Puisi: Dia Satu Dalam Seribu

Saya sebenarnya sudah tidur tadi, namun dikejutkan dengan satu mesej daripada teman saya,

“Salam. Bila ana trngtkn ckp nti td. Ana rsa na minx maap bbnyk ats sgla slh clap ana kt nti. Mgkn ad kslhn yg ana xsdr atwpun nti xtw. Ana mohon nti maafkn smuany.”

Saya terharu. Saya terus bangun dan menghasilkan entry ini. Sebenarnya tadi saya ada bicara dengannya tentang kematian. Saya ucapkan salam malam terakhir. Kita tidak boleh menduga bila kita akan meninggalkan dunia yang fana ini, bukan? Sahabat saya ini memang saya kagumi dari sekolah rendah, tanpa dia sedari kerana kecemerlangannya dalam pelajaran. Cuma saya jadi kaku bila berbicara dengannya, kerana saya bukanlah seorang manusia yang petah berkata-kata. Cukuplah saya ingin menujukan sebuah puisi sepanjang perkenalan dengannya, dan hasrat saya yang besar untuk sentiasa mendukungnya.

Mungkin jika dilihat gadis ini

Dia cuma manusia biasa

Yang penuh alpa penuh dosa

Kerana itu hakikat manusia

Hati mula bergetar

Semenjak mendapat ketukannya

Ketukan tarbiah dan dakwah

Yang bermula di Kulim

Hakikat itu ada pada semua

Termasuk aku

Yang tahu cuma Tuhan yang Satu

Kulihat dari sinar matanya jelas

Hatinya sedang meronta-ronta

Memohon cinta Rabb

Persis aku

Namun yang membezakan

Pengakhirannya …

Dia tabah, dia kuat

Aku tahu itu

Meski dia misteri

Aku sangat ingin menyelami isi hati

Ukhuwah fillah cuba kuterapkan

Namun aku manusia hina

Tidak pintar bermadah

Tidak pintar berkata-kata

Aku dan dia, jauh berbeza

Tatkala niat menguasai diri

Hati melonjak gira

Diberi kesempatan oleh Ilah

Untuk mengenalnya

Aku mahu dia berjaya

Sungguh aku ingin dia bahagia

Aku jatuh cinta pada hatinya

Aku usaha mendorongnya

Namun aku manusia biasa

Dia istimewa

Dia satu dalam seribu

*Ana uhibbuki fillah. Ana sayang enti.

Comments

Post a Comment