Aina Zalia Part 6

“Zalia, jomlah pergi makan. Aku dah lapar tahap kronik dah ni,” Ayuni buat muka kesian. Konon comellah tu. Tapi comel juga.


Ayuni dan Zalia kemudiannya menuju ke sebuah restoran yang kelihatannya menyediakan makanan mahal-mahal. Ayuni belanja. Katanya, sekali sekala. Ketika duduk di meja makan, seorang pelayan yang berbaju hitam putih dan bertali leher datang menghampiri. Formal habis! Dia menyerahkan menu dan berdiri tercacak di situ macam tunggul.


“Kau nak makan apa? Aku tengok semua makanan di sini sedap.” Mata Ayuni terus mencari-cari hidangan untuk disantap pada petang itu.


“Kau aje la yang pilihkan untuk aku. Aku tak biasa datang restoran-restoran macam ni. Yang aku tahu nasi goreng aje,” ikhlas Zalia bersuara. Ayuni memesan hidangan untuknya dan Zalia. Entah apa-apa nama hidangan tersebut.


Hampir setengah jam kemudian, pelayan tadi tiba dengan membawa pesanan yang dihidangkan. Ayuni apa lagi, selepas baca doa terus menyumbat makanan ke dalam mulutnya. Tak menyempat betul la budak tu.


Zalia memerhatikan hidangan di hadapannya. Hidangan apakah ini? Pelik semacam. Keras pula tu udangnya. Macam mana nak masuk mulut?


Tangannya mencucuk-cucuk udang besar itu dengan garfu tetapi masih belum terkopek kulitnya. Akibat geram yang amat, Zalia mengambil pisau dan memotong udang tersebut, tetapi tanpa diduga sebahagian daripada udang yang telah dipotong melompat ke meja pelanggan sebelah.


Alamak! Zalia dan Ayuni saling berpandangan. Kemudian pandangan mereka teralih pada pelanggan di sebelah. Ya Allah, masuk cawan dia! What to do? What to do?


Lelaki tua yang bermisai lebat itu melemparkan jelingan maut pada Zalia. Kelihatannya dia sedang makan bersama beberapa lagi pekerja muda. Jika dilihat daripada gayanya, mungkin dia merupakan seorang Dato’ yang sedang menjamu selera bersama anak-anak buah syarikatnya, fikir Ayuni. Ayuni terus menunggu tindakan yang bakal diambil Zalia. Tidak lama kemudian, gadis itu bangkit daripada duduknya dan sedikit menunduk di hadapan lelaki tua itu.


“Maafkan saya Pak Cik. Saya tak sengaja. Biar saya gantikan dengan air yang baru.” Malu kuasa tiga!


Mata Ayuni sedikit membesar. Pak Cik? Biar betul budak ni? Ya Allah, mudah-mudahan Zalia tak kena serang.


Zalia beristighfar panjang di dalam hatinya. Matanya terpejam. Resah membayangkan apa orang tua di hadapannya itu akan lakukan. Eh? Senyap aje? Sebelah mata dibuka. Lelaki itu masih merenungnya tajam. Dan tiba-tiba dia tergelak besar.


Eh? Buang tebiat ke apa Pak Cik ni?


“Tak apa. Nanti saya minta yang baru. Lain kali makan hati-hati sikit,” dia masih dengan tawanya.


Fuh, lega! Alhamdulillah. Baik pula pak cik ni. Selepas menghadiahkan senyuman segaris, Zalia kembali ke tempat duduknya dan memerhatikan Ayuni yang sedang memandangnya.


“Anggap aje macam peristiwa tadi tak pernah terjadi,” selamba Zalia bersuara. Nak cover malu.


“Ok.” Ayuni terus menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.



~ Now we’re fussin’

And now we’re fightin’

Please tell me whyI’m feelin’ slighted

And I don’t know

How to make it better (make it better)

You’re datin’ other guys

You’re tellin’ me lies

Oh I can’t believe

What I’m seein’ with my eyes

I’m losin’ my mind

And I don’t think it’s clever (think it’s clever)


You’re way too beautiful girl

That’s why it’ll never work

You’ll have me suicidal, suicidal, suicidal ~



Telefon bimbit Ayuni berbunyi rupanya. Ayuni memerhatikan nama di skrin telefon bimbitnya kemudian bangun dan bercakap di suatu sudut ruangan yang terletak tidak jauh dari situ. Zalia memerhatikan tingkahnya. Pelik. Tak pernah-pernah dia nak berahsia dengan aku?


Zalia pun mencuri ayam di dalam pinggan Ayuni. Hehe. Siapa suruh Ayuni order udang dan ketam keras-keras ni? Susah betul la nak makan.


Beberapa minit kemudian, Ayuni kembali ke meja makan.

“Siapa? Kenapa?” Sibuk aje Zalia bertanya.

“Tak ada sape-sape la. Dah makan…” Namun Zalia tetap dapat memperhatikan riak kelainan pada wajah sahabatnya itu. Aneh.

“Eh, mana ayam aku?”

Comments

Post a Comment