Pages

Saturday, June 4, 2011

Aina Zalia Part 7

“Haha, aku dah curi ayam kau. Keras sangatlah udang dan ketam ni. Nah, kau ambil,” Zalia meletakkan hidangannya ke dalam pinggan Ayuni. Selamba aje budak tu. Ayuni menggeleng. Dia kenal benar perangai Zalia.
“Haru betul!”
“Erm, Yuni…” Zalia keluar nada serius. Seolah-olah ingin menyatakan sesuatu yang telah lama dipendamkannya.
“Apa?”
“Aku tengok kau sekarang ni lain macam aje. Please, kalau kau ada masalah, kau beritahu aku. Jangan pendam sorang-sorang aje. Erm, siapa sebenarnya yang telefon tadi?” Zalia dilanda perasaan ingin tahu yang hebat.
Ayuni sedikit menunduk. Kemudian menghela nafas pendek.
“Zalia, selama ni aku tak pernah ceritakan tentang perkara ni kat sape-sape. Cuma kau kawan baik aku. Dan, aku harap kau tak marah lepas dengar cerita aku ni.”
“Insya-Allah. Please, go on.” Zalia tersenyum indah. Bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan dituturkan daripada mulut sahabatnya itu. Ayuni seolah-olah berat hati untuk menyampaikan segala-galanya.
“Sebelum tu aku nak tanya. Kau… pernah jatuh cinta?”
Zalia yang baru sahaja meneguk minumannya tersedak. Cinta?
“Cinta? Tak… “ Ringkas jawapannya. “Kenapa? Kau dah jatuh cinta?”
“I think so. Dia pelajar kolej kita juga. Aku kenal dengan dia sebab kami ambil bidang yang sama. Mula-mula aku segan juga nak cakap dengan dia, tapi lama-kelamaan kami macam ada chemistry. Dan suatu hari, dia serahkan nombor telefonnya pada aku. Hati aku memang gembira. Mula-mula cuma SMS, kemudian Facebook, kemudian chat di Yahoo Messenger. Tapi, aku sedar apa yang aku buat selama ni salah. Aku cuba menjauhkan diri, dan dia perasan. Aku rasa bersalah sangat sekarang ni.”
“Dia couple kau ke?”
Geleng.
“Dia yang telefon tadi? Apa dia nak?”
“Dia tanya kenapa aku bersikap aneh sekarang. Aku cuma kata, apa yang aku dan dia sedang lakukan ni salah. Dan aku cuma nak dia faham,” riak bersalah jelas terpampang pada wajah Ayuni.
“Aku ni bukannya pernah ada pengalaman cinta, jadi aku tak boleh nak nasihatkan kau sebagai Dr. Cinta, tapi aku cuma boleh nasihat kau sebagai seorang sahabat…” Zalia menarik nafas. Wajahnya masih tenang. “Apa yang kau buat tu memang betul, sebenarnya tak ada istilah couple yang dibenarkan dalam islam. Perhubungan boleh, selagi tak lagha. Dan pesanan yang aku ingat sampai sekarang, utamakan redha Allah dalam segala-galanya. Hrm..”
“Lagha? Maksud kau?”
“Macam SMS, Facebook, YM… jangan biarkan apa yang kau buat tu melalaikan diri kau sampai kau tak ingat tujuan dan matlamat utama perjalanan kehidupan kita.”
“Redha Allah,” Ayuni mengulangi. “Tapi Zalia, perasaan tu dah menular dalam diri aku. It kills me inside.”
“Ekspedisi kita sebenarnya masih jauh. Perasaan tu tak salah, cuma aku harap jangan sampai benda tu makan diri kau sendiri. Bukan aku yang boleh tentukan hidup kau, tapi aku akan bantu kau selagi boleh. Apa yang penting kau kena ingat, your future depends on your choice.” Fuwah. Gaya penceramah pun ada aku ni. Siap speaking-speaking segala.
Ayuni mendiam. Nampak seperti sedang memikirkan sesuatu.
Zalia kemudiannya menambah, “Kalau dia lelaki soleh yang Allah jodohkan untuk kau, dia takkan biarkan hati kau lalai kerananya.” Kemudian gadis itu bangkit untuk membasuh tangan di sinki yang terletak jauh sedikit dari situ.
Ayuni termenung sendiri.
“Kalau dia lelaki soleh yang Allah jodohkan untuk kau, dia takkan biarkan hati kau lalai kerananya.”

Ya Allah, apa yang telah aku lakukan?

Zalia kembali ke meja. Dia mengusap belakang badan Ayuni. “Jom balik…”
“Zalia…” Ayuni bersuara. Zalia memandangnya. “Macam mana nak balik kalau aku belum bayar lagi makanan ni?!”
Zalia menampar dahinya. Ops, terlupa. Hehehe.
Sepanjang perjalanan pulang, entah kenapa hati Zalia dilanda suatu perasaan yang amat dahsyat. Dia sendiri bingung. Zalia menghantar Ayuni ke rumahnya, kemudian memandu pulang. Dia ingin segera menemui ibunya.
“Assalamualaikum…” Pintu rumah dikuak. Aik? Senyap aje? Mana penghuni rumah ni? “Mak…?” Hurm, pergi rumah jiran la tu. Tak pun pergi kedai.
Zalia menuju masuk ke biliknya. Buka sahaja pintu… Masya-Allah! Baju-baju kotor bergelimpangan di atas lantai bilik. Tetapi, itu bukan bajunya. Itu baju kakak-kakaknya, yang pasti. Zalia segera mendapatkan mereka di bilik.
Kelihatan kedua-duanya sedang tertidur lena dihanyutkan mimpi. Mimpi apa entah. Bertuah punya anak dara, petang-petang pun tidur.
“Kak Ella, Kak Tasya!” Zalia cuba mengejutkan. Dia mahukan penjelasan.
Anastasya memalingkan badannya dalam keadaan mata yang masih tertutup. Drizella menutup kepalanya dengan bantal.
Sebentar lagi hendak masuk waktu Maghrib. Tak elok tidur waktu-waktu begini. Macam mana nak kejutkan mereka? Aha, aku ada idea!
Zalia bergegas ke dapur dan mengambil air. Tidak lama kemudian, dia masuk semula ke dalam bilik Anastasya dan Drizella dan memanggil mereka lagi. Melihatkan kedua-duanya yang tidak memberikan respon positif, Zalia memercikkan sedikit demi sedikit air ke wajah kedua-duanya. Apa lagi, bengang la adik-beradik sombong tu kerana ada yang mengganggu waktu istirehat mereka.
“Zalia! What are you doing?” Anastasya mengesat-ngesat mukanya dalam keadaan mamai.
“Bangun… bangun!” Zalia masih cuba membangunkan kedua-duanya. Hehe. Rupa-rupanya, macam ni la susahnya mak nak kejutkan aku masa aku kecil dulu. Oh, betapa mulianya tugas seorang ibu.
“What the hell…?!” Drizella sudah sedar total. Dia menyumpah Zalia tetapi ayat terpaksa ditapis kerana kata-katanya begitu kejam.
“Ish! Kak Ella, Kak Tasya, tak baik tidur senja-senja ni. Zalia nak tanya, kenapa baju-baju kakak ada dalam bilik Zalia? Kenapa tak basuh aje?”
Pang! Tiba-tiba Zalia terasa pipinya panas. Tangan kanan Anastasya hinggap tepat di situ, tanpa sebarang belas kasihan. Entah kenapa, hati gadis itu cepat tersentuh. Matanya tiba-tiba berkaca. “Kak Tasya, kenapa?”
“Serve you right!” Drizella gelak kejam kemudian menyambung tidurnya kembali selepas berpuas hati dengan kejadian yang telah dilihatnya tadi.
“Hey, stupid! From now onwards, you must wash every single clothes for us. You must cook for us, and don’t forget to clean the house! Understand?” Anastasya membentak kuat. Zalia terkejut. Kedua-dua belah matanya yang basah terpejam rapat kerana takut dengan nada suara kakaknya itu. Dia cuba memberanikan diri bersuara.
“Tapi… kenapa, kak?” Zalia menyeka air matanya.
“Mak Cik Zainab, she’s dead…” Selamba Anastasya menjawab.
Seketika itu, dunia sekeliling Zalia bagaikan berputar, dan segala-galanya menjadi gelap.



***


Zalia bersandar pada sebatang pohon yang rendang. Udara di kawasan itu sungguh nyaman, ditemani burung-burung yang sedang menyanyi bebas di awangan. Pemandangan di hadapannya sungguh indah, kerana matahari sedang hampir terbenam. Subhanallah, alangkah indahnya kebesaran Allah.
“Zalia lukis apa tu, sayang?” Mak Cik Zainab mengusap kepala anak tunggalnya itu dengan penuh belas kasihan dan kasih sayang yang mendalam.
“Zalia lukis gambar pemandangan matahari terbenam. Cantik kan, mak?”
“Ya, cantik…” Mak Cik Zainab tersenyum.
“Kenapa suara mak lain? Macam tak suka aje,” anak itu menduga ibunya.
“Mak risau, kalau mak tak dapat tengok matahari terbenam dengan Zalia lagi…” sayu sahaja suaranya.
“Apa yang mak cakapkan ni? Mak, nanti hari-hari kita tengok matahari terbenam sama-sama, ye?” Zalia memegang tangan orang tua itu dengan penuh rasa cinta. Satu-satuya orang yang melahirkannya dan memahami segala isi hatinya. Dan seorang ibu biasanya mempunyai naluri tentang apa yang dirasakan anaknya.
“Mak takut, mak tak sempat dah…” Kali ini, senyuman di wajah Mak Cik Zainab menghilang. Wanita tua itu berjalan perlahan-lahan menghampiri ke kaki bukit. Zalia menghantarnya dengan pandangan. Tiba-tiba, entah bagaimana, kaki wanita itu tersilap langkah lantas menyebabkan dia terjatuh. Mak Cik Zainab sempat berpaut pada batu besar di hujung bukit itu bagi mengelakkan dirinya daripada terjatuh.
“Mak!” Zalia menjerit penuh perasaan. Tangannya segera menggenggam tangan ibunya.
“Zalia, selamat tinggal sayang. Zalia jadilah hamba Allah yang sejati, tunaikan perintahNya tinggalkan laranganNya,” Mak Cik Zainab berpesan.
“Mak, jangan tinggalkan Zalia, mak! Ampunkan Zalia, mak!” Wajah ayu itu telah dipenuhi dengan linangan air mata. “Mak…”
“Mak dah lama maafkan anak-anak mak. Lepaskanlah mak, sayang…”
“Tak. Zalia takkan lepaskan mak!”
Namun, genggaman Zalia sudah tidak kuat lagi. Tangan ibunya terlepas ke bawah.

“MAAAKKKKKKKKKK!!!!”

Zalia tersedar daripada pengsan. Mimpi rupanya.
“Zalia, mengucap Zalia! Mengucap!” Ayuni menenangkan sahabatnya itu.
“Mak… mana mak aku Yuni? Mana mak aku? Aku nak jumpa mak aku…” Zalia meronta-ronta minta dilepaskan.
Ayuni terjeda.
“Yuni, kenapa kau diam? Mana mak aku? Aku nak jumpa dia! Tolong aku.. Yuni. Please!” Zalia merayu sepenuh hati. Ayuni tidak sanggup lagi melihat sahabatnya dalam kondisi itu. Dia tidak kuat. Matanya sudah mulai berair.
“Zalia, sabar… Zalia… sabar! Bawa mengucap,” Daniel yang turut berada di situ menenangkan.
“Abang.. kenapa tak ada orang jawab soalan Zalia. Mak Zalia mana? Zalia nak jumpa mak, nak cium tangan mak, nak minta ampun dengan mak…” Suara itu separa menjerit.
“Zalia, Mak Cik Zainab… dah meninggal dunia. Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya. Abang minta maaf…”
“You’re lying! Yuni, kau cakap la perkara yang sebenar. Abang Daniel tipu aku! Yuni, kau cakap mana mak aku?” Zalia menggoncangkan tubuh Ayuni. Dia sudah tidak mampu mengawal emosinya lagi.
“Zalia, apa yang Abang Daniel cakap tadi betul, Zalia. Mak kau dah tak ada…” Ayuni tidak sanggup lagi melihat sahabatnya dalam kondisi seperti itu. Dia kemudiannya meninggalkan wad tersebut dan duduk di kerusi yang disediakan.
“Ya Allah, begitu hebatnya dugaan yang Kau berikan kepada sahabatku itu. Ya Rabbi, aku tak sanggup lagi tengok dia dalam kondisi macam tu. Kau tabahkanlah dia, Ya Allah. Kau kuatkanlah dia, ya Allah agar dia dapat menempuhi segala dugaan ini…” Ayuni berdoa dalam tangisnya.
Zalia masih tidak mampu menerima hakikat itu. “Tipu… abang tipu… Yuni tipu.. semua orang tipu…” Teresak-esak suaranya.
Daniel mendekatkan kepala Zalia pada bahunya. “Zalia, we cannot blame the fate. If you keep on acting like this, you are actually torturing yourself. Abang yakin, Mak Cik Zainab mesti tak nak tengok anak dia macam ni.”
Dan Zalia terus menangis. Nampaknya, dia masih belum kuat lagi untuk segalanya.
“Abang... macam mana mak sekarang?” Zalia belajar untuk menerima hakikat. Dia tidak marah-marah lagi.
“Sekejap lagi jenazahnya akan dibawa ke rumah untuk dimandikan dan disembahyangkan.”
“Boleh tak dapatkan Yasin untuk Zalia?”

No comments:

Post a Comment