Pages

Sunday, March 20, 2011

Diari#14: Tiada Tajuk


Perhatian : Sila abaikan entry ini.

Mood menulis sudah melarikan dirinya. Otak fikiran kini buntu. Banyak kerja dan masalah bertimbun tetapi itu bukan alasan. Itu namanya cabaran. Tidak mustahil saya boleh siapkan semuanya dalam masa sehari, walaupun peluang cuma 35%. Hei, mustahil untuk pengecutlah! Hihi.

Cuba jadi yang terbaik, tetapi itu masih belum mencukupi. Diri ini masih kerdil. Hamba yang hina. Layaknya duduk di kaunter perpustakaan sahaja. Ya. Saya suka idea itu. Saya bukanlah sesiapa, bukan orang terkenal, bukan orang pandai, bukan orang kenamaan, bukan guru, bukan pengawas sekolah. Saya pemegang amanah. Saya buat apa yang saya suka, dan akhirnya saya akan mati juga. Saya tidak suka merungut tentang kehidupan, apa-apa perkara aneh sering saya abaikan. Hidup ini kadangkala rumit, tapi janganlah merumitkan kehidupan.

Mood menulis tiada, jadi saya copy and paste lirik lagu ini daripada Google sahaja. (Kejam)

Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku dari mu
Kau berdiri teguh

Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu

Lepaskanlah diriku
Kerna aku tak mampu tuk menanggung semua
Cinta sempurna
Darimu...
Darimu...

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirimu
Ku sanjung setiap kata cinta
Kau berikan aku

Hilangkan rasa itu
Akhirkan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu

Lepaskanlah diriku
Kerna aku tak mampu tuk menanggung semua
Cinta sempurna
Darimu...
Darimu...


Perhatian : Hanya perkataan yang digelapkan sahaja yang mempunyai maksud. Yang lain tidak ada ya! Kepada anda yang membaca, yang mengenali diri saya yang kerdil ini, beginilah sekerdil-kerdilnya rasa diri saya apabila berhadapan dengan anda. Saya pelakon di dunia. Pandai sembunyi emosi (pandai ke?) Namun di akhirat saya tak boleh sembunyi apa-apa. Tuhan tahu. DIA tahu. DIA faham. Saya masih ingat lagi kata-kata dia (kawan),

"Nurina, kenapa asyik senyum ja bila dalam situasi hidup dan mati macam ni?"
"Ye ke?"
"Ya la. Nasib baik hampa tak senyum 24 jam. Kami asyik dok tengok hampa senyum bila-bila hampa nak, dapat result teruk pun hampa senyum. Tapi tu yang kami perasan ja la. Dalam hati siapa taw, kan?"

Haish, betulkah saya selalu tersenyum? Rasanya tidak pun. Apa-apa sahajalah. (Kantoi result teruk) Menurut saya, urusan kita dengan manusia, urusan kita dengan manusia. Urusan kita dengan masalah, urusan kita dengan masalah. Untuk menghasilkan sesuatu yang positif, gabungkanlah kedua-dua elemen itu menjadi satu. Untuk menghindari sesuatu yang negatif, pisahkanlah kedua-dua elemen tersebut.

Sudah-sudahlah saya merapu untuk hari ini. Kan dah cakap, abaikan entry ini, degil! Haha.

No comments:

Post a Comment