Pages

Monday, August 16, 2010

Islam: Tudung Labuh Hipokrit?

Salam ukhuwah buat semua pembaca blog ini. Persis tajuk di atas, kali ini saya hendak merungkai sedikit pendapat segelintir manusia tentang tudung labuh. Apa bezanya tudung labuh dan tudung pendek? Mengapa pemakai tudung labuh dianggap hipokrit?

"Pura-pura alimlah!"
"Jangan jadi hipokrit! Tudung labuh konon."
"Macamlah baik sangat pemakai tudung labuh ni!"
"Tudung labuh atau tudung pendek sama sahaja, jangan jadi hipokrit nak tutup kesalahan."
"Yang tidak bertudung lebih bagus dari yang bertudung. Jadi diri sendiri."

Begitulah sikap segelintir manusia yang menilai orang dari luaran. Katanya hipokrit, pura-pura alim. Tetapi apa tujuannya mereka mengatakannya begitu? Saya bingung. Pakai tudung itu biarlah menutupi dada, hendak labuh juga tidak mengapa. Di sini, saya menyertakan satu firman Allah SWT sebagai dalil naqli.

"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "(An-Nur : 31)

Ayat yang begitu ringkas tetapi maksudnya sangat mendalam. Ini perintah Allah. Penguasa Sekalian Alam. Apakah wajar perintah-Nya dilanggar?

Nah, saya cuma ingin jelaskan di sini bahawa janganlah yang bertudung labuh itu dianggap hipokrit. Sebenarnya bertudung labuh juga ada manfaatnya. Pemakai tudung labuh akan berasa sedikit malu untuk melakukan maksiat. Mengapa? Sudah jelas kan? Tudung labuh itu menunjukkan suatu identiti yang mulia. Maka seandainya pemakainya sedikit terpesong, secara automatik dia akan berasa malu untuk meneruskannya.

Memang, bukan semua yang bertudung labuh itu baik. Namun bukan semuanya jahat. Jelas bukan? Konklusinya, don't judge a book by it's cover. (Maaf ya bahasa rojak sedikit hari ini. Biar jelas sedikit keterangannya.)

20 comments:

  1. Salam...saya setuju dengan post ini. tp kdg2 bila kesalahan kecil dilakukan, membuatkan terpalit fitnah kepada si tudung labuh...

    ReplyDelete
  2. sangat setuju..kenapa nak highlight org tuduh labuh had rendah akhlak..padahai ramai ja hat baguih..yg tudung labuh tu,waima rendah akhlak pon,satu kewajiban Allah dia dah ikut..

    ReplyDelete
  3. salam..
    tu lah skang persepsi orang tntg tudung labuh dah jadi terpesong plak.. er teringin nak pakai tudung labuh tapi belum mampu lah..

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya selagi manusia dipengaruhi dengan persepsi , waima berpurdah sekali pun akan dianggap sebaliknya. Jadi yang paling penting saat ini adalah membuang segala persepsi dan melihat sesuatu dengan sudut berbeza.Insyaallah selepas itu tak akan ada lagi timbul isu-isu yang diperkatakan.

    ReplyDelete
  5. zman skrunk sdah lain
    jika ada yg mmakai tdung lbuh,dia dianggap skema la kolot la
    mcm2 yg akn d'prktakan
    pda pndngan sya,mmakai tdung labuh mngkn dpt mnjauhkn c pmakai drpda mlakukn prkra yg slah di sisi Allah..jika dia mncemarkn drinya,tntu dia brasa malu krana tdung yg d'pkainya m'nunjukkn identiti dia sbgai s'orang muslimah Islam.

    ReplyDelete
  6. Al muhim...pastikan anda menurut dan ikuti apa yang dinukilkan dalam al quran, hadis, ijmak maupun qias. Pedulikan kata2 orang lain...lbih2 lagi pendapat orang2 yang bertuhankan akal ataupun logik semata-mata...

    ReplyDelete
  7. Biar dianggap hipokrit daripada diseksa api neraka.

    Sebenarnya yang mengatakan hipokrit itu barangkali dia tidak tahu menahu mengapa perlunya bertudung lengkap dan kemas.

    Jadi ini peluang yang baik untuk berikan sebab kepadanya mengapa harus bertudung sedemikian dan apa kelebihannya.

    Selamat berpuasa. :)

    ReplyDelete
  8. salam...

    saya setuju..ramai orang sekarang expecting wanita bertudung labuh untuk jadi 'muslimah sempurna' x boleh ada cela di mana2.

    saya sedih kerana mereka2 ni sempit pemikiran.

    ReplyDelete
  9. mereka juga tetap manusia...
    manusia xkan lari dari kesalahan dan kesilapan~

    ReplyDelete
  10. @ahmad din
    Betul juga. Kita harus saling melengkapi sesama islam.
    =)

    ReplyDelete
  11. @yenyenpreng
    mungkin pemakai tudung labuh jga harus cuba ke arah itu, sebab bila dah pakai tudung labuh membawa identiti yang mulia, terjaga.
    =)

    ReplyDelete
  12. @shahjiehan
    Setiap manusia x akan lari drpd kesalahan, tpi harapnya kesalahan itu x akan berulang lagi. We learn from mistakes. Insya Allah.
    =)

    ReplyDelete
  13. hurm..betul ramai yang bependapat sebegitu ... tapi ,Alhamdulilah , saya juga betudung labuh ...untk elak drpd dfitnah , kita kena cuba bergaul dgn mereka dgn behemah ..jadi , pandangn pesimis diorg akan berubh insya-Allah .... ^_^

    ReplyDelete
  14. @Nulia
    ya, insyaAllah. mudah-mudahan.
    =)

    ReplyDelete
  15. Nadh setuju amat dengan kata2 kamu tu.. ;)
    walau ada jugak y tak baik, tapi tengok dlu sat kat depa, depa da wat apa ALLAH kata tau.. napa nak kutuk depa, sepatutnya amek la pengajaran, tu apa y sebenar2 di suruh ALLAH.. kan? ;)

    ReplyDelete
  16. @fRaMe LenSeS
    betul3. hanya Allah yang selayaknya menilai amal hamba2NYA..
    =)

    ReplyDelete
  17. kalu dah tanak pakai tudung (mungkin blom dapat hidayah) tu tayah la sampai nak ngutuk, silap2 kang mempertikaikan hukum Allah pulak

    ReplyDelete
  18. @cemomoi
    hurm, kita biarkan urusannya dengan Allah..
    moga2 tak termasuk ke dalam golongan yang jauh daripadaNya
    insyaAllah
    =)

    ReplyDelete
  19. ada betulnya. jangan di lihat pada luaran sahaja.

    Labuan oh Labuan Part 2

    ReplyDelete