Pages

Sunday, August 15, 2010

Puisi: Qalbu Muslimah

Setiap muslimah itu
Mendamba kasih yang luarbiasa
Dari Yang Maha Esa
Mengorak langkah perlahan
Meniti bahagia

Semuanya diatur sempurna
Menanti jawapan sahaja
Setiap getaran membibit cinta
Cinta pada-Nya

Tatkala kalbu sudah bersyair
Jiwa yang tenang dilanda badai
Meniti gelora cinta
Tentang iman yang masih teguh di dada
Segalanya hanya permulaan doa

Seantero dunia sekalipun
Jika digadai tidak akan dicapai
Semuanya hanya sia-sia
Menatap tanpa suka
Tiada bandingannya cinta

Langkah gelora cinta
Mesti disatu
Dalam setiap niat di kalbu
Agar muslimah itu
Tahu hala tuju

1 comment:

  1. sekarang sudah pandai berpuisi pulak ya.bagus,bagus,teruskan usaha anda.

    ReplyDelete