Islam: Wanita Amat Mudah Masuk Syurga

Saya ingin berkongsi sedikit bahan bacaan dan penyelidikan saya dari buku yang bertajuk Kelebihan Wanita Solehan yang disusun oleh Ustaz Haafar Salleh. Buku ini sangat menarik hati saya sejurus selepas saya memahami dan menghayati konteks yang dibekalkan. Antara topik yang benar-benar membuatkan hati saya melonjak ialah apabila saya membaca topik Wanita Amat Mudah Masuk Syurga.
Memang di neraka itu kebanyakan penghuninya terdiri daripada kaum wanita. Tetapi setelah membaca buku ini saya dapati wanita amat, amat mudah juga untuk menghuni syurga. Tugas dan tanggungjawab wanita tidaklah seberat kaum lelaki.Inilah di antara kemuliaan yang Allah kurniakan terhadap kita yang perlu direnungi oleh kita sepenuhnya.
Sabda Rasulullah SAW, "Apabila seseorang perempuan itu telah melakukan sembahyang lima waktu,berpuasa bulan ramadhan, memelihara maruah(kehormatan) dan mentaati suaminya, nescaya diserukan kepadanya, silalah masuk mengikut mana-mana pintu yang kamu suka." -Riwayat Imam At-Thabrani menerusi Abdul Rahman bin Auf.
Nah, dalam hadis ini Rasulullah tidak menyebut sembahyang sunat, puasa sunat, berjuang, berjihad, bekerja mencari nafkah dan sebagainya, kerana perkara-perkara itu bagi kaum wanita yang bersuami adalah terikat ke atas suaminya.
Erti taat kepada suami itu kalau tidak salah saya, patuh kepada setiap perintahnya selagi tidak berlawanan dengan syariat.Kalau berlawanan Nabi SAW berpesan, "Jangan taati sebarang makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah." -Riwayat Ahmad dan Al Hakim.
Hanya empat sahaja perkara yang wajib ditunaikan oleh wanita untuk masuk ke syurga. Mungkin pada hakikatnya senang, tetapi bergantung pada keimanan dan ketakwaan seorang wanita itu. Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat keredhaan-Nya dan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin.

Hakikat itu
Mungkin pada dasarnya susah
Tetapi setelah termeterai janji
Dan ketakwaan
Segalanya bisa diubah

Merintih sayu
Mendamba rindu
Hanya bisa dicapai
Tatkala bersama-Nya

Mengabdikan diri pada-Nya
Di mana jua kita berada
Meski nanti segalanya perit
Gunakanlah kesempatan itu
Untuk cinta-Nya

Comments

  1. komentar yang baik ! mohon jadikan post ini sebagai artikel pilihan blog Generasi Muslim Berkualiti http://muslimkualiti.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Subhanallah...
    Allah amat menyayangi kita...
    A'ah mmg senang...sumenyer terpulang kpd setiap wanita nk realisasikan ke xnk... sesungguhnya hanya iman taqwa dinilai Allah..
    hilang iman dan taqwa, hilanglah peluang utk ke syurgaNya... krn iman taqwa lah meyakinkan kte tuk sna..Wallahua'lam..

    aku insan yg hina..nice entry(T_T)

    ReplyDelete
  3. salam..pandainya berpuisi..keep it up !

    ReplyDelete
  4. maka dgn itu wanita haruslah menjaga peribadi..sbb wanita senang masok neraka n syurga.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment