Pages

Sunday, September 19, 2010

Islam: Perbezaan Amin Orang Islam dan Kristian

Kali ini saya diajukan lagi persoalan daripada seorang sahabat, tentang perbezaan Amin, Ameen dan Amen. Saya sudah menerangkan padanya, tetapi saya tidak berpuas hati dengan penerangan saya dan berharap dia boleh memahami dengan lebih lanjut setelah membaca entry kali ini. Saya cuma manusia biasa, yang risau dan gentar andai kata tersalah memberi penerangan. Saya amat berharap para pembaca yang lebih arif tentang hal ini bisa menegur kiranya saya salah. Oleh itu, saya telah membuat sedikit penyelidikan di internet dan berharap maklumat yang diberikan dapat membantu.

Sebelum itu, biarlah saya memberikan definisi Amin@Ameen. Ertinya, Ya Tuhan, perkenankanlah. Penggunaan kata Ameen amat penting sebagai harapan dan doa kita agar Allah menerimanya. Insya Allah. Seringnya, untuk kaum muslimin, penggunaan kata Amin lebih kerap kali digunakan. Saya pula lebih senang menulis Ameen atau kadang-kadang Aamiin bagi menyamakan secara langsung apa yang saya tulis dengan perkataan bahasa Arab.


Hasil pencarian dan penyelidikan saya di internet, orang Kristian lazimnya menyebut Amen dan bukannya Ameen. AMEN (yang diucapkan oleh penganut kristian) dan AMIN (yang diucapkan oleh umat ISLAM) adalah berasal dari perkataan dan bahasa yang sama, iaitu dari bahasa Ibrani (bahasa yang dengannya diturunkan kitab Zabur kepada Nabi Daud AS), jadi Amin dan Amen dari segi istilahnya adalah sama. Namun tidak sama dalam sudut TAUHID nya. Apabila kita umat ISLAM mengucapkan AMIN, hakikat memohon diperkenankan itu adalah semata-mata daripada Allah SWT sepertimana saya tulis sebelum ini "Ya Tuhan, perkenankanlah". Tentunya kalian sendiri tahu bezanya apabila penganut kristian mengucapkan AMEN.

Orang-orang Kristian pula menggunakan Amen, bukannya Amin.Cara mereka melafazkan perkataan 'men' dalam Amen, sama seperti kita melafazkan perkataan 'men', yang membawa maksud lelaki@ man. (plural) Saya lebih senang menggunakan Ameen, kerana saya lebih suka dengan penggunaan dua 'e' yang melembutkan lafaz kalimah tersebut sekaligus benar-benar menyerupai sebutannya dalam bahasa arab.

Wallahu'alam bissawab.

16 comments:

  1. Kita sependapat dan sama penggunaan :)

    Ana suka guna Ameen juga.

    Teruskan.

    Mmg tengok cerita2 , org kristian guna AMEN.

    ReplyDelete
  2. salam..

    entry yang bagus dikupas secara ilmiah..

    bagus...saya suka

    sy singgah blogwalking kat sini dan follow awak..

    ReplyDelete
  3. @SN Aieen
    waalaikumussalam warahmatullah,
    alhamdulillah
    terima kasih sudi jenguk, komen dan follow.
    sangat hargai.
    =)

    ReplyDelete
  4. saya tertarik dengan entri awak tu..trimas bantu saya tambah ilmu...sy folo awa..huhuhu..suka sangat etri ni

    ReplyDelete
  5. @akuastronaut
    alhamdulillah, sama2 lah kita berkongsi dan saling berpesan ke arah kebenaran.
    terima kasih.
    =)

    ReplyDelete
  6. asalamualaikum,
    1)saya perlu puji usaha anda menjelaskan perkara ini
    2) sebenarnya perkara yang perlu kita fahami adalah.. "serupa tidak bererti sama".
    orang kristien (dan yahudi) juga menggunakan kalimah yang sama. amin @ ameen.. dan maksudnya juga serupa = ya Allah, kabulkanlah. kita memahami bahawa ini hanyalah satu keserupaan,, xbermakna sama.. macam tu jugak, org kristien mempercayai dan beriman dengan allah, tetapi ini tidak bermakna mereka sama dengan kita.. kerna mereka mensyirikkan allah manakala kita tidak.
    3) persamaan lain: mungkin kalau anda mengkaji agama kristien, anda akan tahu bahawa mereka ada satu tuhan bernama : The Lord God. orang arab kristien menyebutnya dengan Allah.. maka ianya serupa dengan islam.. Apa masalahnya dengan bahasa???
    4) kita tidak boleh nafikan bahawa org kristien itu ASAL nya adalah pengikut2 nabi isa tetapi mereka terlalu fanatic dengan baginda, sehingga menjadikan isa sebagai tuhan, oleh itu mereka mempunyai banyak keserupaan dengan kita~sehinggakan, Allah memberi izin kita makan sembellihan mereka (yahudin dan kristien) tetapi tidak kepada selain dari mereka!(Al-Maidah:5)
    5)persoalan kristien bukanlah istilah2 mereka, tetapi perbahasan yang penting adalah akidah mereka yang mensyirikan Allah….
    6) sahabat… ulama banyak menyebutkan, bahawa kristian itu adalah agama yang lebih dekat dengan islam, jika diajak..mereka lebih mudah mempercayai dan beriman dengan islam…persoalanya, mengapa umat islam disebukkan dengan perkara2 kecil?? Sehinggakan ramai dari kita yang hilang punca akidah!!
    7) sekali lagi saya memuji usaha artikel ini
    Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sahabat setahu saya pekara ke empat itu ialah kita dbenarkan makn dari sembelihan Kristian dan Yahudi ialah mereka yg ah lul kitab iaitu mereka yg benar2 berpegang pada agama yg dibawa isa pada ketika itu dan sekarang ni ahlul kitab tu dah tiada yg ada hanya mereka yg berpegang pada kitab baibel dan sudah diolah dan ditokok tambah...dan sekrg mmg kita tak blh makn dari sembelihan mereka sbb mereka semua sudah bukan dari golongan ahlul kitab...wa'allahua'alambisawab harap dpt mmbantu :)

      Delete
  7. @Syihabudin Ahmad
    waalaikumussalam,
    terima kasih akh syihab atas penjelasan. alhamdulillah, ana dapat tambah ilmu lagi. masih banyak yang perlu diteroka. syukran jazilan.
    moga kefahaman islam yang tulen akan terus tersebar
    ^^

    ReplyDelete
  8. baru paham...tkdelah was-was lepas ni..haha! thanks! :D

    ReplyDelete
  9. Pernah tertanya-tanya juga perbezaan amin dlm islam dan kristian. Alhamdulillah artikel ini memberi jawapannya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas ilmu yang telah dibagikan. Apapun bahasanya - Sungguh Allah SWT Maha Mengetahui.

    ReplyDelete