Pages

Wednesday, August 11, 2010

Islam: Ramadhan Sekadar di Mulut atau di Hati?

Alhamdulillah, Ramadhan sudah muncul. Kehadiranmu dirai pemergianmu amat ditangisi. Bulan Ramadhan bulan yang berkat dan bulan yang utama. Semoga amalan kita diperbanyakkan dan diterima oleh Allah yang Maha Esa. Tuhan tidak akan memberikan kita Ramadhan tanpa sebarang alasan. Muhasabahlah diri masing-masing sepanjang menjalani bulan yang amat mulia ini. Apakah Ramadhan yang dirai ini hanya sekadar di mulut atau di hati? Misalnya kebanyakan umat Islam yang berpuasa cuma mengatakan yang dia akan berpuasa, dia sedang berpuasa dan dia telah berpuasa. Semua itu hanya terukir di bibir empunya diri. Tetapi apakah di hati kita benar-benar menghayati keberkatan berpuasa dan keindahan beribadat? Mungkin ramai yang berpusu-pusu ke masjid untuk solat tarawikh. Apakah solat maghrib di rumah sudah selesai? Ramadhan ialah bulan untuk kita menginsafi diri terhadap kesusahan orang lai. Ramai yang menderita kerana kekurangan bencana alam sedangkan kita masih mampu bersahur yang enak dan berbuka yang enak. Sedangkan mungkin sahaja ada yang berbuka dengan air kosong sahaja. Kesimpulannya, tanyalah hati masing-masing adakah Ramadhan sekadar di mulut atau di hati? Wassalam.

2 comments:

  1. kbnyakannya di mlut sja..trmsuk sya.nysllah slpas ini sya akn cba mltakkn ramdhan di hati sya

    ReplyDelete
  2. @!slaM!c viruz
    ana pun masih kerdil lagi la fatini, perlu banyak muhasabah lagi..
    moga allah terima amal kita, kawan..
    =)

    ReplyDelete