Pages

Sunday, April 24, 2011

Diari#19: Selamat Hari Lahir Diri

Alhamdulillah, dapat juga saya lalui 24 April 2011 ini dengan tenang. Haha. Buat pengetahuan semua ya, hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran saya. Saya masih ingat beberapa orang yang merupakan antara insan-insan pertama mengucapkan selamat hari lahir pada saya. Ada yang sanggup telefon dan hantar mesej pada jam 12 tengah malam.

Pagi tadi saya datang lambat sedikit ke sekolah, haish. Tiba di sekolah ramai yang telah pergi ke tapak perhimpunan. Pintu kelas telah pun ditutup. Saya masuk ke kelas dan letak beg. Tiba-tiba ternampak sebuah bungkusan kotak di bawah kerusi tempat duduk saya. Tertanya-tanya pula siapa yang meletakkannya di situ...

Saya langsung bergegas ke tapak perhimpunan. Yeah. Nasib masih belum terlambat. Kawan-kawan panggil saya ke barisan hadapan dan mengucapkan selamat ulang tahun. Rakan yang berkongsi tarikh kelahiran dengan saya, Ika memberitahu Kak Iman, iaitu senior bahas saya ada letakkan kotak bungkusan bawah meja. Saya tersenyum.

Ya, kebetulan pula pada hari ini terdapat acara penyampaian hadiah sempena Bulan Semarak Nilam dan Bahasa Kebangsaan yang pernah diadakan dulu. Jadi para pemenang diminta berbaris di tepi dewan. Saya pun beratur di tepi dewan bagi menerima hadiah. Johan bagi acara resensi buku dan tempat ketiga bagi acara bahas ala parlimen. Saya tak sangka pula dapat johan untuk kategori resensi kerana langsung tak mengharapkan kemenangan sebab banyak pesaing yang hebat.

* Plag kemenangan...

Ketika berbaris, saya ternampak Kak Iman. Hehe. Terus peluk dia. Terharu. Kemudian Kak Iman beritahu Kak Una dan yang lain-lain tentang hari lahir saya. Heh. Balik kelas, kawan-kawan kelas pula ucap selamat hari lahir. Cikgu belum masuk, jadi saya buka hadiah daripada Kak Iman dan Kak Shahidah. Woh, dapat teddy bear. Comel sangat. Saya suka! Sayang kalian. Kawan-kawan pun ada bagi hadiah, ada bagi kad. Terima kasih. Sayang kalian juga!

* Hadiah daripada senior bahas. Comel kan?

Balik pula nenek sudah siapkan kek ulang tahun yang sangat istimewa, buatan sendiri! Tak perlu susah-susah beli. Kek coklat! My favourite!


* Semangat nenek buatkan kek! Sedap kan? Jangan jealous...


* Bergambar dengan kek ulang tahun

Tarikh ulang tahun blog

Saya juga berkongsi ulang tahun kelahiran dengan blog ini sebenarnya. Hurm, setelah campur tolak bahagi darab, ternyata sudah dua tahun lebih blog ini aktif ya. Sejak tahun 2009. Alhamdulillah, pengikut blog sudah hampir mencecah 600, insyaAllah. Banyak pengalaman pahit manis yang telah dilalui bersama blog ini. Saya sayang blog saya!

Tarikh pelancaran novel di KLIBF

Ya. Hari ini juga Single Unavailable mungkin sekali telah dilancarkan di pentas utama PWTC, di mana saya tidak dapat hadir ke sana. Haru! Tak apa, saya akan balas dendam. Hari Sabtu ini saya akan datang ke sana. Nantikan kehadiran saya. Kuala Lumpur, here i come...

Tarikh ulang tahun Ika

Seronoknya dapat berkongsi ulang tahun dengan kawan. Haha. Sudahlah kami berada di kelas yang sama. Yah... ini yang dinamakan jodoh barangkali? Ika, semoga murah rezeki selalu dan menjadi muslimah sejati ya... Jangan nakal-nakal ya? PMR 8A. Gambatte!


Secara kesimpulannya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memaknakan ulang tahun kelahiran ke-15 saya ini. (Masih muda ya...) Haha. Terima kasih kepada ibu bapa saya, nenek, abang, kakak dan adik, keluarga saya, kawan-kawan, senior bahas, senior PBSM, keluarga UTW, rakan-rakan 3A8, rakan-rakan penulis, Ariffah dan semuanya. Maaf jika tak dapat mention nama kalian.

* Updated: My mom bagi dress untuk pakai masa KLIBF nanti. Mahal juga. Ini kali pertama saya dapat dress mahal untuk birthday, tahu?

6 comments:

  1. eppy bday ina~~!!! ^^
    chill n smile awayz kay..
    may Allah bless ue..
    mga byk rezeki..
    n lastly gud luck 4 PMR...
    CHAIYO2X!!!

    ReplyDelete
  2. Happy Birthdayyy! :)
    May God bless you. <3

    ReplyDelete
  3. @FieyRa ~I-Me-MyL!fe~
    thank u very much..
    insyaAllah..
    ameen..
    thanks ya..
    =)

    ReplyDelete
  4. eh eh cik kak ni. tak mention nama la konon. tu kat bawah tu,pesanan tu bukan mention jugak ke?

    haha :)

    ReplyDelete