Aina Zalia Part 5

Zalia segera keluar dari bilik makhluk-makhluk pelik itu. Hurm, nak buat apa ya? Aku bukannya pandai layan mereka pun. Eh, waktu Asar dah masuk la. Baik aku tunaikan seruan Allah dulu.

Selesai menunaikan solat Asar, Zalia mengambil al-Quran untuk dibaca. Itu memang merupakan rutin hariannya sama ada di kolej mahupun di rumah.

“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya.Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun” (Al Baqarah, 153 - 156)

Anastasya dan Drizella yang kebetulan melewati bilik Zalia terganggu dengan bacaan tersebut.

“Hey sister, did you hear that? What in the earth is that girl singing?” Drizella menutup kedua-dua belah telinganya. Anastasya menggeleng geram. Pintu bilik Zalia dikuak namun Zalia masih meneruskan bacaannya tanpa mempedulikan mereka.

“Zalia! Stop it whatever you singing! It is disturbing our lives!” Anastasya buat muka histeria. Macam kena rasuk.

“Kak Tasya, Zalia bukan tengah menyanyi. Zalia tengah baca al-Quran,” lembut tutur katanya.

“Al-Quran? And what is that?” Drizella mengerutkan dahi.

“Al-Quran. Kitab suci kita. Kita, sebagai orang Islam, mestilah menjadikan al-Quran dan sunnah Nabi sebagai panduan hidup. Kalau kita tak berpegang pada dua-dua benda ni, hidup kita akan sesat.”

“Wow, kau berlagak jadi ustazah ya?” Itulah ayat pertama bahasa Melayu yang didengari Zalia semenjak Drizella tiba di situ. Bukannya tak reti cakap Melayu. Ayah dah ajar semua anak-anak dia cakap Melayu. Tapi ayah sendiri suka cakap omputih. Ish3.

“Okay, Zalia. Whatever you reading, it’s disturbing us. Please, stop it.” Anastasya buat muka menyampah.

“Kak Tasya, Kak Ella. Zalia bukan berlagak jadi ustazah atau apa. Ini memang kewajipan setiap orang Islam. Jangan tinggalkan al-Quran, sebab, nanti kat akhirat Quran boleh bagi syafaat kat kita tahu?” Apa-apa ajelah kakak-kakak aku ni. Nampaknya, aku kena usaha tarbiah (didik) mereka. He2. Aku dah ada misi untuk dilaksanakan. Yes.

“Stupid!” Anastasya menghempas pintu bilik setelah mereka berdua keluar. Dia kata aku bodoh? Aku masuk kolej belajar tinggi-tinggi sesedap hati kata aku bodoh. Sampai hati. Huaa…

Zalia meneruskan pengajiannya. Biarlah apa orang hendak kata, dia tidak peduli. Yang dia peduli, cuma redha Allah. Terngiang-ngiang kembali kata-kata nasihat yang pernah diterimanya dahulu.

“I know it’s difficult when we have the desire to do anything we want, but others are against us. Apa yang penting, redha Allah. Redha Allah. Redha Allah. Tak perlu sibuk mencari redha manusia, utamakan redha Allah.”

Dan gadis itu tersenyum. Terima kasih.


Keesokan harinya, Zalia dan Ayuni merancang ke pusat beli-belah untuk mengisi kelapangan waktu bersama.

“Dah jumpa adik-beradik tiri kau?” Ayuni menyoal sambil membelek-belek baju kurung yang dijual di pusat beli-belah itu. Wah, menarik semuanya. Macam-macam trend. Aku kena bodek mama dan papa belikan aku satu ni.

“Jumpa Kak Tasya dan Kak Ella. Aku peliklah, semalam aku baca al-Quran, lepas tu dua-dua masuk bilik aku. Marah-marah aku. Suruh aku berhenti menyanyi. Sedih aku tengok diorang macam tu,” Zalia menghela nafas pendek. Matanya turut meliar memerhatikan pakaian-pakaian di situ. Aku kena bodek ayah suruh kirim duit kat aku ni.

“Menyanyi? Eh, takkanlah ayah kau di Australia tu tak ajar anak-anak dia baca Quran?”

“Dulu waktu kecil-kecil kami selalu baca al-Quran. Bila besar aku tak tahulah.”

“Tak apa, kau jangan risau. Aku kan ada? Aku akan tolong bantu apa yang patut, insya-Allah,” Ayuni hadiahkan senyuman segaris. Senyuman gadis melayu terakhir.

“Terima kasih Yuni. Sekarang aku akan cuba jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang muslimah.” Zalia memandang Ayuni. Ceh, dah macam dalam drama pula lagaknya.

“Eh Zalia. Kau tunggu sini kejap ya? Aku nak pergi toilet kat situ sekejap,” Ayuni meminta izin. Zalia mengangguk. Suka tinggalkan aku sorang-sorang budak tu. Eh, ada kedai cenderahati kat situ. Nak pergi la…Zalia membelek-belek barangan yang dijual di kedai tersebut. Selagi boleh dibelek, selagi itulah dia nak belek.

“Eh, teddy bear warna biru! Comelnya!” Zalia bersuara teruja. Lantaklah orang nak kata apa.

“You like that?” Seorang lelaki berkaca mata hitam tiba-tiba bersuara dari sisi. Zalia menoleh mencari empunya suara tersebut. Tak syak lagi, itulah lelaki yang dijumpainya tempoh hari.

“Abang Daniel!”

***

“Hai, mana pula budak Zalia ni? Baru sekejap aku pergi dia dah menghilang,” Ayuni mengomel sendirian sejurus keluar dari tandas. Dia mencari kelibat Aina di kedai pakaian dan kedai-kedai berhampiran tetapi tidak jumpa. Dan tiba-tiba, pandangan matanya tertancap pada figura yang sangat dikenalinya di kaunter pembayaran sebuah kedai cenderahati.

Eh, itukan Zalia? Tetapi dia dengan siapa? Eh, kacak juga mamat tu. Kenapa tak beritahu aku dia sudah berpunya? Macam-macam yang bermain dalam benak fikiran Ayuni. Bagi mendapatkan sebuah kepastian, Ayuni segera mendapatkan sahabatnya itu di kaunter pembayaran.

Daniel memandang aneh Ayuni yang sedang berlari-lari kecil masuk ke kedai tersebut. Eh, dia lagi?

“Zalia, puas aku cari kau! Apa yang kau buat di sini?” Ayuni memarahi Zalia sambil menjeling-jeling lelaki di sebelahnya itu. Boleh tahan juga taste kawan aku ni.

“Ya Allah, aku lupa pula kewujudan kau!” Zalia tertawa kecil. Ayuni tersenyum sinis. Ceh, sampai hati… “Yuni, inilah Abang Daniel yang selalu aku ceritakan pada kau tu.” Daniel? Oh… Ayuni mengangguk faham, baru teringat sesuatu.

“Aik, apa Zalia cerita tentang abang ni? Making fun of me?” Daniel menduga Zalia sambil melemparkan senyuman yang menampakkan lesung pipit. Fuh, ni lagi bergaya daripada makhluk bertopi keledar tu.

“Tarapapa. Rahsia wanita. Mana boleh tahu… By the way, abang, ni kawan Zalia, Ayuni.”

Daniel sekadar tersenyum. Ayuni juga begitu.

“Oh ya, actually I came here with my friends. So I better go,” Daniel berbicara petah ayat omputih. “Jumpa lagi budak comot.” Zalia mengangguk. Ceh, sempat lagi kenakan aku.

“Ehem, ehem!” Ayuni tiba-tiba pula sakit tekak sejurus Daniel beredar dari situ.

“Apa?” Zalia buat muka tak bersalah.

“Kacak juga. Ala-ala Aaron Aziz pun ada. Mesti kau rindu dia kan? Berapa tahun dah kau tak jumpa dia?”

“Entah. Sepuluh tahun lebih kot. Lama tu…”

“Single lagi tak?” Ayuni bergurau.

“Kau jangan…” Zalia buat gaya tak percaya.

“Aku gurau ajelah. Kau ni, takut sangat!”

“Ya lah. Aku sudah anggap Abang Daniel tu macam abang kandung aku sendiri tahu?”

“Maknanya aku masih ada can la ni?” Ayuni terus menduga.

“Mungkin. Kalau hatinya masih belum dimiliki…” Dan Zalia berlalu dari situ. Ayuni membuntutinya.


Bersambung...

Comments