Pages

Sunday, November 28, 2010

Sinopsis Single Unavailable

Single Unavailable merupakan novel sulung saya, yang telah terbit pada Disember 2010, ketika saya berusia 14 tahun. Novel ini merupakan novel tarbiah remaja, terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd. Harganya RM 14 sahaja dan boleh didapati di Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda, insya-Allah.

Novel ini mengetengahkan tema tarbiah remaja iaitu tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan mendidik remaja terutamanya melalui aspek tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

Novel ini mengisarkan Taqiah seorang gadis lembut sebagai watak protagonis. Dia dibesarkan oleh keluarga yang kekurangan serta merupakan seorang ketua pelajar di sekolahnya. Dia seorang yang gigih menuntut ilmu dan terbukti apabila sentiasa mendapat kecemerlangan dalam pelajaran. Selain itu, dia memiliki sifat mulia seperti penyayang, bertanggungjawab, taat pada perintah agama, cekal hati, pemaaf dan teguh jati diri. Taqiah bersabar menerima ujian hidup tatkala adik yang dicintai menghidap penyakit kritikal. Tidak hanya dengan itu, ayahnya pula terlibat dalam suatu kemalangan yang meletakkan kondisi beliau  terancam antara hidup dan mati.

Pada pendapat saya, Taqiah mempunyai kesungguhan dalam menjalankan tanggungjawab misalnya dia mampu menjadi seorang ketua pelajar yang tegas dan sanggup menegur rakan-rakannya sendiri, walaupun pada azalinya beliau merupakan seorang yang lemah lembut.

Penceritaan novel ini mula berkembang apabila watak Latif Marwan, seorang pelajar baru di sekolah muncul dalam kehidupannya. Jejaka ini cuba mendapatkan perhatian Taqiah namun tidak diendahkan. Dia diberi watak yang agak tercicir dalam pelajaran tetapi demi membanggakan kedua orang tuanya dan Taqiah dia sanggup mengenepikan keegoan dan jiwa remajanya yang membuak-buak.

Saya menjadikan cerita ini semakin rumit dan kompleks apabila Marwan disaingi oleh abang kandung dan rakan karibnya sendiri. Rifqi, iaitu abangnya sangat menyukai Taqiah dan sanggup mengkhianati Marwan demi mendapatkan gadis yang disukai.

Peleraiannya, Marwan akhirnya meluahkan perasaannya terhadap Taqiah. Persoalannya, adakah Taqiah bersetuju untuk menjadi kekasihnya? Perumpamaan melayu ada menyebut, tepuk sebelah tangan takkan berbunyi.

Dalam novel ini jelas menggambarkan nilai-nilai positif dan tarbiah yang patut dijadikan amalan. Nilai pengorbanan, kegigihan, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran dan ketabahan mesti dihayati sebaiknya.

Pelbagai pengajaran juga boleh digarapkan daripada novel ini. Manusia memang pernah, sedang atau akan diuji oleh Tuhan dengan pelbagai ujian hidup sama ada yang kita sedari ataupun tidak. Kita tidak boleh cepat berputus asa dan mengalah. Kita haruslah tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan demi membuktikan kecemerlangan diri.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa manusia mempunyai tanggungjawab masing-masing. Pelajar merupakan pimpinan ke atas dirinya sendiri. Pengawas merupakan pimpinan ke atas pelajar dan begitulah selanjutnya. Sepanjang proses memikul amanah yang telah diberikan kepada kita, kita haruslah menjalankannya dengan bersungguh-sungguh supaya tidak mengewakan harapan ibu bapa, guru, masyarakat dan negara.

Secara relatifnya, insan yang tidak mempunyai hala tuju hanya akan hanyut dalam dunia masing-masing. Justeru, kita haruslah mempunyai prinsif hidup serta taat pada ajaran agama. Agama mengangkat kemuliaan manusia dan menjadi pendorong sepanjang hayat.

Akhir sekali, kita hendaklah sedar dan tahu membezakan antara amanah dan larangan. Nafsu hanyalah satu ujian untuk menguji tahap keimanan seseorang individu. Sesungguhnya, sesudah kesulitan pasti terlimpah kelapangan dan sematkanlah dalam diri, setiap masalah pasti terselit jalan penyelesaian.

Dalam novel ini saya cuba mengupas sedikit persoalan tentang "couple" dan membawa penghayatan anda ke alam remaja yang penuh konflik. Mudah-mudahan membawa manfaat, insya-Allah. Sebarang pertanyaan boleh e-mel pada nurina24@ymail.com.






37 comments:

  1. Wah, jeolousnya Nurina!!

    Dah nak terbit novel sulung..

    Bila ana pulak? huuu..

    p/s: mesti dapatkan.

    ReplyDelete
  2. @Ariffah9

    Ukhti pun sama, dalam proses juga kan? Insya Allah, ana doakan novel anti cepat2 terbit, boleh ana beli juga. =)

    ReplyDelete
  3. sori terkomen dua kali, masalah loading.
    padam la satu , huu :)

    Ameen.

    Baru siap hari ini, proposal tak hantar-hantar lagi..haha

    ReplyDelete
  4. @ariffah9
    alhamdulillah, nanti kalau nak terbit dah inform la ea?
    hehe.
    =)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, Nurina.

    Tahniah dengan penerbitan novel sulung ni. Kagum akak dengan kesungguhan adik menulis, kecil2 dah terbitkan novel.

    ReplyDelete
  6. @Jamilah
    Waalaikumussalam warahmatullah,

    Terima kasih Kak Jamilah!
    Saya hargai...

    =)

    ReplyDelete
  7. wahhh!!
    dah terbit nti update la ye ^^

    ReplyDelete
  8. wow ! amazing ! bgus2 . ade unsur agame skit :)

    ReplyDelete
  9. wah..adik ni novelis rupanya ek..dulu masa sis masih dlm lingkungan umur sebaya adik ni pun,sis minat gak menulis..banyak cerpen yg sis tulis sendiri lepas tu pass kat kawan2 suruh baca..cuma setakat tu je la..lepas tu semuanya sis baung dalam tong sampah sarap selepas berkahwin..hehe

    ReplyDelete
  10. @Rafina Mimi
    eh, bagusnya sis. tapi nape buang? kalau sis simpan lagi mesti best, boleh hasilkan karya2 yang menarik, insya Allah. tpi mungkin sis ada haluan sndri kot. apapun sya support sis dari belakang.
    =)

    ReplyDelete
  11. Salam.
    Penulis cilik yang sungguh berbakat. Pasti seorang kutu buku.. Saya suka tema novel ini, penting untuk remaja.. Moga terus mapan..

    Sama-sama terus berkarya demi generasi depan.. =)

    ReplyDelete
  12. @Azam Husni
    waalaikumussalam
    alhamdulillah. insya-Allah.
    allahumma ameen.
    =)

    ReplyDelete
  13. saye dah bce novel nie...
    mmg best gle...x rgi bli tau...
    hrp leh bce krya2 lain dri penulis pd mase akn datg...
    chayok2!!!

    ReplyDelete
  14. @shinigami_yong
    alhamddulillah.
    terima kasih sebab beli dan baca, sangat hargai.
    insyaAllah. terima kasih untuk semuanya.
    =)

    ReplyDelete
  15. best sgtsgt ! moge berjaya selalu kak ...insya'Allah

    ReplyDelete
  16. salam kak nurin,
    saye (alia) dh beli n dh bace buku kak nurin...
    tp x dpt tandatangan kak nurin...
    insyaallah thn dpn kak nurin pegi x pesta buku lg?

    ReplyDelete
  17. saya dah beli... wee.. tp blom khatam lg.. ehe!
    congratez ya muda lg dah dpt jd penulis..
    ada buku lg tu... ^^

    ReplyDelete
  18. hhuhu..dh bely dh..best gk ceritanye si adam yg bernama marwan dulu sombong kuat buly org tyme kat kl lps dye pindh kad kedah x silap sy..dy brubah sjk si hawa dtg dry idop dye nme si hawa 2 taqiah..marwan ad seorang abng yg bername rifqi yg tergile2 kan taqiah hahax..yg sedeyh nye mutharah dh meninggal adeq kesyangan taqiah akibat penyaket amende ntah...sye bely buku single nie kat Pustaka rawang(KL) sy gile buku novel bnyk dh sye bely buku novel.. :] next tyme buad lgy menarik keyh kaq.!!! :]

    ReplyDelete
  19. btw sye pon dh lupe kad ner sye bely :P

    ReplyDelete
  20. owh igt lgy bapk dye koma..lps 2 bpk dy baek baleq deq koma..ya allah.!! xcited gile aq bercerita ttg novel nie aduy =,=

    ReplyDelete
  21. Dah beli...yeay!! antara amanahdan larangan... yup..mmg betul...

    ReplyDelete
  22. saya dah baca novel kamu . menarik dan bagos . bagaimana hendak menulis novel ya ?

    ReplyDelete
  23. @Lovely Lia
    waalaikumussalam,
    insyaAllah pergi lagi
    =)

    ReplyDelete
  24. @fiya_chubynuby98
    terima kasih sangat2 atas sokongan.. insyaAllah saya akan terus berusaha lagi dalam bidang penulisan
    =)

    ReplyDelete
  25. best novel ni..bgus utk rmaja....mmg terbaek la..

    ReplyDelete
  26. best laa...sya tgh on the way bca...tggl lg 4 bab kot nk hbis dah..mmg best sbb bnyak tkankn bab agama..

    ReplyDelete
  27. Salam , kak nurina...very interesting novel !! saye dah bce novel nie... mmg best ...x rgi bli ... hrp leh bce lgi krya2 lain kak nurina slpas ni...novel ada unsur2 agama jgk =D

    ReplyDelete
  28. saya sudah mmbaca novel tersebut ia baik untk remaja............terbitkan novel yg sama dgn novel i am singla ,single unavailable.erk.............seronok dpt mmbaca novel tersebut

    ReplyDelete
  29. Best novel ni...saya nk jadi novelis jugak tapi x tahu macam mana.masa kak nurina first nak tulis tu mcm mana?

    ReplyDelete