Pages

Sunday, March 27, 2011

Diari#18: PA Saya yang Baik Hati!

Pagi tadi ada pelancaran SMART di sekolah buat pelajar PMR, SPM dan STPM. Fuh, rasa gementar pun ada dengar nama tiga-tiga peperiksaan itu. Pak Cik Shamsul telah diundang menjadi penceramah jemputan. Haha. Dari sekolah rendah lagi kenal dia. Selalu dijemput beri ceramah. Good work. Thumbs up for him!

Pengisian yang didapati hari ini, ada juga yang menginsafkan. yang mencucuk-cucuk hati juga ada. Sudahlah ada penceramah di hadapan, di sebelah pun ada penceramah tak diundang juga. Ehem. Penceramah itu mestilah rakan baik saya merangkap PA saya. Hurm. Lama jugalah dia berceramah pada saya. Maklumlah, keputusan peperiksaan kali ini merosot. =(

Saya cuma ulangi gaya tabik dan cakap "Ok bos" sahaja. Insya-Allah, saya akan usaha lebih bersungguh-sungguh untuk peperiksaan yang mendatang. Insya-Allah. PA saya kata, sehari saya harus guna komputer satu jam sahaja. Tidak boleh lebih. What?? Hurm. Ok bos! Terpaksalah saya dengar cakap dia. Jadi, mulai hari ini saya kena kurangkan penggunaan internet. Dia suruh saya buat jadual, jadi saya tetapkan buka jam 5.00 hingga 5.30 sahaja. Woh, Bolehkah saya tepati? Hehe. Insya-Allah.

Kemudian, PA saya kata lagi, saya kena banyakkan bertanya dalam pelajaran. Untuk pengetahuan semua, PA saya itu comel, baik hati, pandai dan sangat mengambil berat tentang saya. I love you! Haha. Apa lagi dia kata, ya? Hurm. Banyak lagi sebenarnya. Tapi ... tapi.. jarum jam sudah menunjukkan pukul 5.30. So, i better fly away. See you soon. =)

* Tadi nampak dia dan seorang pelajar perempuan. Satu meja. Hurm. What can I say? Astaghfirullah...



Saturday, March 26, 2011

Motivasi: Jangan Patah Semangat Dalam Penulisan

Saya sering melihat rata-rata penulis atau calon penulis di luar sana yang tidak yakin diri terhadap penulisan masing-masing, ataupun sudah ada karya sendiri tetapi tergendala dan sebagainya. Penulisan saya sendiri juga masih terlalu mentah. Bahkan, saya masih merangkak dalam bidang ini dan perlukan tunjuk ajar daripada kalian.

Namun, hari ini saya juga punya niat murni untuk membantu berkongsi tips walaupun tidak seberapa. Kebanyakan penulis akan mempunyai masalah tergendala dalam penulisan, tidak tahu bagaimana untuk meneruskan. Kemungkinan-kemungkinan yang menyebabkan perihal ini terjadi lazimnya disebabkan oleh takut, cemas, masalah hidup atau apa-apa masalah lain yang membuatkan penulis rasa kecewa dalam penulisan dan tidak punya semangat untuk meneruskannya lagi. Saya sendiri juga pernah rasa ketika sedang dalam proses menulis manuskrip, dan tiba-tiba sahaja komputer saya rosak dan diserang virus. Pendrive juga turut rosak. Namun, alhamdulillah, segalanya telah berjalan dengan lancar walaupun proses menulis semula itu memang sangat mencabar. Berikut saya kongsikan beberapa tips untuk anda.

1. Jangan terlalu memaksa
Kadang-kadang, seorang penulis yang terlalu inginkan kesempurnaan dalam penulisannya hanya akan menemui jalan buntu pada akhirnya. Letakkan diri anda dalam kondisi yang selesa, tenang, dan mulakan penulisan semula. Tulis apa sahaja yang berada di minda anda walaupun hal itu sangat remeh dan langsung tidak berkaitan dengan karya anda. Sesetengah penulis menggunakan cara ini bagi memperkembangkan idea mereka.

2. Banyakkan membaca karya penulis kegemaran
Bacalah karya-karya yang anda gemari, terutamanya daripada penulis yang anda kagumi. Hal ini insya-Allah akan menyebabkan anda rasa lebih bersemangat untuk menulis.

3. Analogi piza
Fikirkan projek anda sebagai piza. Makan sekeping pada satu waktu. Setelah selesai kepingan tersebut, barulah makan kepingan yang lain. Dengan cara ini anda juga akan lebih bersemangat untuk menghabiskan bahagian demi bahagian.

4. Tukar suasana persekitaran
Jika anda menggunakan laptop untuk menulis, anda boleh sahaja membawa laptop ke luar rumah atau tempat lain. Begitu juga jika anda menggunakan pena dan kertas. Tidak mustahil segala kekangan yang dialami akan berkurangan jika anda mengubah suasana penulisan anda. Anda perlulah fokus dan hilangkan sebarang gangguan seperti telefon bimbit.

5. Hapuskan internet (buat sementara sahaja)
Kadeah ini juga merupakan kaedah yang berkesan untuk saya, tidak tahulah untuk anda. Jika anda mempunyai sambungan internet, putuskan sambungan tersebut supaya anda tidak akan terganggu memikirkan tentang Facebook, Twitter atau blog.

6. Hayati lirik lagu
Anda boleh menghayati lirik lagu-lagu kegemaran. Ramai penulis yang dapat ilham mereka daripada lirik lagu sebenarnya. Bahkan, dengan mendengar muzik yang tenang atau nasyid juga mampu mengurangkan sedikit tekanan yang melanda.

7. Tidur
Jika susah-susah sangat, tidurlah dulu. Insya-Allah, ilham itu boleh datang dalam mimpi atau selepas anda tersedar daripada tidur. Hihi.



Menulis bukanlah suatu pekerjaan yang senang, tetapi bukan juga suatu pekerjaan yang sukar. Menulis perlukan semangat dan konsistensi. Jangan sia-siakan anugerah Ilahi yang diberi. Jadi, kepada sesiapa yang berminat dalam bidang penulisan di luar sana, teruskanlah usaha anda dalam bidang penulisan. Saya sentiasa menyokong anda, insya-Allah. Jangan hilang kepercayaan pada diri sendiri. Jika kita tidak mengubah nasib sendiri, siapa lagi yang akan mengubah nasib kita?

Motivasi: Dan Bila Jatuh, Kita Bangkit Kembali

Apa perasaannya bila terjatuh? Setiap orang, saya percaya, pasti akan mengalami kondisi seperti itu. Jatuh yang saya maksudkan di sini bukanlah jatuh ketika berlari atau jatuh atas lantai dan sebagainya. Tetapi jatuh yang sebenarnya jatuh. Terjatuh dalam perjuangan.



Untuk Apa Allah Menjatuhkan Kita?

Apabila terjatuh, kita akan rasa seolah-olah diri begitu terseksa. Ya, mungkin sekali konflik itu pelbagai. Masalah keluarga, masalah rakan-rakan, masalah pekerjaan, masalah persekolahan, masalah rumah tangga dan banyak lagi. Itu pasti suatu yang menyakitkan. Kenapa Allah menjatuhkan kita? Kita jatuh supaya kita boleh belajar untuk bangkit kembali. Biarkan saya memberi satu analogi. Mari saya membawa anda ke sebuah kota yang sering berada dalam keadaan huru-hara, di mana ada seorang superhero yang bertarung menentang ribuan penjahat. Pasti bosan bukan, jika dia selalu menang? Langsung tidak ada cabaran.

Maka, Allah mewujudkan seorang penjahat yang kejam dan ganas sebagai cabaran untuknya. Adakah dia akan kalah? Penjahat itu memang ganas tahap kritikal! Jawapannya, bergantung pada superhero itu sendiri. Dia boleh menggunakan 1001 cara lagi bagi menumpaskan penjahat itu. Sebenarnya, di sebalik setiap masalah itu, Allah sediakan 1001 jalan penyelesaian. Cuma, bezanya, kita nampak ataupun tidak. Sebagai seorang rakyat, pasti kita tidak mahu superhero itu mengalah, bukan? Kita mahukan dia terus bangkit supaya menjadi manfaat kepada orang lain. Superhero itu tidak boleh egois. Jika tidak, ramai rakyat yang akan terkorban. Ini cuma satu analogi.

Sama seperti di dunia nyata. Anda juga mempunyai rakyat anda sendiri. Ibu bapa, keluarga, guru, rakan-rakan ataupun saudara-mara. Mereka menginginkan kejayaan anda. Mereka sayangkan anda, walaupun pada hakikatnya mereka tidak pernah meluahkan kata sayang itu. Sebenarnya, Allah memberikan kita ujian, adalah untuk menguji tahap keimanan kita. Kerana, keimanan itu hanya boleh diuji pada tahap susah.

Ujian Menguji Nilai?

Saya pernah terbaca kata-kata Imam Inu Qayyim al-Jauziyah, ada ujian untuk kesabaran, ada ujian untuk bersyukur, ujian untuk memberi petunjuk, ujian sebagai hukuman, ujian sebagai cubaan, ujian untuk memajukan diri dan ujian supaya mendapat pahala. Siapa yang tidak merasakan ujian atau musibah, maka dia tidak mengetahui tahap nilai dirinya.

Saya selalu berpegang pada kata 'The past will be the past, and the time will remain flies.' Segala dugaan itu, akan berlalu juga. Mungkin akan hilang, tetapi saya percaya, begitu sukar untuk terpadam. Walau apapun, seiring dengan perjalanan masa, insya-Allah anda mampu melupakannya. Jatuh untuk kembali mengumpulkan kekuatan, lalu kembali bangkit dan siap untuk melangkah lagi.

Kutiplah Hikmahnya

Jika kita mahu mengambil makna positif dan mendalam dari “kejatuhan” dalam perjalanan kita meraih kejayaan hidup, sebenarnya “kejatuhan” kita tersebut juga dapat menjadi bukti bahwa Allah menyayangi kita. Jika “kejatuhan” kita kerana kesalahan yang telah kita perbuat, itu merupakan bukti bahawa Allah sedang mengingatkan kita, bahawa Dia ingin kita membentuk peribadi yang lebih baik lagi.

Jika “kejatuhan” kita bukan karena kesalahan yang telah kita perbuat, itu merupakan bukti bahawa Allah sedang menguji kesabaran kita dan Allah menginginkan kita membentuk peribadi yang lebih kuat, kerana mungkin ada rencana besar yang telah disediakan untuk kita.

Justeru itu, sebagai individu muslim, wajib ke atas kita menganggap setiap musibah yang menimpa adalah datangnya dari Allah S.W.T. sebagai memberi peringatan bahawa kepada-Nyalah kita akan kembali, begitulah juga dengan segala apa yang kita miliki. Firman Allah S.W.T di dalam surah al-Baqarah, ayat 156 yang bermaksud,

“(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Mudah-mudahan artikel ringkas daripada manusia yang kerdil ini bisa membantu serba-sedikit. Pesan saya, bila terjatuh, bangkitlah kembali! Setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya. I'll be here for you, insyaAllah. Hurm. Tiba-tiba teringat lagu InsyaAllah - Maher Zain.


Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and that you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can’t see which way to go

Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it’s way too late
You’re so confuse
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Oohh Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one who can show me the way

Show me the way
Show me the way
Show me the way

Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way



Friday, March 25, 2011

Informasi: PBAKL 2011

Pagi tadi saya baru periksa e-mel. Maklumlah, sudah lama e-mel saya itu dibiarkan bersawang. Ada satu kiriman daripada Puan Suriati menjemput ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 yang akan berlangsung pada 22 April - 1 Mei 2011 di PWTC, Kuala Lumpur. Saya akan berada di sana sekitar jam 3.45 sehingga 4.45 petang pada 30 April, insyaAllah. Rancang nak pergi 24 April sebenarnya... (ehem!)

Katanya lagi, "Semoga dengan kehadiran cik untuk mempromosikan buku ini dapat memberi peluang kepada pembaca untuk mengenali penulis novel dengan lebih dekat serta dapat meningkatkan penjualan novel cik."

Hurm. Ini merupakan kali pertama saya akan pergi ke sebuah pesta buku bertaraf antarabangsa, jadi, apa persediaan yang perlu saya buat? Mestilah mempromosikan novel saya yang baru satu itu.. Hurm. Akhi Hilal Asyraf sudah memulakan langkahnya. Jadi, saya juga ingin memohon jasa baik kalian untuk membantu saya dalam mempromosikan novel Single Unavailable saya.

* Mahu membaca sinopsis Single Unavailable? Boleh baca di SINI.
* Mahu menonton video bicara buku saya? Boleh lihat di SINI.
* Mahu mengetahui tentang pelancaran novel ini? Boleh baca di SINI.
* Mengapa harus membeli buku ini? Boleh ketahui di SINI.
* Apa kata mereka? Boleh baca di SINI.

Saya sebenarnya ingin memohon jasa baik anda semua untuk membantu usaha saya ini. Mungkin anda boleh buat ulasan tentang novel Single Unavailable seperti yang telah dilakukan oleh saudari Elliya di laman blognya. (ULASAN) Atau mungkin anda boleh komentar langsung di Facebook saya di SINI. Anda juga boleh menyebarkan mana-mana link di atas. Jasa baik kalian, sesungguhnya hanya Allah yang selayaknya membalas. Mohon disebarkan.

~Allah is always the best~

Diari#17: Entry Balasan Buat Ukhti Rashidah

Hari ini insyaAllah anda akan disemakkan dengan post daripada saya lagi, kerana hari ini saya hendak membalas entry lama yang tak terbalas-balas. MasyaAllah. Entry kali ini juga lebih kepada mempromosikan blog kakak saya (bukan kakak sebenar), Ukhti Nurul Rashidah.

Sebenarnya hajat saya, bila ada suatu tarikh istimewa nanti (hanya dia yang faham) barulah saya hendak buat entry ini. Tapi, disebabkan Ukhti Rashidah sekarang menghadapi kekangan dalam urusan blognya dan cabaran dalam hidup, maka saya cuba untuk membantunya, apa yang termampu. Walaupun rasanya, taklah membantu. Hurm. Dulu dia pernah bertanya tentang cadangan untuk menulis dalam dwibahasa di blognya. Boleh baca di SINI. Saya menjawab, saya akan menyokong apa sahaja yang dilakukannya. (Tak ada jawapan lain la tu) Saya rasa, menggunakan dwibahasa tak salah, kerana, sekarang ini ramai lagi yang menggunakan dwibahasa dalam kehidupan masing-masing. Bahkan, novel saya pun guna dwibahasa juga.

Ukhti Rashidah ini sebenarnya merupakan seorang yang sangat baik, berkaliber, berbakat dan banyak lagi. Ya, saya akui kadang-kadang saya sampai cemburu dengannya kerana dia macam serba boleh. Saya ini? Hurm. Apa pun, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Bersyukurlah dengan kelebihan yang ada. Berbalik kepada cerita, akhirnya, Ukhti Rashidah telah mengambil keputusan yang tepat dan menyiapkan sebuah cerpen bahasa inggeris yang mantap. Saya sendiri tidak mampu menghasilkan cerpen seperti itu. Sila baca di SINI! (Gaya ugut pun ada) Saya rasa, tidak sia-sia kalian semua follow blognya, kerana, setiap cerita yang ditulis di situ, sebenarnya ada hikmah.

Ukhti banyak menegur ana di saat ana leka. Ukhti bagaikan qudwah hasanah ana. Bila ukhti ada masalah, ana jadi gelabah tak tentu pasal. Ana tak tahu bagaimana menyusun kata. Ana bukan pemuisi yang hebat. Apa yang boleh ana cakap, cuma "Sabar ... sabar... dan sabar..." Terasa diri macam tidak berguna. Apa yang boleh ana bantu, cuma mendoakan dia pada penghujung setiap kali solat.

Hidup ini memang penuh dengan dugaan, tapi Allah tak akan datangkan ujian jika Dia tidak mendatangkan hikmah di balik ujian tersebut. Be strong. Ukhti kenal tak gambar di atas tu? Kata-katanya? Walau seremuk mana hati dilukai, bentuklah ia semula dan serahkannya pada yang ilahi. Hurm, ana memang tidak pintar menyusun kata, memang tidak! Cuma, ada sedikit pesan buat ukhti, sebagai renungan. (Kalau tulis panjang-panjang tentang dia nanti dia marah)

Allah knows the best
Then he'll give you the best
All of the things that happens
Will be just memories
Let the past be the past
Let the time remain flies

We live for today
and we aim for tomorrow
Whenever you are scared
You know there's always a hand
By the person that loves you
And me

Hurm. Grammar pun tunggang-langgang, ada hati buat puisi dalam bahasa inggeris! Apa pun, ana cuma mahu anti tahu, ana sayang anti. Uhibbuki fillah. Dan tolong, tolong jangan marah ana tentang entry ni. Hihi. Smile always.



Diari#16: Entry Balasan Buat Ukhti Mutmainnah

Entry kali ini adalah entry khas yang saya tujukan buat Ukhti Mutmainnah. Saya belum pernah lagi berjumpa dengannya di dunia nyata, tetapi berharap sangat, suatu hari nanti, insyaAllah. Macam mana saya boleh kenal dengan Ukhti Mutmainnah? Begini, pada suatu hari tatkala buka blog tiba-tiba saya terbaca suatu komentar daripadanya,

Saya pun langsung menuju ke blognya dan membaca ada kisah hidupnya tentang dunia penulisan, dan juga ada disisipkan serba sedikit tentang saya. Boleh baca di SINI. Saya sebenarnya cukup terharu jika ada sesiapa yang sudi buat entry tentang saya. Sebenarnya saya ini tidaklah layak untuk diberi penghargaan sedemikian rupa.

Hurm. Cuba perhatikan tarikh di bawah komentar tersebut. 16 Mac. Sekarang sudah 25 Mac. Apalah saya ini, mengambil masa yang begitu lama untuk membalas entry ukhti Mutmainnah! Sebenarnya, pada waktu itu memang sibuk dengan aktiviti-aktiviti di sekolah dan tugasan sempena cuti sekolah. (alasan ... ukhti jangan percaya) Dasar pemalas! Hurm, maka hari ini saya usaha juga untuk membalas entry ukhti, walaupun tidak seberapa.

Membaca kisah hidup ukhti, memang membuatkan saya tersenyum. Ya lah, saya yakin, para penulis dan bakal penulis di luar sana juga ada kisah hidup masing-masing bagaimana mereka boleh menceburi bidang penulisan. Saya juga begitu. Saya paling terharu dengan ayat ini.

"Nurina Izzati, you inspire me.
A lot. Big Time."


Saya rasa saya tidaklah begitu layak untuk menjadi inspirasi kepada sesiapa. Saya ini cuma remaja mentah, yang baru sahaja menjejakkan kaki ke dalam dunia penulisan. Bahkan penulisan saya masih, masih mentah.

Walau apapun, saya menyokong 100% karier yang ukhti pilih, untuk menjadi seorang penulis. Menjadi seorang penulis bukan suatu pekerjaan yang mudah, dan bukan juga suatu pekerjaan yang sukar. Meskipun pada dasarnya seorang penulis cuma berjuang dengan mata penanya atau keyboard, tetapi mereka memerlukan penulisan dan hati yang luas. Karya yang ditulis adalah untuk pembaca, bukan untuk penulis sendiri. Jadi, kita kena usaha mempelopori pemikiran masyarakat. Saya juga sedang mengusahakannya.

Menulis adalah suatu pekerjaan yang sangat mulia, ukhti. Apa yang ditulis, adalah sesuatu yang mampu membuatkan masyarakat terhibur atau terkesan. Bergantung pada genre yang dibawa.

Saya juga lebih kurang sama dengan ukhti, dulu selalu jadi top scorer untuk subjek penulisan Bahasa Melayu. (Masuk bakul angkat sendiri) Dan apabila dipuji oleh guru, membuatkan saya rasa semakin bersemangat untuk menulis. Ukhti boleh baca juga bagaimana saya terdorong ke dalam penulisan di SINI. Sekali lagi saya katakan pada diri, dasar pemalas!

Ukhti, Allah trusted you with his gift. So please use it wisely. It is not impossible for you to have your own book before nineteen. I'll give you a hand, anytime, in case you need me.

Saya doakan agar ukhti mampu menjadi seorang penulis yang berjiwa daie kelak. Ukhti boleh add saya di YM, nurina24@ymail.com (dengan tidak malunya) jika ada sebarang pertanyaan. Moga suatu hari nanti, kita akan saling mengenali satu sama lain, saling berkongsi, dan mampu mendekatkan ukhuwah lagi. Ukhuwah dua insan yang berlandaskan redha Ilahi, pasti lebih diberkati, insyaAllah. Sebelum mengakhiri artikel ringkas ini, saya titipkan pesanan khas buat ukhti, sebagai renungan saya juga dan semua.

This life is actually simple,
So don't make it difficult.
If you want to achieve your dreams,
Don't just keep waiting for luck,
But keep trying your best.
Dreams are today's answers to tomorrow questions,
So keep on hoping and trying,
And finally leave it to Allah,
Cause whatever it is,
Allah know the best.


Thursday, March 24, 2011

Motivasi: Kata Ustaz Helmi...

* Gambar curi daripada Facebook ustaz. Handsome tak ustaz ni?


Kata Ustaz Helmi,

"Anak murid ustaz kan dah besar, bila besar akal pun besar, kan?"

Kata Ustaz Helmi,

"Jadi yang terbaik yang pernah ustaz kenal. Ustaz yakin Nurina akan jadi yang luar biasa. Senyum selalu."

Kata Ustaz Helmi,

"Kita kena pasrah kepada yang maha mencipta tika suka dan duka."

Kata Ustaz Helmi,

"Hidup ini memberi seribu alasan untuk tersenyum. Walaupun satu pintu tertutup masih banyak pintu terbuka."

Kata Ustaz Helmi,

"Tak kisah siapa yang mencarai, tapi hargai orang yang memberi."

Dan kata Ustaz Helmi,

"Walaupun jauh dekat di hati."


Cerpen: Hari Esok Tak Siapa Tahu

Semua orang berpusu-pusu memerhatikan keputusan peperiksaan ujian bulanan yang ditampal di papan kenyataan sekolah. Kondisi di situ menjadi sesak. Wina mencari namanya, meskipun sudah mampu mengagak keputusannya. Nombor terakhir dalam tingkatan. Seperti biasa. Dia mengeluh kecil. Peperiksaan kali ini, dia sudah usaha dengan bersungguh-sungguh tetapi tetap sahaja mendapat markah tercorot. Dia bingung. Tak apa, mungkin Allah sengaja mahu menguji.

Wina teringat akan suatu nama yang selalu bergetar di hatinya. Dia memerhatikan senarai itu bermula daripada tempat pertama. Muhammad Syazwan bin Ahmad. Dia tersenyum kecil, gembira disaluti kecewa. Gembira kerana kejayaan lelaki itu, kesal atas keputusannya sendiri.

“Wei, Syazwan datanglah!” Amira menepuk bahu Wina lembut sejurus sahaja melihat ketibaan Syazwan yang kelihatannya mahu melihat keputusan peperiksaannya. Wina memerhatikan figura itu, tetapi semakin lama dia cuba, semakin hilang wajah tersebut akibat dikerumuni para pelajar yang ingin mengucapkan tahniah. Tidak hairanlah Syazwan mempunyai ramai peminat. Dia sudah boleh dikategorikan sebagai pelajar paling terkenal di sekolah menengah tersebut. Wina kemudiannya perlahan-lahan berlalu pergi. Syazwan ditenggelami kebanjiran peminat, dia ditenggelami kebanjiran kesepian. Dia seolah-olah hilang dari kewujudan tatkala lelaki itu tiba.

“Wan! Tahniah! Kau ni, markah peperiksaan selalu Sembilan puluh ke atas. Kau memang hebatlah,” Asyraf menyinggung lengan Syazwan yang sibuk memerhatikan keputusannya.

“Hurm, tak adalah. Biasa-biasa sahaja,” Syazwan merendah diri.

“Eleh, merendah diri pula! Kau tu dahlah tinggi, tak perlu nak merendah-rendahkan diri tu lagi,” Asyraf bercanda.

“Aku berjaya pun sebab ada orang yang selalu bantu. Peransang semangat aku untuk berjaya. Juga dengan usaha, ikhtiar, doa dan tawakkal pada Allah.”

“Eh! Dia dapat nombor berapa dalam tingkatan, ya?”

Syazwan menatap sebuah nama yang tertera pada akhir senarai itu.

***

“Abang tak akan tinggalkan Wina. Abang akan bantu Wina. Selama ini pun, Wina banyak bantu abang.”

“Abang, terima sahajalah tawaran pindah sekolah tu. Biarkan Wina di sini. Wina tahu jaga diri,” Wina menyeka air matanya yang entah mengapa mengalir.

“Hurm. Wina tak sayang abang?”

“Apa abang cakap ni? Abang, kalau abang pergi, masa depan abang akan lebih terjamin, tak perlu susah-susah fikir tentang Wina. You deserve a better place.”

Syazwan menyepak batu kecil di hadapannya ke dalam sungai. Kawasan padang sekolah mereka terletak berhampiran sebatang sungai yang sering menjadi tempat kanak-kanak mandi-manda. Tetapi, semenjak suatu kes lemas yang pernah gempar di situ suatu ketika dahulu, ibu bapa jadi lebih mengawasi anak-anak. Guru di sekolah itu juga tidak menggalakkan para pelajar ke sana. Tetapi, entah mengapa, di situlah tempat yang menjadi kesukaan Wina dan Syazwan. Syazwan mula terkenang kembali peristiwa dahulu sekitar empat tahun yang lepas.

Waktu itu dia baru tingkatan satu. Dia mengajak Wina berehat di bawah pohon yang rendang. Wina mengeluarkan buku catatan miliknya dan mula menulis sesuatu.

“Wina tulis apa?”

“Adalah. Rahsia.”

“Dengan abang pun nak berahsia,” Syazwan buat muka merajuk. Wina akhirnya mengalah dan menunjukkan puisi ciptaannya kepada Syazwan.

Kupandang langit yang menampilkan kebiruan

Udara bertiup seharum kasturi

Burung-burung berdansa ria

Pohon turut melambai mesra

Seolah cuba menyampaikan khabar bahagia


Kupandang dirimu yang menampilkan cahaya

Kau tersenyum indah pesona

Kini kutahu apa yang terjadi

Hakikatnya

Kubahagia bersama kau di sisi


Duhai pemuda jaguhan

Biarlah puisi ini

Menceritakan kekagumanku padamu

Kau tak peduli apa orang kata

Yang penting kau tetap berdiri teguh

Mengajar aku erti sebuah keinsafan

Mencari erti kehidupan hakiki

Mengenal yang lebih layak dipuja

Yang lebih layak disanjung

Tuhan Rabbul Alamin…


“Hurm. Pandai Wina buat puisi. Apa tajuk puisi ni?”

“Haruman Kasturi. Wina buat special untuk abang.”

“He’eleh. Tu maksud nama abang. Hurm, abang tak pernah tengok pun Wina buat puisi sebelum ni?”

“Wina takut. Wina tak pandai. Ni kali pertama Wina buat puisi.”

“Wina, dalam kehidupan ni kita jangan takut. We have to be strong. Belum cuba belum tahu!”

“Abang … banyak ingatkan Wina tentang arwah ayah,” Wina membaringkan kepalanya di bahu Syazwan. “Sifat abang, cara bercakap, dan semuanyalah. Kesian Wina, kena tinggal sendirian dengan ibu di rumah.”

“Kesian Wina tak ada adik-beradik yang lain …” tiba-tiba perbualan mereka terhenti tatkala seorang pelajar tingkatan dua menjerit memanggil nama Wina dari belakang.

“Wina!” Pelajar lelaki itu membentak. “Patutlah kau tolak jadi kekasih aku, rupa-rupanya sibuk bercinta dengan orang lain.” Syazwan memerhatikan figura itu.

Seorang pelajar berambut cacak, tali leher pendek dan seluar ketat di bawah. Amin namanya. Dia tahu, Amin sudah lama tergila-gilakan Wina tetapi nampaknya dia hanya bertepuk sebelah tangan.

“Amin, dah sah-sah Wina tak suka pada kau. Untuk apa mengharap pada yang tidak sudi?” Syazwan menyindir. Geram akan kelakuan budak itu.

“Kurang ajar. Usia baru setahun jagung sudah berlagak matang, ya?” Amin membalas. Padahal mereka cuma beza usia setahun. Amin cuba menarik tangan Wina untuk membawanya pergi dari situ. melihatkan perlakuan itu, Syazwan segera menepis tangan Amin. Akibatnya, sebuah pergaduhan terjadi dan ketiga-tiga mereka dibawa menghadap ke bilik guru.

“ABANG!” Wina meninggikan suaranya sekaligus membunuh lamunan Syazwan. Di situlah tempat Wina pertama kali mengarang puisi dan di situ jugalah tempat pergaduhannya dengan Amin. Tetapi itu semua kisah lama. Empat tahun yang lepas.

“Abang dengar tak Wina cakap ni?”

“Huh? Maaf. Apa Wina cakap?”

“Abang ni memanglah. Teringatkan kekasih hatilah tu!”

“Abang mana ada kekasih hati lain. Winalah kekasih hati abang. Hahaha.”

“Apa-apa sajalah. Wina ingat … nak ajak abang ziarah kubur arwah ayah hujung minggu ini. Abang balik asrama kan?”

“Ya. Abang …” tiba-tiba perbualan mereka sekali lagi terhenti. Adakah peristiwa empat tahun dahulu bakal berulang lagi? Syazwan dan Wina sama-sama menoleh ke belakang. Seorang pengawas sedang menunjuk ke arah mereka berdua. Guru disiplin sekolah sudah berdiri teguh di sebelahnya.

“Muhammad Syazwan. Apa kamu buat ni? Kamu tahu tak, berdua-duaan dengan perempuan yang bukan mahram tu melanggar peraturan sekolah? Bahkan, lebih dahsyat melanggar hukum islam!” Ustaz Azhar meninggikan suaranya. Kaca mata berbingkai hitamnya dibetulkan.

“Ustaz …”

“Kamu itu harapan asrama. Harapan sekolah. Ustaz tak sangka kamu akan kecewakan ustaz dan yang lain-lain.”

“Ustaz, sebenarnya … saya dan dia ni kembar. Kembar tak seiras,” Syazwan akhirnya menjelaskan sebelum dia diserang dengan peluru-peluru Ustaz Azhar. Ustaz itu mengerutkan keningnya dan hamper membuatkan kedua-duanya bercantum.

“Kembar?!”

Syazwan mengeluarkan kad pengenalan dirinya, diikuti Wina. Ustaz Azhar mengambil kad pengenalan mereka dan membuat penelitian.

MUHAMMAD SYAZWAN BIN AHMAD dan NURUL SYAZWINA BINTI AHMAD.

“Err, maafkan ustaz. Ustaz tak tahulah pula ada kembar di sekolah kita ini,” Ustaz Azhar tersengih selamba. Pengawas yang memanggil guru disiplin itu juga turut memohon maaf atas kesalah fahaman yang terjadi.

“Tak apa ustaz. Memang kami tak suka cerita pada orang. Wina tak nak. Dia segan,” Syazwan menjeling Wina sekilas. Wina mencebik bibir. Mereka memang akrab sejak kecil lagi, bagai isi dan kuku. Selalunya, jika salah satu jatuh sakit, yang satu lagi turut akan jatuh sakit dan begitulah sebaliknya. Mereka mempunyai aura yang kuat dalam hubungan mereka. Jarak kelahiran antara kedua-duanya cuma empat minit setengah sahaja.

“Oh, begitu. Err, apa kamu berdua buat di sini?”

Wina menjawab pertanyaan itu dengan nada yang berbaur sedih, “Abang Syazwan dapat tawaran pindah ke sekolah lain. Saya suruh abang pindah, tapi dia degil juga.”

“Ya lah ustaz. Wina ni, satu-satunya adik saya. Dia mana ada adik-beradik lain selain saya. Kalau duduk di sini, seminggu sekali boleh balik rumah dan jenguk dia. Kalau pindah, sebulan sekali pun belum tentu boleh balik,” Syazwan menyatakan alasannya.

“Syazwan,” Ustaz Azhar menepuk bahunya. “Buat pilihan yang tepat untuk diri. The future is in your hands.”

“Ustaz, saya rasa saya tahu apa nak buat. Kasih sayang saya pada ibu dan Wina, akan saya utamakan.” Syazwan tersenyum sambil memandang adik kembarnya itu."Abang akan pastikan lepas ni, Wina dapat nombor dua dalam tingkatan."

"Nombor dua? Kenapa tak nombor satu?"

"Oh, nombor satu mana boleh! Abang dah tempah!" Dan mereka pun tersenyum.

~Allah knows the best~

Wednesday, March 23, 2011

Diari#15: For You

Hurm. I kinda like your smile since i noticed it. Your eyes are the sweetest star i've ever seen. Sometimes i saw you, but you kinda afraid to speak with me. I just don't know why. Actually i have started noticing you for a long time. But at that moment, i was just an ordinary person, and nobody knew me, including you. But finally i showed up, and you finally noticed me. You care for me. But suddenly you were gone. Just like the wind blew.

Everyday i'll be watching you, from here. My dear, i love your sweetness. I love everything about you. But i think you don't deserve me, as a friend. You are cool, i am not. You are great, i am a loser. Please forget everything about me, as if, i was never exists. The past will remain the past, and the time will remain flies.

You are gone, and i am alone. You are happy, and i am sad. I just kept wondering, how could you did this to me? But anyway, i will still be here for you, standing still. Just in case you wanna come back. Without your soul my spirit is sleeping somewhere cold until you find it there and lead it back home. Hurm. The sun wouldn't be red, the sea wouldn't be blue, and the stars wouldn't be bright. Same as i wouldn't be happy without you.

You wanna know something? Today i caught myself smiling for no reason. .. then i realized i was thinking about you. Although you had left me, but still, you are cute and i love it!

Dedicated to my dear, a person who used to make me smile. I was hoping you to read this, but it is totally impossible. I am an ordinary person, who am i to you? Hurm.




One day, i'll make this for you, insyaAllah. Only if you are there.

This song is for you. The Smile On Your Face by Alison Krauss.


It's amazing how you can speak right to my heart
Without saying a word you can light up the dark
Try as I may I could never explain
What I hear when you don't say a thing

The smile on your face
Lets me know that you need me
There's a truth in your eyes
Saying you'll never leave me
The touch of your hand
Says you'll catch me if ever I fall
You say it best
When you say nothing at all

All day long I can hear people talking aloud
But when you hold me near
you drown out the crowd
Old Mr. Webster could never define
What's being said between your heart and mine

The smile on your face
Lets me know that you need me

There's a truth in your eyes
Saying you'll never leave me
The touch of your hand
Says you'll catch me if ever I fall
You say it best
When you say nothing at all

The smile on your face
Lets me know that you need me
There's a truth in your eyes
Saying you'll never leave me
The touch of your hand
Says you'll catch me if ever I fall
You say it best
When you say nothing at all



Muhasabah: Andai Saya Yang Kena

Tadi ingat hendak siapkan sebuah cerpen. Dah sampai separuh lupa hendak save dan akhirnya entah mengapa MS Word tertutup sendiri. Tidak mengapalah. InsyaAllah cerpen tersebut akan disambung kemudian. Dugaan, dugaan ... Kadang-kadang hal-hal begini boleh mematahkan semangat saya, tetapi sebenarnya setiap perkara yang terjadi itu ada hikmahnya. Mungkin Allah mahu saya perbaiki cerpen saya yang langsung tidak bagus itu sebab itu cerpen saya hilang tiba-tiba.

Saya sudah berazam untuk meng-update blog setiap hari, tidak kiralah apa pun asalkan update. Maka saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi cerita hari ini. Saya anggap sebagai muhasabah untuk diri.

Tadi, sewaktu kelas Bahasa Inggeris, Puan Zuriati ada menunjukkan video-video bencana alam seperti gunung berapi dan terbaru sekali, tsunami di Jepun. Masya-Allah. Saya tidak boleh membayangkan andai saya berada di tempat gunung berapi tersebut meletus, hurm, sungguh dahsyat. Bayangkan lavanya yang panas, sedikit sahaja terkena mungkin sudah hancur tubuh kita. Itu baru bahang dunia, bagaimana pula di neraka sana?




Kondisi di Jepun juga dahsyat, ramai rakyat yang telah terkorban. Tetapi, semua peristiwa ini ada hikmahnya. Hari Ahad yang lepas Puan Hajjah Azizah ada menceritakan tentang kelalaian manusia. Saya cuba buat konklusi. Ramai yang suka menonton Power Rangers atau Doraemon. Seolah-olah watak ciptaan dalam siaran tersebut adalah hero penyelamat kita. Bila bencana begini berlaku, mana Power Rangers yang gagah menyelamatkan manusia daripada huru-hara? Mana Doraemon yang boleh menggunakan pelbagai alatan untuk membantu mangsa tsunami? Saya memang tidak berapa suka menonton kartun, tetapi saya juga ikut terfikir. Dalam keadaan musibah begini, cuma Allah yang boleh membantu. Don't ever challenge God's abilities.

Sedang cuba untuk merenung dan bermuhasabah ...


Tuesday, March 22, 2011

Puisi: A Mirror

Stop! Saya tahu saya tidak pintar berbahas inggeris berbanding anda, tetapi saya cuba. Tolong jangan anggap saya perosak bahasa inggeris, ya? Haha.

I still remember living in a
world full of joy and happiness
with lot of friends around
i kept looking in the mirror
and i saw myself
i'm smiling, smiling in pain.

I was so blind that it hurts like a knife
i keep searching for true friends
and finally i got nothing
he'd left me alone
dark in sorrow
all alone

Finally, i found you
you will always be aside
you wipe my tears
you lend me your shoulder
a place for me to cry
and then i finally realized
the meaning of true friendship

A friend is like a mirror
when you look inside him
you will saw yourself
full of tears and joy


Please don't leave me alone. I love you, really. Really. This poem is dedicated to a person. Someone. Very special. She taught me a lot. Uhibbuki fillah.

Islam: Bertolak-tolak Menjadi Imam

"Kau jadilah imam."
"Aku tak kuat lagi agama. Kau lah jadi imam."

"Aku tak pandai baca doa. Kau lah jadi imam."

Maka saya berjalan menuju ke tengah dan menjadi imam setelah hampir berbelas minit mereka bertolakan untuk menjadi imam. Cuma ada kami bertiga sahaja di situ, tidak ada jemaah lain di surau. Saya bertegas untuk solat berjemaah walaupun mereka mahu solat bersendirian. Saya menyuruh mereka menunaikan solat berjemaah dahulu tanpa menunggu saya kerana saya sedang memakai telekung. Amal yang baik untuk apa dilambat-lambatkan. Akhirnya, saya jadi imam muda di situ ya. Usai solat, saya ada menegur, jangan gunakan alasan tidak reti berdoa. Doa ringkas juga tidak mengapa, asalkan ikhlas.

Saya kecewa, mereka menganggap diri mereka itu masih kurang dalam pengetahuan agama, masih tidak layak menjadi imam. Saya pertegaskan di sini, setiap umat islam yang Allah ciptakan di muka bumi ini dilahirkan adalah untuk menjadi khalifah, tidak ada yang dilahirkan untuk menjadi pak turut dan sebagainya. Sepatutnya, pada usia seperti saya ini setiap orang sudah mampu untuk menjadi imam solat. Siapa kata kaum hawa tidak perlu belajar asas menjadi imam? Justeru, andai suatu hari nanti semua kaum adam pergi berperang dan berjihad di jalan Allah, siapa yang mahu mengimamkan jemaah wanita?

Walau apapun, perbezaan jantina bukanlah bererti rendah martabat di sisi Islam. Berasingan saf bukan bermakna perempuan terkebelakang. Saya yakin, bagi para muslim di luar sana, tugas menjadi imam bukanlah suatu pekerjaan yang sukar, dan bukan juga suatu pekerjaan yang senang. Jika kaum hawa tahu beratnya memikul amanah sebagai imam, pastinya mereka bertolak-tolak supaya makmum lain ke depan. Andai mereka tahu imam bukan sekadar seseorang yang perlu mempunyai ilmu sepertiga dunia ini, pastinya merendah diri dengan penuh malu di sisi Allah SWT. Ketahuilah betapa sukarnya imam hendak khusyuk walau sudah separuh abad mendirikan solat, inikan pula hendak memastikan semua makmum suka dengan imamnya.

Namun, persoalan saya bukanlah tentang jemaah lelaki atau perempuan, tetapi kesanggupan seseorang itu untuk menjadi imam. Saya pernah terbaca suatu artikel yang mengatakan, antara tanda-tanda kecil kiamat adalah, orang yang hendak solat jemaah bertolak-tolak sesama mereka untuk menjadi imam. KALAU SEMUA RASA TIDAK LAYAK, SIAPA YANG LAYAK?

Sampai bila kita tidak mahu menjadi imam? Sampai bila kita tidak mahu berusaha untuk mempunyai ciri-ciri menjadi imam? Sampai bila hendak tunggu, untuk memperbaiki diri kita, supaya benar-benar layak menjadi imam? Sampai dijemput oleh malaikat maut, baru ada kesedaran?

Kita selalu menilai solat orang lain, melihat dia khusyuk atau tidak dan sebagainya. Kenapa tidak menilai solat sendiri. Apakah kita boleh menilai solat orang lain? Boleh. Jika tidak boleh macam mana kita hendak menilai orang yang layak menjadi imam kita. Semestinyalah orang dilihat sebagai melaksanakan solat dengan dengan terbaik akan dipilih menjadi imam. Kalau kita rasa solat kita adalah lebih baik, maka menjadi tanggungjawab kita pula untuk menjadi imam solat. Usah bertolak-tolak kerana perbuatan itu tidak bertanggungjawab.

Saya suka menjadi imam kepada adik-adik, dan suka menjadi makmum kepada kakak-kakak. Apabila menjadi seorang imam, barulah terasa seolah diri ini berguna. Apabila tiada jemaah muslim dan kakak-kakak ada, saya suka menjadi makmum kerana saya ini sebenarnya masih mentah berbanding mereka. Paling tidak, saya tahu posisi saya di mana. Saya juga masih lemah, dan perlukan bimbingan dan didikan tarbiah serta dakwah daripada semua terutamanya daripada kalangan senior (orang yang lebih tua). Nasihat saya kepada semua, janganlah bertolak-tolak menjadi imam. Jadilah seorang pemimpin. Dan paling penting, pimpinlah adik-adik anda yang mentah seperti saya ini.

Akhir sekali, sebelum mengakhiri penulisan ringkas daripada manusia yang kerdil ini, saya ingin memohon jutaan maaf andai artikel ini ada menyakiti mana-mana pihak. Saya tidak rasa diri saya ini bagus, saya masih mentah, jadi mohon teguran andai ada cacat-cela di mana-mana.


* Siapa pimpin siapa? Mana kaum muslimin yang lain? Semua tak layak jadi imam? Tepuk dada tanya iman.

Puisi: Gersang Aku Tanpa Dirimu

Aku cuma manusia khilaf
Berkelana mengelilingi lingkaran cabaran
Mungkin kau berencana pergi
Seperti roh manusia
Hilangnya tinggal berjasad
Tinggal kenangan

Kau persiapkan kudamu
Dan kau pergi
Tinggalkan aku di sini
Sendirian
Aku tidak memahami
Apakah ini ertinya sebuah kehilangan?

Saat itu aku rebah, aku juga turut pergi
Kecewa dalam keputusanmu
Aku mendapati sebuah kehilangan
Kau mungkin mendapati kemenangan
Tanpa aku

Dunia berputar
Saling mengisi
Yang satu melengkapi yang lain
Tanpa yang satu
Tidak mungkin ada yang lain
Gersang bumi tanpa hujan
Gersang aku tanpa dirimu
Di manakah engkau?

Tuhanku
Tatkala hati menangis
Hanya Engkau yang tahu
Hanya Engkau yang memahami
Aku cuba mengukir senyuman kebahagiaan
Namun aku tidak mampu berdusta

Tatkala dia meninggalkan aku sendiri
Tatkala dunia terasa menyeksa diri
Kau sanggup mendengar rintihanku
Kau sanggup menerima kasihku
Kau beri aku kesabaran
Kau beri aku pengajaran
Yang sangat memaknakan kehidupan

Monday, March 21, 2011

Motivasi: Bagaimana Mahu Istiqamah?

Maaf ya semua. Andai diri ini khilaf adanya. Maaf. Semalam mood menulis tiada. Ada sesuatu sudah hilang.
Baiklah. Hari ini ada sedikit perkongsian tentang istiqamah kerana terdapat pertanyaan daripada seorang pembaca blog. Apa itu istiqamah? Bagaimana mahu istiqamah? Istiqamah itu ertinya berdiri teguh ataupun tetap pendirian sepanjang masa atas dasar kebenaran dan petunjuk tanpa ragu-ragu. Ramai yang berkata, istiqamah itu sangat sukar diperoleh. Mungkin. Tetapi tidak mustahil.
Keimanan dan ketakwaan yang teguh kepada Allah merupakan kunci utama istiqamah. Ramai yang menghadapi kesukaran dalam proses istiqamah. Sebagai contoh mudah untuk menyuruh bersabar tetapi sukar untuk bersabar. Mudah untuk memohon maaf tetapi sukar untuk memaafkan.
Bagi mengatasi semua ini, pada pendapat saya yang pertamanya seseorang itu mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang mantap. Mampu menguasai dengan baik dan memanfaatkan ilmu tersebut. Ilmu itu perlulah kuat kerana ilmu merupakan perkara utama dalam menjana rasa istiqamah. Seandainya seseorang itu cetek dengan ilmu, terutamanya ilmu agama, dia tidak akan mampu faham erti konsistensi dan kehidupan. Antara tanggungjawab seorang yang berilmu adalah menyampaikan ilmunya juga dengan istiqamah, tidak kira di mana berada dan dengan apa jua cara. Seseorang yang boleh berdakwah dengan berkata-kata, maka perlulah selalu kekal dalam berdakwah dengan kata-katanya yang berhikmah dan mengajak kepada kebaikan. Sesorang yang boleh menulis, maka jadikanlah mata penanya (atau keyboardnya) sebagai wasilah dakwahnya. Begitu jua berdakwah dengan akhlak yang semestinya kekal sentiasa dilakukan tak kira apa situasi kita.


Sahabat juga merupakan asas yang penting bagi memperoleh istiqamah kerana sahabat adalah cerminan kepada diri kita. Kita diseru mendekatkan diri kepada sahabat yang tinggi agama dan ilmu pengetahuannya. Sejujurnya saya bersyukur kerana Allah menghadiahkan saya sahabat-sahabat yang hebat. Selalu menegur bila kita salah. Ertinya sahabat akan memperingatkan kita dan mungkin kita akan bertanya pada diri, “Di mana prinsip aku?”
Untuk terhasilnya istiqamah juga seseorang itu mestilah berpegang-teguh dengan kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya. Dua sumber inilah yang berupaya mengikat manusia agar sentiasa berada di atas Islam iaitu jalan tauhid dan ketaaatan kepada Allah. Selagi manusia berpegang teguh dengan al-Quran dan juga sunnah Nabi, selagi itulah mereka dijamin oleh Rasulullah s.a.w. akan bebas dari penyelewengan dan kesesatan sebagaimana sabdanya; “Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku telah tinggalkan untuk kamu sekelian satu peninggalan yang selagi kamu berpegang-teguh dengannya maka selagi itulah kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu; Kitab Allah dan Sunnah NabiNya”. (Hadis riwayat Imam al-Hakim dari Ibnu ‘Abbas)
Sunnah Nabi mestilah diterapkan dalam kehidupan seharian. Al-Quran pula jangan ditinggalkan. InsyaAllah, jika kiranya setiap hari kita mampu membaca meskipun satu baris al-Quran, ertinya kita ada usaha untuk istiqamah. Percayalah, Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Saya juga mencadangkan, mungkin anda boleh menulis matlamat yang hendak dicapai kemudian lekatkan di mana-mana supaya saban hari, anda tahu apa tujuan anda terus istiqamah dan berjuang. Paling tidak, anda akan rasa bermotivasi. InsyaAllah. Perbanyakkan juga menteladani sirah-sirah terdahulu. Saya selalu bertanya kepada diri. Sekiranya mereka dapat melakukannya mengapa saya tidak? Mereka juga asalnya manusia biasa seperti kita. Istiqamah mereka yang telah membentuk mereka menjadi luar biasa. Ah, diri ini, masih kerdil-sekerdilnya. Juga, jika mahu istiqamah, selalulah ingat tentang ganjaran pahala dan syurga yang bakal disediakan. Mungkin ini juga dapat membantu anda untuk terus beristiqamah.
Pesan saya, janganlah memberatkan diri sendiri dengan apa yang tidak mampu. Jadi diri sendiri, jangan berpura-pura menjadi orang lain. Jika diri kita masih banyak salah, ubahlah ke arah yang lebih baik. Kuncinya, istiqamah. Mudah-mudahan artikel ringkas ini mampu membantu sedikit-sebanyak, walaupun saya ini masih hamba-Nya yang sangat kerdil dan mentah, tetapi itu telah menjadi kewajipan kita untuk terus menyebarkan kefahaman islam yang tulin. Saya tidak mengatakan saya ini bagus, jauh sekali. Maka saya berharap andai ada kekurangan tegurlah kerana sebagai saudara seislam tugas kita adalah untuk saling memberi peringatan dan mengajak ke arah kesabaran.