Diari#10: Saya Sudah Ada Kekasih!

Kita doakan rakyat Malaysia di Mesir sana selamat ya, semua? Mereka juga saudara kita, kadang-kadang saya rasa tidak senang orang lain susah, saya bersenang-senang sahaja di sini. Apa pun, atas 'desakan' seorang sahabat dengan paksa relanya saya menggagahkan jua untuk menulis entry kali ini.

Melihat pada tajuk sahaja pasti sudah ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang cuba saya sampaikan. Rata-rata remaja zaman sekarang ini perlukan seseorang untuk memberi dorongan dan sebagai tempat luahan perasaan, atau lebih jelas lagi kekasih. Di sini saya ingin menjawab beberapa persoalan teman-teman cinta, suka dan kekasih. Harap anda berpuas hati, ya?

1. Watak Latif Marwan dalam novel ada kena-mengena dengan sesiapa?

Ini merupakan soalan sindiran + gurauan sebenarnya. Saya juga tersenyum tika teman saya itu mengajukan persoalan tersebut kepada saya. Sebenarnya, semua watak-watak dalam novel Single Unavailable adalah khayalan penulis semata, tidak ada kena-mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Misalnya, watak Taqiah (watak utama) saya wujudkan sebagai seorang yang lemah lembut, baik hati tetapi tetap tegas dalam menjalankan amanah yang dipukul. Saya mengharapkan agar semua pembaca, terutama saya sendiri istiqamah dalam menjalankan taanggungjawab serta amanah yang telah diberikan kepada kita. Watak Latif Marwan pula adalah watak nakal pada awalnya, yang saya wujudkan kerana saya berpendapat bahawa bukan semua manusia itu sempurna, dan tidak semestinya watak utama yang diberikan itu baik-baik belaka. Sekali lagi saya tegaskan, semuanya adalah imaginasi saya semata.

2. Nurina pernah bercinta?
Soalan cepumas. Biar saya berterus-terang, saya tidak pernah bercinta! Memang jika dilihat ramai yang sudah ada kekasih, tetapi itu tidak bermakna bahawa kita juga perlu menjadi sebahagian daripadanya. Biarlah kita dikatakan ketinggalan zaman atau sebagainya, yang penting saya menganggap diri saya, suci dalam debu. =)

3. Siapa boyfriend @ kekasih Nurina?
Saya nyatakan di sini, saya tidak pernah ada boyfriend, tetapi saya sudah ada kekasih. Kekasih agung saya Rabbul Alamin dan Rasulullah SAW. Saya mencintai mereka, dan tidak mungkin membazirkan usia remaja saya dengan mencintai orang lain sebelum belajar mencintai yang layak dicintai. InsyaAllah. Doakan saya.

Persoalan anda sudah saya jawab. Konklusinya, saya sudah ada kekasih iaitu Allah dan Rasulullah. Jangan soal lagi, ya? Haha.

Wahai pemuda-pemudi di luar sana, saya titipkan anda dengan Single Unavailable supaya anda dapat berjalan di atas jalan yang lurus, anda mampu mengubah semuanya sebelum terlambat. Inilah wasiat saya untuk anda bagi menjadi bekalan saya di akhirat.

Comments

  1. http://nyonyasabah.blogspot.com

    susahnya nak letak bekas jejak kat sini dik...

    ReplyDelete
  2. mantap2 :)

    I see a trouble when got couple. Instead it is haram, it'll trouble much:)

    ReplyDelete
  3. Tahniah atas kelahiran Im Single Unavailable dan teruskan berkarya.

    ReplyDelete
  4. @zara aluwi
    terima kasih.
    sangat hargai.
    insyaAllah, doakan saya terus istiqamah.
    =)

    ReplyDelete

Post a Comment