Pages

Sunday, May 1, 2011

Jelajah#2: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

Bahang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 sudah semakin memuncak kerana hari ini, 1 Mei merupakan tarikh terakhir pesta itu akan berlangsung. Jadi kepada semua yang masih belum menghadirkan diri ke sana, bolehlah berbuat demikian dengan segera. Semalam, 30 April 2011, buat pertama kalinya saya telah menjejakkan kaki ke Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) juga pertama kali datang ke PBAKL.

Masuk sahaja ke dalam memang sungguh sesak dengan ratusan atau ribuan manusia yang berpusu-pusu mahu membeli buku atau mendapatkan apa yang boleh mereka dapati di PBAKL. Saya terpaksa juga mengharungi banjiran manusia itu. Nasib baik saya kurus. Perasan sebentar. Pada awalnya saya fikir mahu berjalan-jalan dan membelek-belek naskah buku terbaru tetapi hasrat saya terbantut setelah melihat kondisi jalan yang sungguh sesak lagi padat. Lantas saya segera mencari booth Galeri Ilmu Sdn Bhd yang terletak di A-14 - A-19. Setelah bertanyakan kepada penjual-penjual di situ akhirnya berhasil juga jumpa booth tersebut.

Booth GISB menjual variasi buku, majalah, t-shirt, rantai kunci, buku nota dan sebagainya. Saya sempat mendapatkan beberapa buah buku dan sehelai t-shirt kenang-kenangan. Terdapat satu ruang yang disediakan untuk para penulis. Ya, di situlah saya duduk.


Kemudian team GISB mempromosikan Single Unavailable. Sebenarnya saya sepatutnya datang pada 3.45 petang tetapi saya tiba awal sangat. Pada waktu itu tidak ramai lagi yang mendapatkan tanda tangan saya jadi saya pergi meronda-ronda di sekitar PWTC dahulu. Ingat mahu berjumpa Kak Ain Maisarah tetapi booth beliau memang sesak dengan peminat beliau, sehingga saya rasa tidak ada ruang langsung mahu pandang muka beliau.

Kemudian saya sempat berjalan ke beberapa booth, termasuk booth KarnaDya di mana saya berjumpa dengan rakan-rakan Urban Teen Writer iaitu novelis Mira Muskam dan Hasif Hamsyari. Kecewa juga tidak dapat berjumpa dengan yang lain. Saya sempat berbual sedikit sahaja dengan mereka, sebab mahu terus meronda-ronda lagi. Saya sempat juga membeli novel mereka dan bergambar dengan mereka sebagai kenang-kenangan.

Banyak juga buku yang saya bawa pulang pada hari itu. Lebih kurang jam 3.30 petang, saya kembali ke booth GISB untuk sesi beramah mesra. Selepas Encik Nasri mempromosikan novel saya, masya-Allah, ramai juga yang mahu mendapatkan tanda tangan dan bergambar dengan saya. Perasaan saya pada ketika itu sungguh terharu, kerana ramai yang memberikan sokongan dan sangat gembira kerana dapat bertemu dengan pembaca secara langsung. Dari kanak-kanak hinggalah golongan yang berusia semuanya ada meminta tanda tangan saya.

Harapan saya, agar dapat menghadiri lagi pesta buku seperti ini pada tahun hadapan. Insya-Allah.

4 comments:

  1. salam'alaik.. ana dah baca satu daripada buku anti..'single unavailable'.. sgt bagus inpunya utk tarbiyah remaja2 skrg terutama skali soal cinta..masyaAllah..smg ramai yang mengambil iktibar dan faham apa tentang amanah dan larangan..subhanallah..teruskan usaha murni dlm bdang penulisan anti..

    ReplyDelete
  2. pergh!!! aq dah sampai dah time tu tapi bila aq round-round jap nak check buku lain then bila aq datang balik ko dah blah dah.Haish...x sempat nak amek singnature ko,en.Nasri cakap ko baru jew blah.Tapi x pelah coz aq harap tahun depan ko datang and stay lah lama cket sampai kol 6.00 kew or sampai malam kew tau?

    ReplyDelete
  3. @MutiaraLautBiru
    waalaikumussalam warahmatullah,
    terima kasih atas sokongan anti..
    insyaAllah ana akan terus berjuang dalam semua bidang yang ana ceburi..
    syukran jazilan ya ukhti..
    =)

    ReplyDelete
  4. @syaamil asyraf bin azli
    oh ya? dah tunggu lama dah kat situ..
    penat tunggu lama2 so balik je la kan..
    insyaAllah tahun depan.. with some new books maybe..
    =)

    ReplyDelete