Islam: Novel Cinta vs Novel Islami

Terkadang saya terfikir juga. Kalau di sekolah itu, rata-rata pelajarnya membaca novel cinta sahaja. Apakah pada usia kita yang masih muda ini layak membaca novel yang peringkatnya saya fikir untuk orang dewasa. Bercinta segala.

Saya juga manusia biasa, hamba Allah juga. Sering melakukan kesilapan jadi seandainya apa yang saya tulis ini mengguris perasaan sesiapa lebih-lebih lagi peminat novel cinta saya pohon ampun yang teramat. Segala yang ditulis hanya berdasarkan pendapat seorang remaja yang tersangatlah mentah.

Pada pendapat saya, novel cinta buat REMAJA mahupun KANAK-KANAK sangatlah tidak sesuai. Bahkan novel sebegini juga popular di sekolah rendah. Bukankah novel cinta itu ditujukan untuk orang dewasa? Saya bingung.

Saya pernah juga sekali mencuba membaca sebuah novel cinta, yang mana saya sendiri rasa janggal membacanya. Pegang tangan dan cubit hidung di antara lelaki dan wanita yang sama sekali bukan mahram! Astaghfirullah. Meskipun novel hanyalah fiksyen dan rekaan semata tetapi hal-hal sebegini merupakan satu pengaruh buruk kepada REMAJA. Mungkin jika mereka ingin merasakan nikmat bercinta, membaca novel cinta merupakan langkah utamanya.

Ideologi barat sebenarnya diselitkan ke dalam babak-babak seperti itu. Ideologi barat? Seperti media massa sering paparkan. Berciuman, berpelukan. Mungkin melalui iklan di televisyen yang sering membuatkan penulis terpengaruh lantas elemen-elemen berikut dimasukkan ke dalam karyanya. Namun, BUKAN semua penulis begitu.

Ada yang menulis untuk menunjukkan sesuatu yang lebih positif pada akhir ceritanya. Mesej yang hendak disampaikan pasti besar, sehingga harus mewujudkan 'kecacatan' pada watak utama. Tetapi dalam konteks yang ingin saya nyatakan, remaja itu terlalu khusyuk membaca sehingga ingin tahu apa yang bakal terjadi seterusnya.

Saya berani menulis artikel ini kerana rakan-rakan saya kebanyakannya peminat setia novel cinta. Tetapi saya tidaklah mengatakan bahawa novel cinta itu negatif total!

Jika dibandingkan dengan novel islami pula, novel islami itu lebih banyak penghayatannya. Mesej yang hendak disampaikan juga jelas. Matlamat penulis cuma satu. Membawa pembaca kepada sesuatu yang positif. Tetapi novel cinta?

Cinta merupakan fitrah manusia. Tetapi bercinta bukan merupakan asas kehidupan REMAJA. Maka tidak wajar remaja membaca novel cinta dengan kerap. Islam merupakan pegangan manusia. Islam merupakan kehidupan muslimin dan muslimat.

Cinta sesama insan itu, pada pendapat saya, remaja masih belum masuk ke kategorinya. Bahkan belum mencecah usia yang sesuai. Islam itu, pada pendapat saya, sudah sebati dalam diri masing-masing. Kita tidak pernah meninggalkan islam meskipun sesaat. Ada yang cuma islam atas nama, bukan pada hati.

Saya tidaklah mengatakan saya begitu sempurna. Cuma pada pendapat saya, REMAJA sekarang lebih wajar mengejar keredhaan Illahi. Novel islami itu lebih bagus. Mesej yang disampaikan mampu menggetarkan serta menggoyangkan hati kita. Mampu menyentuh hati kita. Mesej inilah yang mampu membawa dan mendorong perubahan dalam hidup kita. Saya sendiri sahaja banyak terkesan dengan novel islami. Biar saya nyatakan contohnya.

Seperti karya akh Hilal Asyraf. Penulisannya berbeza sekali apatah lagi pemikirannya. Novelnya seperti yang baru saya selesai membaca, iaitu Sinergi mempunyai mesej yang amat mendalam. Keimanan adalah paksi. Jalan ceritanya meskipun halus tetapi sebenarnya sangat menyentuh sesiapa yang membaca. Tentang keakraban Irfan dan Asid. Tentang bagaimana keimanan berjaya mengubah Disaster Five. Tentang keimanan yang diguna pakai dalam kehidupan seharian.

Nah, itu cuma contohnya sahaja. Tetapi kalau novel cinta pula, mesejnya saya tertanya. Apa? Adakah untuk menyeru kita bercinta. Saya juga tidak tahu. Mungkin ada juga ya diselitkan unsur-unsur islami. Mungkin sekadar kepuasan hati. Cinta itu sesuatu yang sangat murni. Islam itu sesuatu yang sangat indah. Jika digabungkan kedua-duanya. Fuh! Dasyat! Novel cinta islami pula bagaimana?

Pada pendapat saya, novel seperti ini hebat. Dan sudah pastilah penulisnya bukan calang-calang orang. Kerana apabila cinta disatukan dengan islam, segalanya akan berlandaskan keredhaan Illahi. Perlumbaan mengejar cinta Illahi merupakan sesuatu yang mencabar. Harus ada kesabaran dalam setiap dugaan. Mungkin novel yang begini lebih sesuai jika remaja nekad juga hendak membaca novel cinta. Di dalamnya penuh pengertian, juga mesej yang bermakna.

Tujuan saya menulis artikel ini bukanlah mahu menyuruh anda, remaja, membenci novel cinta dan membaca novel islami sepanjang masa. Saya tidak mahu saudara seislam saya runtuh dengan pengajaran daripada novel cinta. Tetapi bagi yang berjaya mengawal nafsu, alhamdulillah. Novel islami itu sebenarnya lebih bererti dari novel cinta. Kebanyakan penulis islami itu ialah da'i. Tujuan mereka hendak menyebarkan dakwah, bukannya bercerita tentang agama total. Moga-moga usaha murni SEMUA penulis mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. Amin.

Comments

  1. Selamat menjalankan ibadah shaum...

    ReplyDelete
  2. " Idealogi-sesuia-meinggalkan " <<-- silap eja

    anyway, mabruk atas artikelnya.

    Teruskan dgn smngat kobarmu, wahai serikandi ummah! :)

    ReplyDelete

Post a Comment