
“Entahlah abang ngah. Zalia asyik marah-marah daripada tadi. Dia masih belum boleh terima hakikat..” Sayu aje suara Ayuni memberitahu.
Zakwan segera masuk ke dalam wad. Zalia sedang memeluk kedua-dua lututnya di atas katil.
“Zalia, awak ok ke?”
Sepi.
Bodoh betul aku ni. Dah sah-sah dia tak ok.
“Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Erm, abang rasa mak Zalia mesti bahagia kat sana dengan arwah nenek dan atuk Zalia..” Dah sudah. Apa aku merapu ni? Entah-entah datuk nenek dia hidup lagi. Pakai bedal aje aku ni!
“Lain…” Zalia mula bersuara. Akhirnya.
“Err… apa yang lain?”
“Rasa lain bila kita dah tak ada ibu…” Mendatar suaranya.
“Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. Dia tak akan mendatangkan ujian melainkan ada hikmah di baliknya. Awak kena yakin, mesti ada sesuatu yang Tuhan tu nak tunjuk di sebalik peristiwa ni. Yang dah pergi tu, tak mungkin akan kembali lagi…” Mudah-mudahan aku tak tersilap cakap.
“Abang Zakwan…”
“Ya?”
“Will you leave me alone? Saya perlukan masa…”
Zakwan mengangguk dan berlalu pergi. Dia mengajak Ayuni yang sedang menunggu di luar wad untuk turut membantu pengurusan jenazah arwah Mak Cik Zainab.
Dan beberapa minit kemudian, Daniel kembali mendapatkan Yasin yang diminta Zalia. Pandangan matanya tertancap pada Zakwan dan Ayuni yang semakin menjauh dari situ sebelum masuk ke dalam wad. Lelaki itu menyerahkan Yasin kepada Zalia.
Dalam tangis yang membasahi pipi, Zalia gagahkan jua untuk menghadiahkan bacaan itu kepada arwah ibunya yang telah meninggalkannya untuk selama-lamanya.

“Awak kena yakin, mesti ada sesuatu yang Tuhan tu nak tunjuk di sebalik peristiwa ni. Yang dah pergi tu, tak mungkin akan kembali lagi…”

“Ya… siin… Wal.. qur’aan…nil.. ha.. kim…” Tersekat-sekat suaranya membaca ayat suci Allah itu. Perasaan sebak menguasai dadanya. “Inna… ka… la.. minal.. mursolin…ala.. sirotol.. mustaqim..”
“Tanziilal ‘azizirrahim,” Daniel menyambung bacaan itu. “Tanziilal ‘azi… zirrahim..” Zalia mengulanginya. Dan Daniel terus memimpin bacaan Zalia sehingga ke ayat terakhir.



***



Zalia terduduk di sofa rumah. Ramai orang yang telah berlalu pulang, cuma beberapa sahabatnya dan ibunya yang masih tinggal di situ. Kondisi Zalia sudah agak tenang berbanding sebelumnya. Jenazah ibunya telah selamat dikebumikan, mujur ada sahabat-sahabat yang membantu. Anastasya dan Drizella? Mereka langsung tidak tergerak untuk ikut serta ke pengkebumian Mak Cik Zainab.
Daniel menangkap kelibat Zakwan yang berada berhampiran motosikalnya.
“Ehem!” Dia menyapa dari belakang. Zakwan berpaling. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
“Daniel??!”
Mata mereka bertentangan untuk sekian lama, dan tidak lama kemudian kedua-duanya berpelukan gembira.
“Hai, tak reti bagi salam dah ke?” sindir Zakwan sambil tertawa.
“Oh ya. Aku lupa. Assalamualaikum!” Daniel tersenyum. Zakwan membalas salam.
“So.. surprise! Kau terkejut tak?”
“Gila kau tak terkejut! Aku terkejut manusia ni! Bila kau sampai? Apesal kau tak cakap dengan aku?”
“Haha. Aku dah lama dah sampai, cuma tunggu masa yang sesuai untuk buat kejutan pada kau. Kau apa khabar, sihat? Semakin tough ye aku tengok sekarang. Anak dah berapa ha?”
“Lama dah sampai? Kau ni memang la.. bukan nak beritahu aku! Aku sihat, alhamdulillah. Dan aku masih bujang lagi, belum kahwin. Maklumlah, papa asyik sibuk suruh aku uruskan syarikat dia. Mana ada masa nak carikan dia menantu.” Zakwan bercanda mesra, merapatkan ukhuwah yang masih berkekalan hingga ke hari ini.
“Kau biar betul? Tak kahwin lagi? Habis tu yang aku nampak kat restoran hari tu?”
“Restoran?” Zakwan cuba memutar kembali ingatannya. Daniel menampar dahinya. Alamak, terkantoi la pula…
“Okay, to be honest, aku ada intip kau dengan gadis ni. Dan berdasarkan penyelidikan aku, nama dia Ayuni. Ehem…” Penyelidikan la sangat. Padahal Zalia yang kenalkan. Dah la waktu mengintip hari tu terlanggar Zalia, tapi sebab nak rush takut terkantoi boleh pula aku lari. Memang tindakan kurang cerdik betul, Daniel cuba mengingati kembali peristiwa tempoh hari.
“Ayuni? Haha!” terhambur tawa daripada jejaka itu. “She’s my sister la..” Ewah. Speaking pula aku. Tak apa, nampak sikit kemachoan aku. Eh, terperasan sudah…
“Ceh. Hidup-hidup aku ingat dia isteri kau. Aku dah bengang dah masa tu sebab aku ingat kau kahwin tak ajak aku. Ape daa…”
Memang kurang cerdik betul la Daniel ni. Pasal tu aje nak bengang?
“By the way, just now you told me your dad asked you to manage the company, right? And why are you still using this motorcycle instead of a car?”
“Aku suka low-profile. Bukan macam kau. Apa? Businessman berjaya? Haha.”
“Tak ada la.” Daniel merendah diri. Eleh. Malu-malu kucing la tu.
“Kau buat apa kat sini? Kau kenal ke arwah Mak Cik Zainab?”
“Lebih dari kenal, arwah tu sebenarnya…”



~ Merdu lafaz syahdu

Jiwa pun merindu

Merakam rasa rindu

Gemersiknya Lagu


Angin kota cahaya

Bertiup berarak

Kencang meredah maya

Hanya untuk Dia


Bangkit segar seirama

Meluruskan rentak safnya

Riuh-rendah basah lidah

Kalam wahyu mewangi di taman


Oh... semerbak harum bingkisan annur

Berterbangan tinggi ke Intifada

Oh merentas misi risalah suci

Mewangikan taman yang dicemari ~



“Sorry bro. Aku kena jawab panggilan ni. Papa aku,” Zakwan meminta izin. Daniel mengangkat tangan kanannya menunjuk gaya tidak kisah. Setelah beberapa minit Zakwan berbincang dengan ayahnya, dia meminta izin sekali lagi kepada Daniel untuk beredar dari situ.
“Aku memang nak sembang banyak lagi tapi aku ada hal. Macam mana kalau kita jumpa Sabtu ni? Insya-Allah aku free,” Zakwan menyarungkan topi keledar dan mula menghidupkan enjin motosikalnya.
“Insya-Allah. I’ll give you a call,” Daniel menghantar Zakwan pergi dengan pandangan. Lelaki itu kemudiannya masuk kembali ke dalam rumah bagi bertegur sapa dengan para tetamu yang datang. Ah, sudah lama rasanya dia tidak beramah mesra dengan orang Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu. Setelah semua tetamunya pulang, Daniel mendapatkan Zalia.
“Mana Anastasya dan Drizella?”
Zalia menggeleng lemah. Tak peduli. Tak peduli. Masih terbayang kesakitan tamparan Anastasya yang hinggap di pipinya dan kata-kata kesat yang dilontarkan Drizella.
“Mereka berdua memang sudah melampau!” Daniel membentak geram. Baru sahaja dia hendak bersemuka dengan kakak-kakak Zalia itu, dia dihalang oleh Zalia.
“Abang Daniel, biarkan aje diorang tu.”
“Zalia ni biar betul?” Daniel buat muka hairan.
“Itu yang arwah mak selalu pesan. Mereka perlukan masa, Zalia kena tunjukkan contoh yang baik kepada mereka,” dan wajah ibunya terbayang di mindanya. Mak…
“Zalia, walau apa pun yang terjadi, selagi abang ada di sisi Zalia, abang akan terus jaga Zalia. Itu janji abang pada arwah Mak Cik Zainab masa abang kecil-kecil dulu. Dan abang tak akan pernah lupakan janji itu.”
Zalia cuma menunduk.



***


“Assalamualaikum!” Daniel mengejutkan Zakwan yang sedang menyedut jus epal. Salam disahut.
“Kau ni kan bro, suka buat aku terkejut. Nasib aku tak ada penyakit jantung kalau tak dah arwah dah aku…”
“Sorry bro. Kau ni, bukankah kata-kata itu satu doa? Aku ni walaupun duduk lama kat negeri omputih tapi aku belajar juga agama.”
“Ya tak ya juga. Aku tarik baliklah kata-kata aku tadi.” Selamba dia aje nak tarik balik kata-kata dia.
“Eh, kau kat Malaysia ni tinggal dengan siapa?” Zakwan menyoal ingin tahu.
“Aku tinggal dengan keluarga aku kat Malaysia ni la. Aku bosanlah duduk diam-diam. Tak ada kerja nak buat.”
“Tak payahlah duduk diam-diam. Duduk bising-bising.”
“Kau ni loyar buruk pula. Aku serius ni,” Daniel buat muka merajuk. Apa, ingat cute ke?
“Kau ni, kalau masa kacil-kecil dulu tak apalah buat muka macam tu. Sekarang dah tua, langsung tak comel!” Sebenarnya aku jealous. “Kau kerja doktor kan?”
“Ya, tapi kalau di Malaysia dalam keadaan sekarang ni susah la aku nak apply jadi doktor kat hospital.”
“Aha, aku ada cadangan! Baik punya!”
“Apa?”
“Masa kita chat dekat Facebook hari tu kan kau ada kata yang suatu hari nanti kau nak buka kelas mengaji agama. Dah alang-alang kau datang Malaysia ni, apa kata kau tunaikan impian kau tu? Sekurang-kurangnya, banyak lagi pahala kau akan bertambah, insya-Allah, daripada kau habiskan masa macam tu aje.”
Pandai juga kawan aku sorang ni. Kenapa aku tak terfikir dulu ya?
“Boleh pakai juga otak kau ni rupa-rupanya,” Daniel bercanda.
“Apa, kau ingat otak aku ni karat sangat ya? Aku akan tolong kau apa yang aku mampu, insya-Allah.”
“Thanks bro, aku terharu sangat ni.” Daniel mengeluarkan sapu tangan dari koceknya dan buat-buat mengelap air mata. Haha. Lepas ni aku nak pergi agensi lakonan la, siapa tahu boleh dapat anugerah pelakon lelaki terbaik.
“Ceh! Dah, dah! Tak payah nak berlakon. What are friends for?” Zakwan senyum kuasa dua.



***


“Bodyguard?!” Zalia terkejut.
“Ya. Entahlah abang ngah aku tu. Bagi cadangan entah apa-apa. Risau sangat dia kat kau. Dia takut kau pengsan lagi, dah la kakak-kakak tiri kau tu kejam!” Ayuni meluah rasa. Kejam, kejam, kejam!
“Kau ni, tak baiklah cakap kakak aku macam tu.” Tapi memang kejam pun. Tampar aku punyalah kuat. Ingat tak sakit ke? Hampir tercabut gigi aku masa tu. “Eh aku nak tanya, siapa yang bawa aku ke hospital masa aku pengsan hari tu? Setahu aku, kakak aku tak mungkinlah nak bawa aku ke hospital.”
“Abang Daniel kau tu la. Sayang benar ya dia kat kau. Mesti best kan kalau kau jadi isteri dia. Hehe.”
“Kau ni, mengarut aje kerjanya.”
“Betul apa. Dan aku rasa, abang aku macam syok aje kat kau. Siap suruh upah bodyguard lagi,” Ayuni mengangkat kedua-dua belah keningnya mengusik.
“Itu lagilah mengarut. Aku ni tak ada masa la nak fikir benda-benda macam tu. Apa pun, aku kena tanya Abang Daniel dulu tentang bodyguard tu. Takut juga aku tinggalkan rumah dengan kakak-kakak aku.”
“Abang Daniel, Abang Daniel, Abang Daniel. Aku dengan abang ngah aku tu pun, tak adalah rapat macam kau dengan Abang Daniel kau tu. Hurm, ok la. Aku kena balik dulu ni. Chao. Assalamualaikum,” Ayuni bersalaman dengan sahabatnya itu sebelum keluar dari rumah Zalia.
Tidak lama selepas Ayuni pulang, terdengar suara Anastasya memanggil Zalia dari dapur.
“Aina Zalia! Cook me some food!”
Zalia segera bergegas ke dapur. Belum sempat ke dapur, Drizella pula memanggilnya dari bilik.
“Aina Zalia! Iron my clothes faster!”
“Aina Zalia… !”
“Aina Zalia… !”
Hendak pergi yang mana satu ni? Macam aku ni orang gaji aje. Pergi jumpa seorang, seorang lagi marah.



Bersambung...

No comments:

Post a Comment