Trivia: Mesyuarat Agung Kali Ke-32

Pada 6 Mac 2011, iaitu hari Ahad telah diadakan Mesyuarat Agung kali ke-32 yang mengambil tempat di Dewan Samsuddin SMK Sultan Badlishah. Mesyuarat yang bermula pada jam 2 petang ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Pegawai Daerah Kulim, Dato' Haji Mat Noh bin Ahmad. Saya dapat melihat dengan jelas kesungguhan para guru untuk menjayakan mesyuarat ini. Pada hari tersebut juga peperiksaan untuk pelajar sesi pagi bermula agak lewat daripada yang ditetapkan kerana tuan pengetua hendak berjumpa dengan semua guru selepas perhimpunan. Malangnya, saya tidak dapat menangkap butir bicara mereka kerana telah masuk ke dalam kelas.

Mesyuarat Agung ini dihadiri oleh para guru dan ibu bapa pelajar, bermaksud, pelajar sama sekali tidak diundang di situ, ya? Mungkin cuma para pengawas sahaja yang dibenarkan. Ketika ketibaan tuan pegawai daerah tersebut, beliau diiringi oleh aluan kompang dan bunga manggar seperti selalu. Lazimnya jika ada tetamu kehormat yang bertandang ke SMK Sultan Badlishah pasti sahaja akan disambut dengan mesranya oleh kami, terutamanya bila ketibaan Sultan Kedah persis anugerah cemerlang yang lepas. Tetapi, kelainannnya, sultan akan diberi sambutan yang lebih besar dan gah.

Seperti yang telah saya nyatakan, para pelajar tidak dibenarkan untuk ke dewan tersebut, tetapi saya dengan selambanya telah menjemput diri sendiri ke sana. Untuk apa? Untuk menjaga gerai ibu saya. Memang penat walaupun bukannya saya yang buat kerja tetapi pembantu ibu saya. =) Sebenarnya saya hendak menangkap sedikit gambar untuk trivia kali ini (perasan diri jurufoto) tetapi bateri kamera habis pula. Nak buat macam mana, kan? Terima sahajalah gambar di bawah ini. Hihi.


* Ucapan daripada Pegawai Daerah Kulim, Dato' Haji Mat Noh bin Ahmad.

* Saya dan Nur Khatijah yang (penat) menjaga gerai. Kak Aqilah yang tangkap gambar ni.

Comments